Bukan malaikat – https://iiumc.com/forumv2/
Kau masih ingat kawan di bawah pondok usang sekolah kita selalu berbicara tentang seputar kehidupan kita lah yang selalu berbicara tentang angan dan impian yang sudah lama kita cita-citakan. Aku mengenali mu bukan lah dalam tempoh yang lama cuma setahun dua saja ku kira-kira.
Kau tahu kawan betapa engkau adalah anugerah terindah yang di kirim tuhan buat perempuan malang seperti aku. Kau masih mahu berbicara dengan aku dan kau masih memilih untuk berkawan dengan orang seperti aku sedang semua tahu aku bagaimana dan semacam apa perangainya. Aku yang dulunya seorang yang liar seorang yang bebas dan seorang yang 'kosong' perlahan-lahan berhijrah dari seorang 'perempuan' kepada seorang muslimah. Kau ajari aku hakikat islam, kau tunjukkan aku jalan mencari tuhan.
Alhamdulillah sepanjang aku mengenali mu aku banyak bertemu dengan orang yang baik-baik . Allah memberikan aku hidayah untuk menjadi yang lebih baik. Jujur kukatakan aku sudah jatuh cinta pada jalan tarbiah. Saat pertama kali memakai tudung labuh sungguh perasaan ku pada ketika itu sangat indah.Bahagia tak mampu lagi untuk ku kata.
Masih ku ingat sebelum ku berhijrah aku pernah mengadu tentang 'mereka' yang berkata-kata bila aku sudah berubah.Pada ketika itu aku takut-takut memakai tudung labuh aku segan-segan memakai baju yang longar tapi kau tak lelah menasihati tak jemu untuk membimbing kau kata pada ku "Peduli apa orang kata yang penting kita buat semua kerana Allah". :')
Tapi sayang perancangan kita tak seindah seperti yang telah dirancang. Selepas keputusan peperiksaan spm di umum kau dan aku akhirnya terpisah jauh di antara dua benua kau masih di situ dan aku jauh meninggalkan kamu.
Berbulan-bulan aku tidak dapat menghubungi kamu sampai lah suatu saat aku membuat akaun wechat untuk berhubung dengan kamu. Gembira jangan cakaplah memang tak mampu terbayang rasanya walaupun hanya berjumpa di alam maya :')
Hanya kira-kira seminggu dua aku dapat berhubung dengan kamu tapi bukan macam dulu lagi kamu seolah-olah tidak mahu berbicara kepadaku membalas seperti mahu tak mahu. Buntu. Tidak tahu mengapa. Petang itu aku cuba mendapatkan kamu tapi hampa kamu sudah blok aku sebagai 'kenalan'. Sedih. Aku sedih.Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda. Aku tidak tahu bagaimana untuk 'mencari' kamu kerana wechat sahaja akaun yang aku dan kamu ada. Nombor telefon jauh sekali ada.
Berbulan-bulan masa berlalu aku masih menunggu kamu. Sehinggalah pada suatu hari aku 'melihat' kamu sudah berubah 360 darjah tiada lagi kawan yang ku kenali dulu. Dia sudah tidak macam dulu.Tudung tidak lagi selabuh dulu.Baju yang longgar sudah berubah menjadi ketat. Dia yang dulunya sangat ku hormati sudah jauh berubah.Title muslimah juga entah hilang ke mana.
Hati bertambah sedih lagi bila 'melihat' kamu bergambar dengan seorang lelaki yang sangat ku kenali bukan bertiga berempat atau berlima tapi cuma kamu berdua dengan jarak yang sangat dekat dan tanpa segan silu kamu 'memberitahu' pada semua tentang kamu dengan lelaki itu yang punya hubungan istimewa.
Sakit hati . Kecewa.Sedih hanya tuhan yang tahu. Mungkin salah aku yang tiada sisi saat kamu memerlukan mungkin salah aku kerana tidak mampu menasihati kamu mungkin salah aku yang selalu membataskan diri.
Salah aku tidak memilih untuk setia bersama . Dan aku hanya mampu memandang dari kejauhan. Tidak mampu berbuat apa-apa ditambah lagi aku dan kamu pun terlalu jauh hanya doa yang mampu ku titipkan buat kau yang ku sayang moga kembali ke jalan tuhan.
Dan aku….aku masih merangkak mencari tuhan masih terkapai-kapai dengan 'dunia' di sini.Diri ini juga ingin 'rebah' dan adakalanya hati ini juga rapuh untuk terus istiqomah.
Menyedari suatu hakikat jalan tarbiah tak lah semudah seperti yang ku sangka-sangka :'). Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati seorang gadis mentah yang baru kenal dunia.
– gadis sembilan belas tahun usia