Salam admin. Terima kasih kalau approve penulisan aku ni.
Aku seorang gadis yg berumur 19 tahun. Anak ketiga dari 4 beradik. Mak aku kerja cleaner. Ayah aku tak kerja sebab sakit dan disahkan tidak boleh bekerja di atas faktor kesihatan.
.
sejak umur aku 8 tahun,ayah aku tinggalkan kami sekeluarga tanpa berita. Means gantung tak bertali. Tak contact dan nafkah tak diberi langsung. Masa umur aku 17, kami dapar kol yg ayah aku tengah nazak di sebuah hospital. So, bila kami sampai di hospital tersebut dan jumoak dengan doktor, doktor beritahu yg dekat otak ayah aku ada nanah dan perlu dibedah. Ayah aku stay hospital hampir 5 bulan. Sepanjang ayah aku stay hospital tu aku gilir dgn mak dan kakak aku untuk jaga ayah aku. Sekarang ayah aku dah sihat. Sihat cara orang sakit. Dia dah boleh jalan tp kena pakai tongkat untuk pandu dia jalan. So,since dia dh boleh jalan, setiap hari dia akan lepak kedai kopi sehingga lewat malam. Macam orang tak sakit langsung. Dan dia akan mintak duit dekat mak aku. Setiap hari. Aku harap bulan puasa ni tadak la dia nk pegi bukak puasa kat luar macam dia lepak kedai kopi tu.
.
okay. Ni cerita pasal kakak aku pulak. Dia dah kahwin dan ada sorang anak(umur setahun). But husband dia sangatlah tak bertanggungjawab, kaki pukul, panas baran. Mak aku selalu ja support susu dgn pampers anak kakak aku. korang bayangkan, mak aku kerja cleaner ja. Gaji berapa sangat. Husband kakak aku buat tak tahu ja bole pampers anak dgn susu dh habis. dah seminggu kakak aku stay rumah kami but abg ipar aku langsung tak jenguk. Padahal setengah jam ja dr rumah dia nak dtg rumah kami. Td aku pegi giant dgn mak aku sebab nak belikan pampers dgn susu untuk anak menakan aku ni, dlm dompet mak aku cuma ada rm50 sekeping jaa. Mak aku tak gaji lagi. Lepas beli semua tu, baki untuk kami survive sementara mak aku dapat gaji cuma rm1.30. Bayangkanlah. Mak aku punya menangis td sebab tak mampu beli apa apa untuk sambuat puasa esok *kurma dan lauk basah. Apa yg patut aku lakukan? Aku still belajar. aku cuma mampu tlg mak aku dgn cara tak minta duit belanja dan sebagainya. Apa yg aku nak buat bila abg ipar aku dh sanoai ke tahap ni ? Help me. Please.
.
Mesti semua akan kata anak kedua takkan tak tlg. Haha. Ni cerita tentang abang aku pulak. jugak dh bekeluarga. Dia tinggal di perak. Jauh dari kami sekeluarga. Tp masalah dia, dia selalu mintak duit dari mak aku, hulur tak pernah pun. Bila mak aku tak bagi dia selalu sentap sampai tak contact berbulan bulan. baru ni dia ws mak aku sebab nak duit. Mak aku dh tadak duit. tinggal sekeping yg td tu jaa. Pastu dia kata ke mak aku tayah anggap yg dia tu anak mak aku. Ada mak pun macam tadak. Allahu. Layakkah sorang anak yg sepatutnya hulur duit ke mak tp kata ke mak gitu. Sebab mak tak mampu bg duit jaa. Korang rasa ? layak ? Bagi lelaki2 yang baca confession aku ni, please jadi anak lelaki yang bertanggungjawab. Tahu apa reaksi mak aku, mak aku nangis sampai nafas tak stabil bila baca apa yg abg aku wc tu. Masa mak aku cita kat aku, mak nangis lagi. Please anak anak, jangan bagi ibu/mak/mama/mummy/ummi nangis sebab kita ni biadap.
.
Last but not least, aku rasa aku taknak kejar cita cita aku dah. Sebab kalau aku sambung belajar lagi mak aku kena kerja lagu teruk. Adik aku belajar pun nak guna duit banyak. Aku rasa habis diploma ni, aku nak kerja terus. Sekarang ni masa untuk aku yang balas semua jasa mak aku. Doakan aku weh :) doakan usia mak aku panjang dan sempat tengok aku balas jasa mak dari aku kecil sampai aku dh dewasa. maaf kalau cerita ni agak cliche dan ayat berterabur. Seriusly, aku tulis ni sambil berambu air mata. Semua nasihat yg korang tinggalkan di komen, aku hargai. terima kasih admin. Selamat berpuasa semua.
.
*nota- gaji mak aku tanggung sewa rumah, bil elektrik & air, belanja dapur, pampers & susu anak menakan aku.
-gadismatahari
– Gadis matahari
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Aku paling bnci lelaki yg tak bertanggungjawab. Ape gunanya ko jadi laki klu semua bnde nk harapkan prmpuan yg lemah tu. Spttnya sbg lelaki, kita ni menyenangkan hidup org, tambah2 lagi ibu kita yg melahirkan n jaga kita dari kecil. Bak menyusahkan org tua ni mmg aku hangin. Ni bukan lelaki, ni jantan. Tambah lagi,jantan tak guna n xsdar diuntung.Eh lantak la ko sape, ayah ke abang ke adik ke abang ipar ke…tlg guna otak sikit. Pastu yg ank jntn da kawin ade ank, n mak ko tanggung sgala bgai,ape guna ko kawin. Hish cilaka la org mcm ni. Pastu nk sentap bgai,ishh yaAllah mohon masuk kubur skng. Aku jd myampah ngn jntn mcm ni sbb aku alami bnde ni n dssbbkan jntn mcm ni wjud, org tua slalu berair mata, bukan mnyusahkan org tua ja, org skeliling trjbak skali sbb nk tlg org tua n xsggup tgk org tua trbban. Muhun pegi terjun bangunan or sungai. Mati sng tak susahkan org. Bia lah pupus org mcm ni,xrugi pon… geram aku.
adik,pcyalah bhwa suatu hri nnt apa yg adik lalui ini Allah s.w.t akan berikn hadiah yang trbaik sbgai ganti buad adik dan ibu adik stlah apa yg adik lalui bersama dgn ibu adik..manusia akan trsdar setelah lama dibuai bila khlgan ,masa tuh baru nak mnyesal dan jgan lpaa bahawa ibu adik walau xckup akn kprluan hdup di dunia ttpi akan pling kaya di akhirat kelak.Amiin..Jdi kuatkn usaha dn jgan bptus asa kerana ksushan bkn untk mgjar mjdi lemah ttpi mengajar akn kembli bgun untuk orang yg kita syg..-salam ramadhan-
Kesian mak kau weh. Huhuhu sedih aku baca. Semoga kau jd anak yg berbakti kt parents kau. #hugss
Izinkan sy buat sumbangan esp ramadhan ni,,tolong pm plsss
Siannya…smg adik tabah ya……
mohon cik penulis pm akak ye..
Sabar ye
Mengadu pada Aliff Syukri Terlajak Laris mana tahu dia boleh tolong
Dik.kalau kau baca comment aku ni,plis pm aku.insya allah aku cuba tolong
Sedihnya…kpd gadis matahari bertabahla dan jgn putus asa utk bantu mak awk.. study btul2 n dptkn kerja utk ringankn beban mak.. sedih bc kisah awk ni ade ayah tapi…….ermmm….. abg plk perangai mcm tu, abg ipar plk xbtggungjwb…awk doa byk2…sy doakn semoga Allah merahmati mak awk dan juga gadis matahari.. utk kakak awak pulak dia leh cr keje utk support hidup dia.. plg2 pon jg anak org ke, wat bisnes jual kuih ke. Org perempuan ni kna ada prinsip independant xkirala dh kawen or blum kawen sbb kita xtau apa akn jd d ms depan. Jgn hye berharap pd org laki je nnt dorg naik kepala kita jgk merana.
Tak pe dik. Ini ujian untuk awak. semoga awak pass ujian ni.
Akak dulu pun belajar takat sijil je sebab nak tolong family and support adik adik belajar. Lepas kerja baru sambung belajar part time je sampai la skang ni dah degree master dah.
Allah pilih awak utk berbakti pada mak ayah. Kena bangga sebab awak terpilih.
Besarnya dugaan mak kau dik.cakap dkt mak..doa banyak2 pada Allah..selalu2 doa2kan anak2 jd berguna.tak kisah cleaner ke apa mak kau cari kerja halal besarkan kau.akak doakan kau jaga dan jadi ank soleh solehah dik.jaga mak baik2.jgn perkecilkan org yg ada 1 anak je..jgn diharap juga klau ada 7 ank tp 1 tak boleh pakai..ko kna jd satu2 anak yg plg btgjawab..tuhan pun tgh uji kau skg.klau ko lpas harung semua ni dik,insyaAllah hidup kau lebih baik .
Tabah ibu adik.
Lepas diploma adik cri keja baik.balas jasa Mak dulu.redha ibu penting.in sha Allah rezki adik akn Luas.
Semoga ayah adik kembali sihat.biasa la org sakit mmg perangai mcm2
Buat akk adik, p la cri keja.Dr y adik cerita akk adik bukan duduk terus dgn Mak adik.baru seminggu kan..klw terus derita baiklah mintak akk adik cri bahagia..berjuang utk hak diri & anak2.
Utk abg adik tu.
Tak guna hidup bahagiakan keluarga tercinta tp tanggungjawab utama utk ibu lupa.Allah tak berkat hidup,sbb tu tak pernah rasa cukup.mintak maaf la kt Mak balik.dah jatuh derhaka..
Ak paling tak suka kes mcm ni.sedih.tp setiap orang lain dugaan.moga tabah dik.
Ni la org ckp IBU,MAK,UMI,MAMA,MUMMY takkan pernah nak tgk ank 2 susah.tak sampai hati.tp anak2?
Semoga urusan adik dimudahkan.
Cuba buat dropship, saya pun student, tapi saya slow2 buat walaupun tk ada untung sangat, tapi percayalah, kalau networking dah byk, in Shaa Allah, rezeki boleh masuk. Tambahan pula, dropship ni tk perlukan modal
May Allah ease :’)
Try buat dropship or try cari kerja partime.. in shaa Allah, amalkan dhuha, rezeki semua tu Allah yg kasi.. cleaner ke cikgu ke apa ke, keberkatan rezeki tu penting.
Moga kekal tabah
1. Harap ibu kamu minta fasakh
2. Begitu juga kakak kamu
3. Anggap sahaja abang kamu tiada dan perlu ‘block’ nombor telefon beliau
4. Kamu harap sabar dan tabah dalam kehidupan
Jika perlukan wang boleh PM saya. Dianjurkan ada akaun Maybank, mudah. Tapi wang ini hanya halal jika:
a) Cerita ini sahih dan sarih
b) Untuk keperluan kamu, mak kamu, kakak kamu dan anak kepada kakak kamu
c) Individu lain, jangan beri pada mereka.
PM.
Bagus nye encik Muhammad
Sometime there is a reason why Allah give us this people…be thankful as u see there is something not right with that…be the change… Be the change to your family but first u have to change yourself… Keep ur determination to be successful..believe me that your promblematic family is not an excuse.. You can be the example to your family..people change right..they also can change to be better.. So dont give up..get out from the cycle.. N once u successfull come back and help them.. Create more positive people around you… You will find a way.believe me cuz i have the same situation as your… Its just the matter of will and never give up.. Believe in Allah.. Pray hard and work harder.. Focus more on solutions rather than problems.. Believe me one day you will be fine.. And when u look back u feel thankful.
my dear, if you need financial help, PM saya. saya cuba bantu apa yang boleh. cakap dengan mak, jangan sedih.anggap kitorang yang nak tolong ni macam anak2 dia jugak. let me know, okay. semoga Allah jaga mak dan awak yang baik hati ni.
suh mak ko minta cerai kat ayah ko…sbb ape nafkah pun die x bg…same goes to kakak kau…dan suruh kakak kau keje…and suruh abg kau jgn kacau korang sekeluarga lagi
Dik, kalau baca komen ni, mohon pm no akaun. InsyaAllah bole tlg apa yg patut.
baca ni ha Al Ikhsan Nordin Hafizuddin Archer
Nikiysa Asqil
setiap orang Allah bg ujian berbeza2. Aku doakan kau berjaya dunia akhirat.
dik, belajar bersungguh-sungguh ya. Jangan give up!
https://www.facebook.com/English-Placement-1576721285976412/
Allah.. besarnya ujian orang lain.insaf kejap. semoga kau tabah weh. *lap airmata
Semoga Allah melimpahkan rezeki bt adik sekeluarga. Just bt baik dgn mak. In shaa Allah adik berjaya , Di murahkan rezeki. Mnta doa mak.