Bukannya Tiada Pilihan Hospital

Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin yang siarkan confession ini. Buat semua pembaca, terima kasih juga jika sudi membaca sehingga tamat dan jika dapat, bersekalilah dengan respon yang dapat membantu saya membuat keputusan jelas.

Saya suami kepada Ida. InsyaAllah, bakal berstatus ayah pada hujung tahun nanti setelah 5 tahun berdua pada usia pertengahan 30-an.

Sama seperti pasangan bakal ibu bapa yang lain, kami berdua rasa syukur sangat-sangat. Gembira tidak terkata. Kalau pun ada yang bergurau ini baby PKP, kami tidak ambil hati. Jika kami terasa, bermakna kami menyanggah kuasa Allah yang mengaturkan kehidupan kami selama ini.

Di sini, saya kongsikan confession saya ini secara bernombor agar mudah dibaca pembaca.

1. Selepas raya lalu, Kehidupan kami berdua mula berubah sedikit. Semuanya gara-gara kondisi Ida yang mengalami alahan dan rasa sakit-sakit pada badan.

Saya percaya, inilah yang dilalui semua ibu mengandung dan Ida harus menghadapinya dengan tabah. Selalu dia mengadu betapa tidak mudah hendak menjadi seorang ibu. Haa… baru awak tahu, Ida…

2. Tapi, seringkali saya pesan agar tautkan hati sekuat mungkin kepada Allah. Apa-apa yang mampu saya usahakan seperti yang diminta dan diidam, saya usahakan sebaik mungkin. Bahkan, kerja-kerja rumah semuanya saya yang galas.

Sebelum saya bercerita lebih lanjut, saya perkenalkan dulu serba sedikit diri Ida agar mudah difahami cerita ini nanti.

3. Untuk makluman, Ida ni wanita workaholic di sebuah syarikat terkemuka di KL namun syarikatnya itu turut goyah gara-gara PKP.

Mujur Ida antara ‘staff kesayangan’ syarikat dan terus mengekalkannya sebagai staf dengan skop tugas yang begitu rencam dan banyak walau pun Ida seorang pegawai kanan gara-gara harus menanggung kerja staf-staf yang keluar.

Ini membuatkan Ida sibuk sehingga mengabaikan keperluan diri sendiri.

4. Sebagai contoh, selagi tak siap sesuatu kerja, dia tak akan berhenti. Jika tengah busy, dia akan skip lunch. Sarapan dia pun kadang2 drag sampai ke tengah hari walau pun di rumah, dia yang sediakan sarapan untuk saya sebelum keluar bekerja.

Namun, bila dapat makan, dia akan makan dengan bersungguh seolah-olah telah lama tidak jumpa makanan. Keadaan ini membuatkan dia mengalami masalah gastrik dan gerd. Begitu pun dia tidak kisah. Asalkan dia tidak lemah terbaring, dia akan bekerja seperti biasa.

5. Dapat juga saya sifatkan Ida seorang yang berprinsip sebagai the iron lady walau pun sebenarnya selalu kalah dengan emosi.

Mana tak, sesekali pulang daripada kerja terus terpa saya menangis tersedu-sedu. Ada kalanya dia ceritakan konflik di ofis, adakala masalah dengan klien.

Tapi ada juga dia menangis dengan alasan kepenatan. Saya tak berani nak sebut apa-apa sebab katanya dia hanya meluah, bukan minta pandangan saya.

Pulak dah… Jika saya cuba beri pandangan, dia akan marah dengan tuduhan saya tidak memahami dia sedangkan saya mahu dia memahami betapa dia adalah manusia biasa yang ada sifat lemah dan perlu akui kelemahan yang ada.

Bukan buat-buat kuat seakan-akan akan bekerja hingga ke titisan darah terakhir.

6. Berbalik pada asas cerita ini, pada awalnya, kami memutuskan agar Ida bersalin di hospital swasta berdasarkan pilihannya.

Malah, kalau dapat, bersalin di hospital yang patuh syariat dengan konsep islamiknya yang tersendiri memandangkan saya empat beradik dulunya pun ummi dapatkan khidmat begitu walau pun di tahun 80-an.

Berbanding Ida, keutamaannya adalah keselesaan selain ingin mendapatkan khidmat doktor wanita.

7. Namun, keputusan yang ditentukan itu tidak lagi solid membulat apabila Ida di’refer’ ke hospital kerajaan oleh klinik kesihatan tempat Ida buka buku pink. Ia gara-gara Ida collapse di klinik kerana kekurangan air dan kurang bermaya.

Bermula daripada sini, Ida didapati menghidap hypertirod setelah ujian demi ujian dibuat selama seminggu di wad. Allahu Rabbi… menangis Ida bila doktor melaporkannya siap dengan consequences yang mungkin bakal wujud kepada ibu dan baby.

8. Selepas discharge, Ida banyak termenung. Kadang-kadang tidur berjam-jam sekali pun siang. Namun, di malam hari dia sukar nak tidur.

Tapi ini memang habitnya sebelum ini. Dengan alasan sepanjang waktu pejabat jarang dapat pegang henfon, maka pada waktu malamlah dia nak layan medsos sampai tertidur.

Puas sudah saya larang memandangkan malam fitrahnya adalah waktu berehat, dia tetap begitu. Kini, dalam keadaan dia berbadan dua, saya tak mahu lagi membebel panjang. Ikut suka dia nak buat apa termasuk nak tidur pukul berapa.

9. Dalam soal makan, macam ramai yang ibu-ibu lain alami, rasa mual dan alah dengan bau membuatkan Ida tiada selera nak makan.

Ada makanan yang diidam tapi bila dah ada depan mata, rasa sedikit, terus tak lalu. Berat dia pun semakin menurun walhal kandungannya semakin membesar.

Jika saya keluar berkerja, kerap saya tanyakan dia dah makan ke tidak. Biasanya dia menjawab sudah sebab malas mahu mendengar saya membebel.

10. Risau sungguh saya sebab tahu nature kerjanya yang sibuk membuatkan dia sering mengabaikan waktu makan. Silap hari bulan, ubat-ubatan yang dokor berikan pun dia skip.

Ini saya risau sangat-sangat walhal dia perlu mengawal tyrod yang dialami tu dengan mengambil ubat pada waktunya.

Kadang-kadang Ida menyebut betapa dia rimas dengan keadaan yang dia alami. Siap boleh kata kawan2 dia pregnant okay je, kenapa dia pula tak okay. Kiranya dia tidak mahu memanjakan diri walhal sebenarnya dia tidak mahu mengakui dia perlu lebih banyakkan rehat.

11. Tiba-tiba, malam tadi, Ida meminta pendapat saya di mana seharusnya dia bersalin?

Saya katakan, bukankah kita sudah membincangkannya sebelum ini seperti pada point 6 di atas? Namun, Ida menjelaskan ada beberapa faktor yang boleh mengubah keputusan sebelum ini.

12. Pertamanya faktor tiada lagi panel daripada syarikat gara-gara status kewangan syarikat yang terjejas sekali pun telah memberhentikan puluhan staf sebelum ini.

Kiranya, jika bersalin di hospital swasta, kami perlu menanggung kos sepenuhnya. Saya tahu, kami mampu, namun saya tahu Ida pun berat hati untuk membelanjakan ribuan ringgit hanya untuk satu dua malam di hospital.

13. Dalam hal ini saya cuba mencadangkan untuknya bersalin di hospital kerajaan menggunakan GL saya dengan kelayakan kelas 1 bilik berkongsi 2 orang.

Kebetulan di Lembah Kelang ini banyak hospital-hospital premier, maka saya rasa ada sedikit privasi dan keselesaan untuknya nanti.

Cuma isunya di sini, dia tidak boleh menempah doktor wanita. Saya faham tentang itu, tapi tidakkah ini dikira darurat? Ida senyap. Hakikatnya saya tahu, dia mahukan doktor wanita juga.

14. Keduanya faktor risiko diri dan kandungannya. Katanya, dia mahukan doktor pakar yang merawatnya disebabkan masalah hypertyrodnya selain kandungan pertama pada usia pertengahan 30.

Jadi, Ida mencadangkan untuk mendapatkan private wing di hospital kerajaan.

Kiranya, jika apa2 berlaku, mudah bagi dokrot untuk merawatnya berbanding jika di hospital swasta yang akan memindahkan ibu dengan kandungan bersiko ke hospital kerajaan. Katanya, service yang diperolehi sama seperti swasta.

15. Namun, kami perlu membayar sendiri kos keseluruhan seperti mana perkhidmatan di hospotal swasta. Jika telah memilih pakej di private wing ini, maka selepas daftar semua pemeriksaan Ida dan bayi tidak layak memnggunakan GL lah kan?

Saya tanyakan padanya, pakej yang dimaklumkan berharga sekian-sekian.

Namun, dengan faktor risiko yang disebutkan di atas, bermakna akan ada ujian dan pemeriksaan yang akan dilakukan dengan menggunakan kos kewangan sendiri berbanding sebelumnya percuma menggunakan GL, kan? Ida terdiam lagi.

16. Di sini, saya ingin dapatkan pandangan pembaca, pilihan manakah yang patut kami pilih?

Jika keadaan Ida normal dan baik-baik sahaja, saya rasa tidak ada masalah untuk spend sekitar 4-6 ribu seperti mana dalam pakej yang ditawarkan oleh hospital swasta dan private wing di hospital kerajaan.

Namun, memikirkan adanya kemungkin ujian-ujian lain yang perlu dibuat seperti ujian tyrod, ujian darah, scan itu ini dan lain-lain di luar pekej, kami mula memikirkan kewajarannya.

17. Mungkinkah kami boleh menggunakan khidmat berasingan di mana, untuk urusan-urusan sebelum bersalin, Ida melalui ujian-ujian di luar pakej dengan GL sekali pun telah berdaftar dengan doktor pakar di private wing tu?

Kata Ida, dengan pakej private wing di hospital kerajaan ni, doktor-doktor pakar yang akan handle case d mana doktor tu akan follow patient bermula pemeriksaan pertama sehingga bersalin.

Maka dari situ dapat saya fahami GL memang tidak lagi laku untk digunakan.

18. Jika memilih perkhidmatan biasa di hospital kerajaan, Ida tidak kisah jika bilik berempat dan berenam pun. Tetapi, dia bimbang jika yang mengendalikan kes dia nanti sekadar MO dan HO yang padanya tidak searif foktor pakar.

Bahkan, perasaan segan dengan doktor lelaki pun jadi satu sebab dia mahukan khidmat pekej bersalin yang tinggi kosnya apabila dibayar sendiri.

Paling sering Ida sebutkan, dia trauma dengan cerita rakan-rakannya yang bersalin di hospital kerajaan yang menerima layanan yang kurang mesra semasa bersalin. Adakah rata-ratanya begitu? Yul mengiakan bersungguh-sungguh.

19. Sebenarnya, Ida merupakan bekas pelajar bidang perubatan namun bertukar bidang pada tahun kedua pengajiannya di universiti dalam negara atas alasan tidak mampu meneruskannya.

Jadi, bila doktor menjelaskan sedikit sebanyak laporan perubatannya, Ida akan bertanya lanjut sehingga gaham dan jelas.

Sampai satu tahap, doktor sendiri berikan maklumat artikel-artikel dalam jurnal perubatan yang boleh di baca untuk dia fahami sendiri.

20. Saya sangat sayangkan Ida. Setiap masa saya berdoa agar Ida dan kandungannya baik-baik sahaja. Saya turut membuat pelbagai bacaan berkaitan penyakit yang dihidapinya.

Malah, saya juga memahami akan risiko yang akan dilalui olehnya jika tidak dikawal. Mungkin akan ada yang berkata, kalau dah sayang, kenapa fikir hal duit untuk dapatkan khidmat di hospital swasta?

21. Sudahlah nanti Ida mahukan Confinement Lady uruskannya selepas bersalin. Katanya, biarlah berpantang di rumah sendiri agar tidak menyusahkan ibu dia atau ibu saya di kampung.

Walhal, kakak Ida yang bersalin pun ibu mereka yang mahu menjaganya. Falam hal ini, saya bersetuju juga dengannya.

22. Kesimpulannya, Ida memahami situasi saya yang mahu berjimat dan menggunakan perkdhimatan sedia ada di hsopital kerajaan.

Namun, Ida sedar tiada jaminan buatnya untuk mendapatkan doktor pakar wanita yang tetap daripada pemeriksaan bulanan sehingga bersalin.

“Ini anak sulung kita, kenapa kita tidak boleh memberikan yang terbaik buat saya?”.

Kata-katanya Ida ini membuatkan saya buntu sehingga sekarang. Sedangkan saya tahu, Ida sendiri pun boleh berfikir secara rasional.

23. Saya mohon doa daripada pembaca confession ini untuk mendoakan kesejahteraan Ida dan bayi kami dalam kandungannya. Semoga selepas ini ada pilihan yang akan kami terima dengan hati yang terbuka.

– Husband Ida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit