Bumi Ini Bergolak Lagi III

Untuk part I, (https://iiumc.com/bumi-ini-bergolak-lagi/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/bumi-ini-bergolak-lagi-ii/).

Kali ni aku coretkan part 3. Walaupun diumumkan sebagai darurat kami masih bekerja macam biasa. Cuma bezanya tentera sana sini la. Gerun jugak la tapi buat2 tak tahu.

So bagi staff2 yang guna kenderaan awam disediakan PUDO (pick up and drop off) dari kawasan rumah ke tempat kerja selama 14 hari.

Macam aku yang expart ni pergilah kerja sendiri sebab company dah sediakan kereta.

Kehidupan jalan macam biasa cuma pendek sikit waktu tu. Pukul 8 malam semua kedai dah tutup.

Selalunya ada je kedai bukak sampai pukul 10 malam tapi sekarang 8 malam dah sunyi.

Jadi duduk je la rumah malam which memang tak de masalah sebab memang kami kat sini malam2 duduk rumah je.

Perkembangan darurat ni, aku tengok polis and tentera kutip balik semua troli and barang2 curi dari settlement atau dari setinggan yang ada..

Berlori juga la lepas tu main letak depan pagar warehouse. Habis la kena hujan and maybe dah tak leh pakai la barang2 tu.

Bukan tu je, diorang kutip juga mereka2 yang terbabit dengan looting tu.. Ha kan padan muka..

Dalam keadaan tengah aman ni tadi tetiba manager aku halau semua staff2 balik. Rupanya ada pergaduhan tentera dengan polis pulak dah. Astaga.

Patut la dari pukul 1 petang tadi siap semua asset tentera keluar and berkeliaran kat jalan raya. And tentera and polis bertukar2 ronda di kawasan office aku. Rupanya bergaduh.

Kali ni memang tak tunggu lama la capai laptop and barang2 penting terus balik. Tak pandang belakang dah and dah masuk kereta baru perasan sebelah kaki aku pakai selipar and sebelah pakai kasut.

Setakat ni takde lagi la info pasal gaduh2 ni kat media sosial tapi tu la better balik and stay kat rumah sebab banyak opportunist kat sini.

Dah la aku ni expart, dan2 kena culik plak and minta tebusan. Tak ke haru..

Emm aku punya contract nak expired dah, rasa macam nak balik je malaysia tapi tu la minta kerja tak dapat2 lagi.

Bingung sekarang ni..

– Lili (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *