Aku baru menjadi seorang ibu pada Julai lepas. Aku terpaksa bersalin awal sebab anak aku tak membesar ikut minggu yang sepatutnya.
Jadi doktor nak elak apa apa risiko jadi kat anak aku jadi aku dinasihatkan bersalin awal 37 minggu.
Anak aku sihat alhamdulillah masa dilahirkan cuma dia kecil seperti bayi pramatang walaupun dia dilahirkan matang sebab dah 37 minggu. Doktor doktor faham la kot maksud aku.
Pendekkan cerita sejak aku bersalin aku hadapi keadaan di mana aku rasa seperti meroyan. Aku berpantang di wad selama seminggu.
Aku rasa aku tak buat yang terbaik untuk anak aku dari penyusuan dia sehingga penjagaan keperluan dia. Aku tak tahu macam mana nak breastfeed dia sampai aku jadi bengkak susu.
Tukar pampers pun tak reti sampai nak bocor pampers anak aku. Aku jadi seperti orang hilang arah masa tu.
Kalau ikutkan ini semua perkara remeh yang tak sepatutnya aku nak stress sebab bak kata suami aku ramai lagi ibu ibu luar sana sama macam aku. Masih nak belajar jadi seorang ibu.
Dia nasihatkan aku jangan letak high expectation dekat diri sendiri nanti stress. Tapi aku semasa hamil lagi aku dah buat checklist dalam diri aku apa yang perlu aku buat untuk besarkan anak aku.
Tapi bila nak tukar pampers pun aku dah panik aku rasa tertekan sehingga aku rasa aku seorang ibu yang tak guna.
Bila aku dah berpantang kat rumah aku jadi tak sabar.
Bukannya aku tak faham bayi akan meragam bila berlaku peralihan dari rahim ke dunia tapi aku tetap salahkan diri aku bila anak aku menangis tak nak menyusu la malam tak nak tidur asyik menangis je.
Aku sampai sekarang aku benci sangat kat diri aku bila masa anak aku menangis tak henti pada satu malam ni aku hempas dia kat atas tilam. Tapi aku cepat cepat peluk cium anak aku sebab rasa bersalah sangat.
Bukan anak aku je jadi mangsa tak sabar aku, suami aku pun jadi mangsa. Macam macam benda aku cari kesalahan dia walaupun dia banyak bantu aku sepanjang aku berpantang.
Aku cuba muhasabahkan diri aku. Aku selalu berdoa supaya kuatkan semangat aku jaga anak aku. Berbaik dengan suami aku.
Walaupun dah habis pantang tapi aku tetap rasa macam ni. Aku keliru aku ni dah naik gila ke. Kadang Kadang aku rasa nak lari diri tinggalkan semua orang.
Kadang kadang aku berharap aku mati biar semua orang yang ingat apa yang aku hadapi sekarang ni perkara remeh menyesal berfikiran aku macam tu.
Tapi bila tengok anak aku pandang aku masa aku menangis aku menyesal sangat berfikiran tak waras macam ni.
Aku cuba muhasabahkan diri aku ingatkan diri aku yang aku nak hamil bukannya senang. Aku tunggu 5 tahun untuk hamil.
Aku setiap kali solat aku berdoa nak anak. Orang mesti cakap aku seperi tak bersyukur dengan pemberian Allah.
Demi Allah aku seronok bersyukur sangat bila Allah makbulkan doa aku. Aku menangis gembira bila dengar anak aku menangis dalam labour room.
Tapi aku tak tahu mana hilangnya diri aku yang ceria, suka buat orang tergelak dan kuat semangat sejak bersalin.
Aku berharap pembaca yang baca luahan hati ku ini doakan aku supaya aku kembali kuat seperti biasa. Tidak melangkau buat keputusan yang salah dan kembali seperti biasa.
– FA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit