BUKAN SEBAB PENAT PUN, BUKAN JUGA SEBAB SAKIT, TAPI AKU SENGAJA! – 1:04 AM

BUKAN SEBAB PENAT PUN, BUKAN JUGA SEBAB SAKIT, TAPI AKU SENGAJA!

Berlatar belakang kan pelajar Matrikulasi Sains, bukanlah suatu perkara mudah bagi pelajar yang bukan semulajadinya dilahirkan cerdik pandai. Waktu yang padat untuk menguasai silibus untuk peperiksaan walaupun hanya dalam tempoh sepuluh bulan, cukup memeritkan. Itupun hanya mampu meraih purata keseluruhan sekitar 3.70. Angka ini tidaklah terlalu cemerlang dan tidak layak pun untuk meneruskan cita-cita ke bidang kedoktoran, sehingga terpaksa memaksa hati untuk membuka minda bagi memilih bidang lain, ditambah pula dengan status ketidaklakuan sijil Matrikulasi. Tapi ini bukan lah fokus yang mahu di urai panjang.

Untuk terus memotivasikan diri bagi terus cemerlang, menguatkan mental dan fizikal, seperti kebiasaan pelajar Muslim yang lain, sudah tentu diri ini juga mengamalkan amalan-amalan ataupun budaya belajar yang tertentu untuk meraih keberkatan. Seperti istiqamah dalam solat dhuha, bacaan surah-surah pilihan, berqiamullail, zikir-zikir tertentu dan lain-lain. Budaya belajar untuk meraih keberkatan tidak kurang juga. Selalu mendoakan asatizah,kejayaan para sahabat, doa untuk ibu bapa,selalu membantu rakan yang lain dalam akademik. Tidak ada yang menjadi rahsia.

Sungguh, usaha daripada amalan dan budaya ini membuahkan hasil,belajar mudah faham, hati tenang dalam menuntut ilmu,kuat ingatan,selalu datang pertolongan Allah setiap kali terlupa di dalam peperiksaan. Dan banyak lagi bentuk pertolongan daripada Allah.

Ya, boleh dikatakan sejak Upsr hinggalah peperiksaan semester di U, Allah rezekikan dengan manisnya kejayaan. Hasil daripada usaha tungkus lumus, doa dan bantuan ibu bapa,guru dan rakan taulan. Tidak pernah diri ini merasa sedih,dukacita disebabkan pencapaian akademik yang tidak Memuaskan.

Tapi, langit tak selalunya cerah. Bahkan firman Allah, yang bersyukur atas nikmat Allah itu sangat sedikit. Rupanya ujian berbentuk kesenangan dan yang dikatakan nikmat itu sungguh berbahaya dan memakan diri bagi yang alpa. Ya, aku bercerita tentang diriku yang alpa. Yang kufur nikmat. Ku memohon ampun dengan Allah. Sungguh aku tak malu berkongsi sesuatu yang mengaibkan diri,supaya yang lainnya dapat mengambil iktibar.

Mungkin kerana terlalu selesa, hampir keseluruhan semester meraih Dean List Award, bila belajar rasa faham, bila hafal mudah ingat. Tak sangka aku jadi alpa. Membuatkan aku lupa, segalanya milik Allah. Sombongnya aku, sepanjang tempoh itu,kurang tawakkal aku kepada Allah, kurang doa dan qiam di malam hari,kurang istighfar, boleh
dikatakan semuanya yang biasa dilazimi dilakukan ala kadar. Bukan sebab aku sakit pun,bukan sebab penat pun. Tapi aku sengaja. Kerana dalam tak sedar,rupanya hati aku berpenyakit.

Natijahnya, hari ini aku merasai apa yang sahabat lain pernah rasai.. Result peperiksaan tidak mencecah sekalipun angka 3.5! Orang lain boleh kata "alah,relex la,kami pointer below 3.0 kot" "ok lagi tu"..

Disini bukan pointer yang sedikit itu yang aku kesalkan! Tetapi "cara" Allah ingatkan dimana aku sekarang buatkan aku cukup tersentap! "cara" Allah ingatkan siapa aku selama ini cukup menggetarkan hati ini.

Ya, kerana kita pelajar Muslim, belajar kerana Ummah. Kerana hanya Allah tempat kebergantungan kita.
Ya, aku muhasabah.

Catatan oleh:Mus'ab umair (Usim)

– Mus'ab

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *