Untuk part I, (https://iiumc.com/jangan-disangka-su4mi-yang-romantik-tiada-udang-disebalik-mee/).
Hi, salam semua. First of all, terima kasih untuk kecaman2 yang normalize kan kecurangan. Terima kasih jugak untuk menuduh aku takde contribute langsung untuk rumah tangga ni.
Walau bagaimanapun, aku terbaca satu2 nya orang yang memahami confession aku. Terdapat komen yang mengatakan.
“TT ni nak tunjuk yang tak semestinya suami romantik ni takkan curang, tapi ramai yang salah faham confession tu”
Baik, jadi aku akan explain and cerita sepenuhnya.
Aku merupakan seorang wanita yang bekerja di company top 10 dalam Malaysia ni. Kalau aku sebut memang semua pembaca akan kenal apa company yang aku bekerja.
Gaji aku lebih banyak daripada suami dari tahun pertama hingga tahun ke lima perkahwinan,
Hanya sejak bulan Februari tahun ni baru sahaja gaji suami melebihi gaji aku memandangkan suami mendapat tawaran lebih baik di tempat kerja yang baru.
Sepanjang perkahwinan, aku yang contribute mostly financial rumah tangga disebabkan gaji suami agak kecil dan bagi membayar hutang2 suami.
Hutang2 suami (duit hantaran, majlis perkahwinan dan deposit rumah) ini yang suami masih lagi membayar sampai ke hari ini.
Aku hanya ada satu kereta yang aku beli sebelum kami berkahwin, aku yang mebayar bulanan kereta ini sampai ke hari ini.
Manakala suami akan membayar duit bulanan rumah sebanyak RM1500 dan maintenance fee, rumah kami duduki bermula pertengahan 2022.
Memandangkan suami tidak lagi mempunyai wang simpanan, kos untuk renovate kondo kami sebanyak RM50k adalah ditanggung sepenuhnya oleh aku, dan suami akan membayar perabut2 di dalam rumah.
Aku juga menyediakan kemewahan buat anak kami berdua, sejak lahir aku yang menanggung segala pakaian2 berjenama kepada anakku dan tidak langsung menggunakan duit suamiku,
Pakaian2 dan kasut berjenama seperti Supreme, Adidas, Nike, Bonds etc, akan ku sediakan kepada anakku.
Bahkan segala keperluan2 anakku aku akan pastikan daripada barang2 berjenama.
Bahkan lampin pakai buang aku juga tidak akan sesekali menggunakan lampin berjenama biasa dan akan menggunakan jenama premium sahaja untuk anakku, seperti Offspring, Applecrumbyandfish, etc.
Gadget2 anakku seperti pinggan mangkuk, baby steamer juga adalah daripada jenama2 mahal yang berharga beratus2 dan ada yang mencecah ribuan ringgit.
Jadi dimana lagi yang pembaca maksudkan aku tidak menyumbang di dalam rumah tangga kami?
Pada usia anakku 8 bulan, ketika kerajaan sudah membenarkan bekerja di pejabat. Aku mendaftarkan anakku di taska company ku dengan bayaran RM850/bulan.
Memandangkan selama satu minggu anakku merengek setiap kali pulang dari taska, ibu ku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga anakku dan kami keluarkan anak daripada taska yang company sediakan.
Kadang2 pekerjaan aku memerlukan aku untuk membawa pulang kerja ke rumah, disebabkan itu suami dan adikku yang akan menjaga anak ku ketika di rumah.
Tetapi setelah berpindah, adikku juga menyambung degree di sebuah universti di selangor dan hanya akan pulang ketika hujung minggu jika suami menjemputnya di sana memandangkan tiada public transport dari sana ke KL.
Jadi suamiku yang akan menjaga anakku sepenuhnya pada waktu malam.
Cuma, pernah sekali suami ku mengeluh ketika aku memintanya untuk membasuh najis anak kami ketika suami sedang makan malam, tetapi lepas daripada itu tiada lagi keluhan dari suami.
Suamiku sendiri yang akan menawarkan diri untuk setiap hari memandikan anak dan menyuap anakku sepanjang masa.
Jika kadang2 ibuku pulang ke kampung halaman kami di sebuah negeri di pantai timur, suami akan menghantar anakku ke rumah makcikku.
Ramai yang mengecam aku tidak memberi nafkah batin selama bertahun-tahun.
Anda silap… Aku hanya tidak bersama suami sejak kandunganku 6 bulan keatas hingga usia anakku hampir mencecah 2 tahun.
Hanya 2 tahun kerana aku belum bersedia, bahkan suami tidak pernah mengungkit sejak aku menolak kerana dia tidak mahu untuk kami bertelingkah untuk perkara sebegini.
Kata suami, bergaduh adalah perkara terakhir yang akan terjadi dalam hubungan kami. Disebabkan itu suami sangat bertolak ansur dengan aku dan sangat2 memahami aku yang belum bersedia.
Ramai juga yang mengecam aku tidak memasak untuk suami, tetapi suamiku sendiri yang menerangkan bahawa dia tidak suka untuk menunggu dan suka makan makanan yang telah tersedia.
Jika aku masak di rumah, dia terpaksa menunggu makanan untuk siap.
Jadi disebabkan itu dirumah kami sentiasa ada bekalan nugget, chicken katsu, sosej, ayamas dan makanan2 segera lain yang suami boleh gorengkan jika dia mahu makan sesuatu.
Kadang2 dua bulan sekali aku akan memasak lauk kegemaran suami, sambal/sotong masak petai, ayam masak merah.
Manakala jika pada hari bekerja ibuku tidak memasak pada hari tersebut, suami akan membeli makanan untuk dimakan bersama2 kami semua.
Ataupun membeli makanan untuk dibungkus makan di rumah kami, memandangkan kondo yang kami duduki amat sukar untuk memberi grab2 foondpanda rider masuk.
Ada yang mengatakan aku queen control kerana tidak membenarkan suami lepak di dalam bilik ketika aku berada di ruang tamu untuk menonton televisyen, ini kerana pernah suatu hari aku melihat suamiku online di telegram.
Tetapi apabila aku masuk bilik dan meminta untuk melihat telefon nya dia segera merampas telefon tersebut.
Bahkan untuk mengelakkan perkara ini terjadi, aku juga tidak membenarkan suami ku mengunci pintu bilik ketika dia dijangkiti covid 19 pada tahun lepas.
Risau jika dia sedang bersayang2 dengan sesiapa ketika berkuarantin di dalam bilik keseorangan, sesekali aku akan membuka pintu dan mengawasi tingkah laku nya ketika di dalam bilik.
Walau bagaimanupun, mungkin akibat daripada perbuatan ku itu aku, anak lelakiku, ibuku dan adikku juga turut dijangkiti covid 19.
Rupa2nya akibat perkara tersebut, suami dan skandal beralih kepada aplikasi IMessage (iphone user) dimana di sana status anda ketika ‘online’ tidak akan dapat diketahui oleh sesiapa.
Suamiku tidak akan off ‘online’ di whatsapp kerana ini akan membuat aku lebih curiga, bahkan read receipt dan last seen suamiku juga akan dipaparkan di whatsapp.
Bagi yang mengatakan aku mengkulikan suamiku, suami ku seorang yang sangat pengemas dan sukakan kebersihan. Serabut jika bersepah katanya..
Jadi suamiku sendiri yang akan dengan rela hati mengemas dan membersihkan rumah baru kami di setiap hujung minggu tanpa keluhan.
Aku juga mengawal segala kewangan suamiku, bahkan jika suami mahu membeli barangan peribadi nya seperti kasut dia akan memberitahu ku dahulu supaya aku akan tahu mengenai perkara tersebut.
Tetapi suamiku lagi pandai, segala perbelanjaan dengan skandal nya adalah menggunakan cash.
Tidak akan sesekali dia akan menggunakan card supaya aku tidak boleh mengetahui mengenai wang keluar masuk nya.
Hadiah2 daripada skandalnya juga dia akan bawa pulang secara beransur2, untuk mengelakkan aku syak mengenai pakaian2 kasut baru yang didapati nya secara tiba2 kerana sudah pasti aku akan menyoalkan dari mana datangnya baju2 dan kasut baru tersebut.
Apa yang aku ingin tekankan ialah hubungan kami suami isteri sangatlah sihat, dimana kami akan bersembang terhadap semua perkara bahkan perkara2 kecil seperti resepi khairul aming, gosip2 artis, KPOP dan lain2 perkara.
Sebelum kahwin juga kami pernah ke singapore untuk menghadiri konsert KPOP kegemaran kami berdua.
Boleh ku katakan tiada perkara yang kami suami isteri akan elakkan dari berkomunikasi kerana kami akan berkomunikasi semua perkara 24/7.
Jika di syarikat suamiku mempunyai event2 seperti majlis berbuka puasa, town hall, majlis tahun baru cina, majlis hari raya, atau apa2 jua majlis pasti ketika pulang di rumah aku akan check segala gallery di handphone suami.
Kesemua muka2 rakan sekerja di dalam gambar tersebut aku boleh sebut nama mereka satu persatu, kesemua sekali aku kenal. Dan suami juga akan menunjukkan kesemua gambar2 di hari tersebut.
Tapi siapa yang sangka rupanya di sebalik kesungguhan nya menjawab persoalan ku tentang rakan2 sekerja nya, suami ku bersayang2 dengan rakan sekerja nya selama 2 tahun ini.
Patut la walaupun share location setiap masa pun tidak pernah kantoi, rupanya kesayangan pun di tempat kerja yang sama. Selama 2 tahun lebih aku diperbodohkan,
Bahkan kesemua rakan2 sekerja suami mengetahui tentang perkara ini walhal aku juga mengenali rakan2 suami dan tidak ada seorang pun yang membuka mulut jika kami berjumpa, semua sekali berpura2 dihadapan aku.
Terasa malu mengenangkan aku yang selalu memuji suamiku yang terbaik di media sosial sedangkan, hanya rakan2 sekerja yang tahu apa yang terjadi.
Cukupla rasanya penerangan ku kali ini, dan ini adalah last confession ku bagi menjawab confession pertama ku sebelum ini.
Ingatlah, tidak semestinya suami anda family man dan romantik bermakna dia seorang yang setia.
Tanamkan sedikit keraguan dalam hati anda wahai para wanita.
Terima kasih,
– Insan Tersakiti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc. com/submit