Bulan Lapan di Sandakan

Mana aku nak mula? Kisah ini terlalu panjang untuk dimulakan. Mungkin dapat dikaitkan dengan remaja diluar sana atau mungkin ini dapat dijadikan pedoman. Terlalu banyak rahsia sehinggakan tiada keredhaan menyebabkan sesuatu perkara itu hancur.

Nama aku Serafina. Tetapi ramai yang memanggil aku Fina sahaja. Aku berasal dari Selangor dan merupakan anak yang kedua daripada tiga adik beradik. Keluarga aku sederhana sahaja. Takdela kaya or kurang kemampuan tapi sedang-sedang dan kami masih lagi bersyukur dengan apa yang kami miliki.

Aku berumur sembilan belas tahun dan merupakan salah seorang pelajar undang-undang di universiti terkemuka di Malaysia. Taknak sebut nanti ada yang tahu pulak kan? xD Dulu masa zaman asasi mak aku yang selalu amek aku dari campus or hantar aku untuk ke kelas. Tapi disebabkan aku tak pernah mempunyai pengalaman tinggal di asrama maka aku memujuk ayah aku untuk membenarkan aku untuk tinggal di asrama untuk pengajian ijazah aku. So kiranya skrang ni aku duk asrama la. Ayah aku bagi tempoh satu tahun untuk tinggal di asrama. Disebabkan aku ni duk belajar dekat kolej swasta maka hostel pun swastalah. Maksudnya tempoh kontrak itu bergantung kepada kita dan mempunyai bayaran deposit untuk menetap di sana. Bukan senang nak pujuk ayah aku tapi akhirnya dia bersetuju kerana dia percaya aku boleh menjadi diri.

Maka bermulalah semester pertama ijazah aku di kolej. Pada bulan September. Pada masa yang sama juga aku masuk rumah baru iaitu hostel aku. Rumah tu ada dua bilik. Bilik pertama di depan ada dua orang dan bilik kedua ada empat orang. Aku duduk di dalam bilik yang empat orang sebab bilik depan dah penuh. Lagipun aku tak kisah sebab bilik empat orang tu lagi besar. Pada awalnya aku rapat dengan housemate aku yang bilik depan nama Ayu kemudian barulah aku rapat dengan yang lain. Kekok juga mula-mula sebab berada di tempat asing jauh daripada keluarga. Hmm takdelah jauh sangat 30 minit drive je.

Selepas beberapa minggu aku tinggal di sana, tidak lama selepas itu ada seorang yang baru masuk duduk dalam bilik aku tu. Mula-mula aku bertiga je, Mimi, Nana dengan aku tapi lepas tu complete jadi empat sebab Hasmah baru masuk.

Mula-mula tu Hasmah ni dia rapat dengan rakan sebilik Ayu iaitu Kak Ati tapi lepas lama tu dia mula rapat dengan aku. Aku pun x pasti kenapa or macam mana tapi mostly aku banyak spend time dengan dia dengan teman dia pergi keluar makan.

Ada satu malam tu, masa tu aku ingat lagi 18 December 2015. Aku teman Hasmah pergi Setia City Mall sebab Hasmah kata dia nak pergi survey baju-baju dekat Zara. Aku ikutkan saja. Lagipun bosan duduk saja di rumah. Terperap je di bilik. Kerja semua pun dah siap. Lepas tu Ayu dengan Kak Ati pula keluar pergi makan. So tinggal kami berdua sahajalah.

Lepas kita dah puas window shopping dekat HnM kita pun singgahlah Zara seperti yang telah diniatkan oleh Hasmah. Lepas tu dia try baju turtle neck yang berwarna hitam. Memang nampak simple tapi cantik. Aku cuma dapat adore dalam hati sahaja baju-baju di sana kerana size yang agak limited. Ye la untuk perempuan bersaiz UK16-UK18 then HnM size L/42 untuk nak muat baju Zara? Memang mustahil! Sebab tu la kalau aku shopping dengan kawan-kawan aku, aku suka tolong stylekan mereka dengan pakaian yang aku suka tapi tak dapat pakai. Kkdang aku fikir, kan senang jadi orang lelaki, pakai tshirt dengan seluar jeans pun dah okay. Aptah lagi yang pakai tshirt dengan pelikat, lagi sempoi. Hahaha.

Okay back to the story, so Hasmah pun belilah baju tu. Lepas tu kita pergi McDonalds dan tapau bawa balik. Aku ingat lagi tu pertama kali orang belanja aku makan McDonalds. Bukan apa sebab aku jenis yang bukan penggemar makan fast food jadi setiap kali kalau aku keluar dengan kawan-kawan aku lagi prefer makan a decent meal rather than fast food. Biarlah spend mahal sikit asalkan kenyang. Hasmah belanja malam tu pun sebab dia kata dia taknak makan sorang-sorang. Dia nak aku teman dia makan sekali. Aku kata aku teman, tolong tengok hehe tapi dia insist aku makan. So dia pun belanjalah aku spicy chicken mcdeluxe. Ohoi namanya keren sekali! xD

Then selepas makan kita pun pulang. Masa dalam perjalanan pulang, yang agak jauh jugalah sebab kterang tak guna jalan Klang untuk pergi sana tapi amek highway. So Hasmah pun berceritalah tentang kawan-kawannya dari hometown dia. Aku pun dengarlah. Aku pun tak berapa ingat what triggered her to tell me about her friends. Then dia cerita tentang seorang kawan dia. Macam-macam dia puji. So aku pun kata “bagusnya kawan kau ni. Dia ni laki ke perempuan?” lepas tu dia kata la “lelaki” aku macam oh. Then dia cerita-cerita sebab diorang ni lebih kurang macam kawan rapat la. Diorang bertiga tapi dia sorang je perempuan. Cemtulah.

Then bila sampai rumah tu terjumpa Kak Ati dengan Ayu dekat pintu rumah seperti diorang siap-siap nak keluar.

“Kak Ati nak ke mana?” aku tanya.

“Nak pergi McDonald. Korang pergi mana? Keluar tak ajak pun eh,” kata Kak Ati.

“Ahaha takdelah Kak Ati. Tadi kan Kak Ati dengan Ayu keluar. Jadi kterang pun keluar juga hehe,” kata aku berseloroh.

“Hasmah jom kita ikut diorang nak?” aku tanye sebab terasa juga macam nak makan sundae cone yang vanilla tu. Hehe.

“okay boleh,” simple je Hasmah jawab.

Bila dah sampai Mekdi kterang duduk betul-betul depan counter cashier. Sebab tu je tempat yang available. Biasalah Mekdi yang dekat kawasan Universiti ni mesti ramai orang. Tingkat atas pulak bukan selalu dia buka. Aku pun x sure kenapa.

Then mula la misi aku dengan aku. Haha kterang selalu pergi Mekdi tu bukan sebab nak makan sundae cone vanilla je tapi sebab nak cuci mata gak. haha

“Ayu pukul dua belas,” kata aku.

“Mana? Baju biru ke baju merah?” tanya Ayu.

“Ala yang baju putih depan dia tu. Weh macam pramugara je,” kata aku.

“Weh a’ah la. Pandai kau pilih. Okay jap aku tembak. Hmm pukul tiga,” kata Ayu.

“Uish kau! Terbaik ni. Macam Channing Tatum dah. Ohoho. Weh dia pandang, alamak cover-cover,” kata aku. Haha

Memang itulah rutin aku dengan Ayu setiap kali kita keluar. Tak kira ke mana mesti cuci mata. Tapi tak lebih. Antara kita dua je yang tahu. Si Hasmah dengan Kak Ati ignore je kterang dengan main phone. Ada jugak time Kak Ati melayan. Tapi bila dia nak melayan boleh pulak dia pergi tunding jari tepat-tepat dekat orang tu. Nak je aku angkat kaki pergi dari situ. Malu beb.

Tapi malam tu memang macam after party betul. Imagine la rumah kterang 1202. Of course all girls. Then rumah sebelah 1201 semua laki. Boleh pulak si Kak Ati tu tingtong rumah diorang pukul 1 pagi sebab kterang kata yang dekat 1201 tu semua handsome-handsome. Ye la kalau aku dengan Ayu pergi beli makan dekat bawah mesti terserempak dengan diorang tapi malu nak tegur. Ahaha. Nanti dituduh stalker pulak! Ahaha.

Masa Kak Ati tingtong tu jantung aku macam nak tercabut dah. Tak tahu nak kata apa. Nak cabut lari tak boleh. Lepas tu boleh pulak tuan rumah pergi bukak pintu. Aku macam haih. Lepas tu Ayu la yang jawab. Kak Ati boleh pulak slumber je. Buat macam takde pape yang berlaku. Ya Ampun Kak Ati teganya kau nak bikin kayak gini sama aku dengan Ayu. Hahaha.

“Ye ada apa?” Tuan rumah.

“Err takde tadi ingat rumah kawan. Syazani takde eh? Hehe sorry. Salah rumah. Sorry eh,” kata Ayu.

Pastu tuan rumah tu senyum je. Alamak cair pulak senyuman manis begitu. Haha Lepas tu bila semua dah masuk rumah kterang gelak kuat-kuat. Mana tak nye siapa pernah buat kerja gila macam ni? Cuba kau bagitahu aku. Haih. Haha.

Then aku terus masuk mandi. Masa tu aku rasa cuti kot sebab Mimi dengan Nana takde masa tu. Yang ada dalam bilik tu masa tu cuma aku dengan Hasmah je. So bila aku keluar mandi Hasmah kata dia dah bagi number phone aku untuk kenalkan aku dengan kawan dia. Aku masa tu macam what?! Aku tak tahu nak react apa tapi memang terkejut ah. Benda jadi tetiba. Keluar je bilik air dapat berita pelik ceni. Dahla masa tu dah pukul 2 pagi rasanya. Sebab kterang pergi Mekdi tu pun dah pukul 11 lebih dah. Lepas tu Hasmah masuk bilik air and Ayu panggil aku. Ayu suruh aku send semua gambar dia yang aku snap masa dekat Mekdi tadi.

Masa tu juga dia (kawan si Hasmah tu) send mesej dekat aku. Aku macam whutttt? Masa time tu aku guna iPhone 4s je. So internet aku pun belum 4G lagi. Masih 3G. 3G pun tak laju la sebab aku guna line so xleh langgan data macam orang yang pakai topup. Ada banyak process dia aku pun malas nak melayan. Almaklumlah Ayu pakai iPhone 5s jadi dia ada airdrop tapi aku takde. So aku terpaksa send satu-satu gambar dia dekat wasep.

Lepas sekian lamanya, akhirnya dapat juga aku send semua gambar dekat Ayu. Ye la masa tu dahla baru keluar bilik air. Aku kata dekat Ayu aku masuk pergi pakai baju dulu so phone tu aku tinggal dengan dia. Lama juga la nak send 15 gambar dekat wasep guna line yang zzzzzz Bila aku dah send semua gambar tu aku pun masuk bilik aku. Masa tu Hasmah pun dah siap nak landing.

Aku cam ragu-ragu nak balas ke tak. Nak balas ke tak pastu Hasmah kata “kau balas je la”. Pastu at the same time aku pun tak tahu nak balas apa. Aku dah lama tinggal ‘the game’ so memang sumpah bapak kekok do. Lepas tu berbalas-balasan la kite. Tapi aku balas lambat-lambat sebab dua faktor. Pertama, aku masa tu tengah siapkan report untuk hantar esoknya xD kedua sebab aku memang tak tahu nak balas apa. Lainlah kalau dia kemukakan soalan kan? Entah.

Then esoknya dia takde text aku pun. Aku lek je. Aku teman Hasmah pergi shopping dekat seksyen 7 sebab mak dia kirim tudung. Lepas tu kterang singgah Mekdi untuk makan tengahari. Masa tu aku yang text dia. Entah kenapa aku pun tak tahu. Kalau ingat balik aku rasa macam tak patut je aku text dia. -_____________________________-

Then lepas balik dari mekdi mak aku pun sampai. So aku pun baliklah rumah. Aku balik tu pun dia takde text aku. Then aku cam whatever la kan. Lepas dua hari tu, (masa tu aku dekat kelas, lecture hall yang sangat sejuk sehingga membekukan jari) dia text aku. Cam ttba. Aku cam weh serious do. Kau hilang dua hari tiba-tiba kau text aku.

Then soon from there like we started to text frequently la jugak.

Ada that one time I found out he actually went to KK in those two days yang he didn’t text me. In addition to that he also went on a date with a girl siap berstarbucks and berboat noodle lagi. Memanglah aku boleh kata yang whateva la as if we have something going on but then I don’t think its polite for a guy to have many girls in one time. But then I never mentioned about it to him. But still I kept questioning who’s this girl anyway? (you’ll figure it out in the next chapter).

There were ups and downs time. Until one day he decided to stay away from me for two weeks straight. Nothing. Gone tiba-tiba. Aku pun xthu kenapa. Masa tu God knows la what I felt. Semua ada. Nak marah. Sedih. Confuse sebenarnya. Aku tak tahu salah aku apa and kenapa ttba je it happened.

Lepas dua minggu tu dia cam text balik. Aku cam tak layan sebab aku masih marah. Sumpah aku marah gila. Aku fikir macam dia buat aku ceni seolah-olah aku ni takde perasaan tahu. Even those guys yang aku kenal pun tak buat aku macam ni. Masa tu aku nekad nak move on.

But then macam mana aku cuba mesti somehow tak boleh. Aku pun tak tahu kenapa. Everytime aku akan tanya diri aku “What’s wrong with me?”

So ada la from time to time aku text dia. But the way we texted its not the same as it used to be. As if we’re strangers. We were drifted further and further apart.

Even studies aku pun dah ke laut. Masa exam pun aku xleh focus study. Aku just tak faham kenapa dia buat aku ceni and kenapa jadi ceni? Masa tu aku lemah gila.

CGPA aku pun teruk. Aku masuk kelas pun fikiran aku duk tempat lain. Makan pun tak lalu. Hari-hari berlalu macam tu je. Skrang bila fikir balik banyak masa yang telah aku sia-siakan.

Then satu hari aku nekad, tambah dengan pujukan Hasmah. Aku nak something clear. Aku nak tahu apa jadi sebenarnya. And aku nak cari titik permulaan untuk move on sebab aku asyik stuck dekat tengah-tengah je.

So aku buat keputusan untuk berjumpa dengan dia.

Masa tu rasanya cuti semester bulan tiga sebab kita baru je habis finals. So Hasmah plan untuk aku beli ticket and jumpa dia dekat sana. Hasmah kata dia akan tolong aku belikan ticket but there were a few complications.

So ended up kterang beli ticket a month after iaitu pada bulan April. Hasmah ada kata yang aku kena bagitahu dia yang aku nak pergi sana tapi aku takut. Aku nervous. Ni kerja gila. Aku tak bagitahu siapa-siapa pun aku nak pergi. Hasmah dengan aku je yang tahu.

Pada 15 April 2016 aku pun berangkatlah ke hometown Hasmah iaitu Sandakan. I don’t know what to expect but surely aku tahu aku nak jumpa dia.

Malam tu aku sampai di sana. I was so happy sebab sampai di tempat yang asing. It feels different. Then parents Hasmah yang pick up kterang di bandara/airport. Hasmah kata dia akan jumpa kita pukul 9.30 malam tu. Lepas parents Hasmah pick up kterang dari airport, mereka bawa aku dengan Hasmah pergi makan dekat Kak Jue, restoran seafood yang tak jauh dari airport. Tapi sebab service Kak Jue lambat sangat malam tu, lama kita tunggu so kita pun pergi yang dekat IJM iaitu Ocean King yang baru. Lepas makan tu aku rasa agak pening sikit. Maklumlah dah lama sangat tak travel. Sejak aku masuk Universiti ni susah sikit nak kaotim cuti. So singgahlah kedai runcit beli panadol tapi ngek aku lupa beli air. xD

Then kita pun balik rumah. Balik rumah Hasmah pun minta izin dengan mak dia nak keluar pergi Mekdi sebab dia dah tunggu kterang dekat sana. There were two surprises that happened that night. First, I thought that he was coming alone, rupanya bawak satu geng ;) kedua is dia ingat Hasmah datang sorang rupanya aku ada skali. Haa nampak tak? Masa tu sumpah aku malu gila. Agak-agak muka aku blushing tak masa tu? Hasmah kata muka aku masa tu macam pissed off and macam nak balik cepat. Hehehe Aku pun xthu nak react macam mana. So aku dengar je la dia dengan kawan-kawan dia bercerita. So bagus jugalah dia bawa kawan-kawan dia atleast xdelah awkward sangat sampai bunyi cengkerik xD

Tapi sumpah masa tu aku bapak pening. So aku xleh focus sangat. Yang part paling kelakar kan, Hasmah kata dekat dia suruh dia tolong belikan aku air mineral, then aku kata xyahlah (biasalah kan orang perempuan says no but actually yes. Sebab dia tanye aku nak ke tak, takkanlah aku kata ha pi beli hang nak cheq pengsan kat sini dulu ka camna? Memang idok lerrr) pastu aku cakap je xyah dia pi duduk balik. Mak aih hang ni.

Then si Hasmah ni pulak pi cakap telefon dekat somewhere tinggallah aku dengan dia and kawan-kawan-kawan dia. It was so awkward sampai dia dah start main dengan kunci kereta la tengok jam dekat phone la. Aku pun tak tahu nak kata apa dah.

Then dia cakap nak g dah sebab tempat yang dia nak g tu dah nak tutup. So we bid our goodbyes and he promised to take me for breakfast the next morning.

Aku balik rumah tu lepas siap shower semua aku pun baringlah atas katil. Aku takleh tidur sampai pukul 3 pagi macam tu sebab aku duk tunggu dia text aku. Tapi takde pun. Agak terkejut jugak. I mean aku dah ada dekat tempat dia tau bukan dekat KL lagi. Then aku terlelap pastu aku tersedar pukul 4 takde gak. Pukul 5.45 takde gak. Then aku tersedar masa orang azan Subuh. Pun takde gak. Masa tu aku xleh solat tapi aku memang takleh get back to sleep. Then aku try and tersedar pukul 6.30 pagi sebab matahari dah naik dah masa tu. Pukul 8.30 pun takde gak dia text aku untuk nak confirm jadi ke tak g breakfast. Tapi aku bangun je g mandi. Janji pukul 10.30 tapi masa aku dengan Hasmah habis mandi dah pukul , almost 11 I think. Then ada tetamu datang rumah Hasmah. Aku duduk je la chill turut layan tetamu yang datang. Then pukul 12 gitu kterang keluar pergi Petronas, pergi rumah Agnes Keith, pergi tengok view dekat atas bukit yang dekat Agnes Keith house tu, pergi makan pau dekat Alice’s, pergi Sim-Sim (lalu je la), pergi Tamu (aka pasar pagi) untuk beli Amplang (sejenis keropok ikan), pergi lawat Sekolah Menengah Sung Siew (sekolah Hasmah dulu) then pergi Kelly’s untuk beli UFO tart. Masa ni pun dia still xde text aku lagi. Masa ni aku dah start questioning. Kenapa aku dia buat ceni tapi Ain tu boleh pulak dia g starbucks dengan boat noodle. Padahal dia tahu kot aku datang sana sebab dia.

Hasmah pun xleh buat apa. Ye la aku xleh salahkan Hasmah. Aku xleh salahkan siapa-siapa. Cuma aku cam pelik ah kenapa. Then malam tu Hasmah bawak aku pergi makan dekat Kak Jue. The service was better than last night and the food was quite good. Aku makan nasi goreng seafood. Then aku minta Hasmah bawak aku pergi Kim Fung sebab aku nak g pasar malam tapi Hasmah tak nak sebab dia x biasa pergi tempat tu. Tapi aku insist. So for the first time nya aku turun pergi pasar malam seorang diri. Aku pergi pun sebab aku nak cari friendship bracelet and aku jumpa. Even sampai ke harini pun aku still pakai lagi. Entahlah walaupun harganya cuma RM6 tapi aku cam sayang gila dekat gelang ni. Tak pernah bukak eversince aku pakai. Plus, sebab aku dah janji dengan kawan-kawan yang lain yang aku akan belikan diorang oleh-oleh.

Then dari Kim Fung tu Hasmah pergi ke Kak Chill beli makanan sebab parents dia kirim dinner. Masa tu la aku text dia. Tanya dia kat mana. Jawapan dia masa tu buat aku rasa macam entahlah I cannot describe. Dia kata dia dinner dengan family dia. Then aku tanya satu hari aku duk sini kenapa tak text aku pun. Pastu dia kata dia busy kerja. Aku pun kata aku dekat sini tau bukan KL. Pastu dia kata nak buat macam mana keadaan. Plus sebab aku tak bagitahu dia awal-awal. Masa ni rasa macam deeply unappreciated. Seriously, kalau dia depan aku dah aku pukul dengan baseball bat. I mean as if I am a serial killer that he would avoid, as if there is a restraining order.

So balik malam tu Hasmah slow talk dengan dia. Then he agreed to meet me up at the airport. Sebab esok tu aku balik dah. Malam tu aku on the phone dengan kawan aku, Mimi. Aku minta nasihat dia. Aku tanya Mimi apa aku patut buat esok. Mimi kata tinggalkan dia and never look back. I agreed. Macam aku boleh tidur pun malam tu. The only thing that I wanted to do that night was to cry tapi aku tak boleh.

Esok pagi tu aku dah sampai airport tapi dia tak sampai lagi. Dia kata jam dekat batu 6. Jam apa dia pun aku tak tahu. As if I’ve hadn’t seen enough of Sandakan yang sah-sah memang takde kereta. Hari Ahad pulak tu. Serious jalan dekat sana lenggang je. Macam KL pada hari raya. Kosong. Then dia sampai. Bila dia sampai tu aku belanja la dia minum kiranya cam berbalas duit minyak dia ah datang pagi-pagi cemtu jauh pulak tu dari rumah dia.

Masa tu aku xleh control emotion aku. Marah aku tu sepatutnya boleh redha tapi jawapan yang dia bagi semua menambahkan kemarahan aku je. Jawapan a typical guy would give.

Dia ada cakap dia tahu yang takde lagi stakat ni anyone yang sanggup datang all over here just for him. Dalam hati aku cakap ‘memang. Aku je yang tak berapa waras and tak berapa cerdik yang sanggup buat macam ni tuk kau. Kau je tak menghargai. Kau kata kau menghargai. Kalau kau menghargai mesti kau dah spend time dengan aku dah. Please la alasan basi’.

Masa tu kedai tu memainkan lagu We Don’t Talk Anymore by Charlie Puth ft Selena Gomez. Macam tetahu je keadaan macam mana. Haha dalam hati aku tengah bergelak seorang diri sebenarnya xD So aku kata aku dah xnak apa-apa dah. Then aku bangun and walk-away. Seperti semua cerita Korea yang aku tonton aku expect dia akan jerit nama aku ke orang lari stop aku ke kan, tapi xde. Aku pun tak pandang belakang. So kebetulan masa tu flight aku last call. Dah boarding pun.

Aku masuk je kat dalam aku jumpa Hasmah.

“Kau okay ke?” tanya Hasmah.

“Kau cerita benda lain. Aku tak nak fikir,” aku cakap dekat Hasmah.

“Tu dua orang dekat belakang tu pekat bah slang dia,” kata Hasmah.

Bila aku pandang muka dia macam Shawn Lee. Keren gitu.

Cepat je Hasmah fikir topic to distract me. Haha. Then bila dah on board aku cerita semua apa yang berlaku dekat Hasmah. Hasmah kata aku kena kuat. Kena jadi macam kawan dia. Kawan dia tu sekali dah dump memang takkan look back. Plus, aku kena belajar move on.

Bila sampai KL kakak Hasmah yang datang pick up kterang. Then aku cerita-cerita dekat kakak dia apa yang kterang buat or pergi melawat dekat Sandakan tu. Aku cuba untuk nak lupakan apa yang jadi. Pada masa yang sama aku tengah tunggu dia text aku. Tapi xde pun.

Then kakak dia bawa kterang pergi makan dekat Mekdi sebelum balik ke hostel. Lepas balik hostel mak aku pun call kata mak aku dah sampai. Bila sampai rumah aku mandi then aku cuba tidur. Masa tu la air mata aku yang aku duk tahan dari pagi mengalir. Tangisan yang aku duk tahan tu tewas juga.

Sejak dari tu aku mengalami depression. Aku tak nak g kelas tapi aku paksa diri aku pergi. Even aku duk dalam kelas fikiran aku melayang. Kerja yang kena buat pun mujurlah aku ada kawan-kawan yang baik yang dapat membantu aku untuk siapkan. Bukan diorang buatkan tapi tolong ajar aku and guide aku cner nak buat. Hari-hari aku cuma nak tidur je. Nak duduk dalam bilik gelap. Takde yang faham. Aku sendiri pun tak faham apa aku nak tapi yang aku tahu aku sedih. Aku tertekan. Aku tak nak bergaul dengan orang.

One day tu aku jumpa a good friend of mine. Nama dia Ricky. Aku cerita semua dekat Ricky. From A to Z. Aku kata dekat Ricky yang Mimi kata dekat aku aku akan happy kalau Mimi tanya aku pasal dia or suruh cerita pasal dia.

Sebab ada satu part tu Mimi tanya “macam mana dah lagu bulan 8 di Sandakan tu?”

Masa tu aku penat gila so takde mood tapi Mimi kata bila suruh je nyanyi lagu tu aku terus happy.

Ricky kata dekat aku yang masa aku duk cerita pasal dia pun aku jadi blushing. Ricky kata lagi yang dia boleh nampak aku betul-betul suka dekat this guy. So Ricky kata “do what makes you happy”.

Aku cuba move on jadi happy balik pergi gym balik semua tapi tak boleh. It just, it doesn;t feel right. Then aku rasa serba salah towards him sebab cam marah-marah gitu. So bulan May tu on the 25th of May 2016 aku pun hantar la hadiah birthday dekat dia sebab birthday dia 28 May. Fikirnya dia aku tak tahu. Actually aku dah lama tahu. Dia pernah bagitahu mula-mula dulu.

Then bila dia terima dia kata dia suka benda tu tapi aku tak tahulah betul-betul suka ke saje cakap suka. Sebab dia takde hantar pun gambar bukti dia terima. Normally kan kalau kita beli online bila dah terima parcel kita akan snap gambar parcel or barang tu and send dekat seller kata kita dah terima tapi dia takde pun. Kata dia dah terima je.

Then malam tu mulalah sesi aku confess kat dia. Yang aku minta maaf semua. Then we’re on good conditions.

Soon after that I started to move on dah. Not entirely tapi sikit-sikit. Slowly gitu. Tapi dia yang datang balik. Wished me Selamat Berpuasa. The feeling is like when your crush you wish it. Lebih kuranglah. Cuz I thought maybe he seriously memang tak nak ad apa apa dah tapi dia yang datang cari and wish and all so yeah.

Then minggu seterusnya tu I was sitting for my final exams. So aku macam tak kisahlah dia ada text ke tak ke. Sebab I’m pretty much used to it dah. Dah kalis dah. Eh? betul ke kalis? Immune to it. Lagipun aku memang busy. Aku betul-betul nak focus dengan exam.

So I was doing fine and all then the following week tu I called him telling that I’m going to KK and nak ajak dia sekali la kira but then dia kata dia ada kerja so I said untuk dia take leave but he said dia dah banyak take leave. So I said okaylah. But then being a virgo you know you won’t mengaku kalah. So then in the end we came up to a conclusion untuk dia datang sini. I mean he suggested it anyway.

So okaylah. Aku pun tak contact dia until raya. I mean what for. I’m much more comfortable if we’re not contacting each other much rather than everyday. Contact bila perlu je. Kalau hari-hari you tend to talk nonsence dah. Benda x berfaedah.

Then on the third of Syawal I think he contacted me to wish Selamat Hari Raya. Masa tu perasaan dah biasa. I mean I wasn’t as excited as during Ramadhan. I think probably I dah sikit-sikit move on but perasaan suka tu sikit la ada. Sebab kalau takde mesti dah I wouldn’t think of him dah kan. I mean on the first day of raya, when I was on my way to the masjid nak solat pagi raya, I was thinking dia pi dak smayang raya? lepas tu aku duk pikir kalau dekat sana makanan pagi raya apa eh? Macam tu la kira. But then I opted myself from asking or text him because I think it was unnecessary.

Then dia text lagi the next day. So petang tu bila balik dari open house I wanted to share with him a link of a song. Sebab the video was hilarious. Dia lagu One Republic – Wherever I Go. Serious video clip dia memang lawak and dia punya lirik pun memang sesuai sangat. Sebab memang kalau aku pergi mana-mana mesti aku fikir ke dia. Contohnya, kalau aku ternampak chocolate,pizza, burger, bola ke aku akan fikir mesti dia suka benda-benda macam ni. Then lyric dia kata wherever I go I’ll be looking for you. Memang, kalau aku travel mana-mana mesti aku bagitahu dia. Contohnya aku pergi terengganu haritu aku tanya nak oleh-oleh apa-apa ke then yang aku nak g KK tu aku bagitahu dia. Lepas tu lyric dia kata I know I can try looking for something new. Yep there were other guys but the feeling is not the same.

Tapi masa tu when I realised something. Something that every girl in this world would never imagined could happen to them. Nama perempuan lain sebagai status beserta dengan emoji hearts. Masa tu aku tak tahu nak react macam mana. Hasmah pulak memang tak angkat phone kalau dia balik kampung. Sebab dia spend time dengan family and tak layan phone.

So from his previous mesej yang aku belum balas, instead of sending him lagu yang aku mula-mula nak send tu aku text :

Me: knp?
Is there anything that you wanted to tell me?

Him: Takde apa-apa. Sja nak tanya khabar.

Then I told him about his status and I bid goodbye. And yes, I did sent him a link of the song eventually. Haha. But he never replied ever-since.

I was mad because he said there is nothing. Even though we do not have a thing or a fling tapi kau cari orang lain sedangkan kau ada awek. Apa gunanya kan? Aku tak faham seriously. Kau dah ada awek tapi kau cari aku. Kau nak apa sebenarnya daripada aku bah? Nda ka kau rasa nda adil sama gf mu bah ? Kesian dia. I mean as a girl myself, I wouldn’t want someone whom I trust with to have a fling or flirt with other girls kan? Benda tu against the girl code. Kalau aku ignore the fact yang kau dah ad gf and still contact dengan kau tu namanya gampang. Lainlah kalau aku dengan kau ni ibarat kau dengan Hasmah. Aku sendiri pun tak nak couple dengan kau actually. So aku tak marah pun kalau kita tak jadi ada apa-apa cuma aku marah sebab kau tak hormat orang perempuan. Banyak common sense yang kau lack and banyak lagi benda kau kena belajar.

Cuma ada juga beberapa perkara yang aku respect sama kau. Pertama, bagi aku kau rajin lah. Mungkin sebab kau suka kerja kau aku tak tahu tapi atleast kau ada achievement dalam hidup kau. Kedua, aku suka jenis kawan-kawan kau. Serious. Malah aku envy kau ada kawan-kawan macam tu. Kalau nak bandingkan dengan kawan-kawan aku diorang semua conservative and tak berani untuk nak buat sesuatu yang mencabar. Macam kawan-kawan kau aku tengok kalau ajak pergi travel on je, pergi lepak, on je buat aktiviti menarik (ingat nak recruite futsal team senang ke? I’ve tried and its not easy. Perlukan commitment bro) apa lagi? Pokoknya best la. Ketiga, kau senang buat kawan. Maybe you have your charms and I can’t deny that sweet smile of yours that kills me tapi kawan kau bapak ramai. That’s good. Keempat kau boleh buat orang tua (elders) respect kau. Ada la a few cerita aku dengar. Bukan dari Hasmah je tapi a few of your other friends. Kelima kau ada lesen which aku takde. Aku tak tahu la macam mana kau boleh tahan dengan JPJ punya PMS and lulus ujian tapi sape sape yang ada lesen memang aku respect. I cried okay masa ujian sebab tak lulus. (Perkataan fail seems kejam sangat).

Setiap kali orang tanya aku apa yang aku suka sangat dekat kau yang takde apa-apa sedangkan aku ni lagi better daripada kau, aku akan jawab “aku nampak benda yang orang lain tak akan nampak yang ada pada diri kau,” diantaranya adalah perkara di atas. Kau jenis kalau kau nak kau kena dapatkan apa yang kau nak betul? Biasalah aku pun ada adik. Kau pun anak bongsu. Kemahuan , kehendak semua perlu dituruti.

By the way, if you are reading this. Kau hutang aku mee basah Sabah yang kau kata tempat kegemaran kau dekat Sandakan tu. Okay? Peace.

And girls yang pedoman tu hang toksah la nak butthurt kalau laki tu tak layan hang. Pastu hang toksah la nak meroyan ke apa ke. Hang lek je. Cool je chill je. Jangan la hang layan sangat perasaan hang macam aku ni. Lepas tu hidup ni satu pilihan, kita yang membentuk hidup kita. If I’ve had known that I’ll be as bad as this I won’t even dare to start the conversation. Toksah la ikut orang putih sangat. Depa kata suka perempuan text dulu etc etc. Tak payah. Better jaga hati ampa semua baik baik. Hati tak sakit hidup pun tenang. Lagi baik takda marka daripada ada. Kalau ada marka ampa ingat best ke? Asyik tension depress teruih. Tak best okay. Apa lagi pedoman cheq bulih cerita kat sini? Hmm don’t be a fool like me.

Yang penting korang hidup mestilah ada keberkatan ibubapa. Jangan menipu. Jangan mengajar diri menipu mereka. Kalau nak pergi mana mana bagitahu. Hidup tak berkat ni tak best. Rasa semua serba tak kena. Serious.

Lelaki pulak please jangan bagi harapan dekat orang perempuan. Kalau tahu tak serious jangan start. Fikir kalau ada adik, sedara perempuan or kakak. Kalau orang buat benda sama dkat diorang apa kau rasa? Mana humanity kau.

*Semua nama yang disiarkan adalah nama yang diolah. Nama sebenar tidak digunakan.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

246 Comments

  1. hahahahha detail abis melalut off topic, hikayat 1001 kisah dlm satu confession.
    naik apa pukul brapa gi Zara, berapa lama kt sana? sebelum g hnm xsinggah kiosk dlu kee.

  2. Hati ku mulai bosan rindu ku pada mu bulan
    Kemudiannya ku datang ooohhhh….
    Ku sangka engkau riang rupanya halau ku pulang
    Bulan lapan di Sandakan…
    Eh.. ternyanyi pula. Hehe

  3. Haha.. dah baca, x habis.. sampai 2 kali mekdi dah terus stop.. bila cuba nak skrol ke bawah.. Ya Allah.. kecilnya papan skrol tepi tu.. nampak sangat panjang.. bila skrol, ye memang betul.. sangat panjang.. so x bacalah, sbb tadi ingat nak sambung kalau nampak pendek..
    K bye.. hahaha

  4. Aku tabik spe yg bce smpi habis..aku x mampu..detail ko dikkk…mesti bosan kawan ko kalau ko start buat luahan perasaan..2 hari baru habis rasanya..haha

  5. Nak menangis rase bila dapat habiskan confession ni..

    Ok, btw biarlah sy summaries kan.. Point confessor ni sebenarnya nak cerita dia berkawan dgn seorang lelaki ni from sandakan She kinda have crush on him, dan they texting la. Dan guy ni pun jenis ‘melayan’ dan actually ade awek pun. Confessor ni buat mcm2 sampai pergi KK utk jumpa guy ni tapi dari penceritaan, seems guy tu tiada feeling dgn confessor sbb byk beralasan nak jumpa. Then girl rasa unappreciated dan start to move on.

    Way to go, take a lesson from that experience. Hargai diri sendiri. Plus confession ni byk lari dari point utama. Plss kalau nk buat confession terus direct cerita kesian org nak baca dah macam baca sejarah hidup awak pula. keep it simple and nice *sambung menangis blik

  6. tau la ko plajar undang2 bha tp jgn la tlmpau detail kw bg .kw xpkir ka yg kmi pn bosan baca kalau tlmpau pnjng ..aii gagal kw ne .kelaut dn kelang!t .haha

  7. since perengggan awal2 confessor ni mcm nak rahsiakan tmpt dia blaja. tp berdasar kpd penceritaan, bole tak saya ingin meneka bahawa dia belajar di uitm shah alam.

    #BertekaTeki

  8. Mcm hape entah.. 1st time aku baca confession tak habis..hahaha.. aku bole ckp mcm cite bebudak skit la….good job dik.. bole tulis cerpen ni.. hehe..

  9. Wow panjang sgt. berpinar2 mata sye mmbaca. And to think dia spend cuti p sabah krana lelaki tu saje dah amat suprising ntuk saye hhaha. Atleast dia boleh pegi jln2 kat situ. So basically dia ada crush ngan lelaki tu and disappoint bila lelaki tu tak reply and tak banyak spend time with her? not to forget that dia ada gf. And then dia ak move on but that guy layan dia balik? Biar je dia. Say Thnks for being friend and bye, dah pastu blah. lupakan je, memang susah bab dia crush, but fikir gak faedah nye. And just a reminder, org sabah tak letak bah each sentence. Kah atau Lah pun boleh. Chill.

Comments are closed.