Assalamualaikum dan salam sejahtera, buat semua pembaca yang budiman..

Namaku Lavender, umur 27 tahun, bukan anak tunggal dan seorang perempuan.

Coretan ini hanya sekadar untuk meluah.. Macam tajuk di atas, aku buntu.

Aku buntu sebab mak, selalu tangguhkan majlis perkahwinan aku.

Untuk pengetahuan semua, aku dah setahun menjadi tunangan orang. Tapi sampai saat ini, mak belum lagi tetapkan tarikh perkahwinan kami.

Encik tunang selalu tanya aku bila? Tapi aku sendiri tak ada jawapan.

Untuk pengetahuan semua, kami bukan laa dari keluarga yang berada, hidup secara sederhana sahaja.

Dulu hidup kami susah berbanding dengan kawan-kawan aku yang lain. Tinggal pon masa tu rumah sewa jenis kampung je.

Bila masuk matrik, baru ada rezeki mak dengan ayah beli kereta sendiri.

Selama ni, pergi mana2 akan guna motor atau public transport. Dan mak dengan ayah dapat beli rumah flat yang sekarang kami tinggal masa umur aku 20 tahun.

Aku faham, niat mak sebenarnya nak aku stable dulu baru kahwin.

Dia pernah pesan, masa aku belajar dulu.. katanya, walupun perempuan, kita kena ada duit juga untuk masa depan dan jangan mengharapkan duit laki semata2. Aku ingat lagi pesan tu.

Lepas habis belajar pon, benda pertama yang aku beli adalah rumah.

Aku dapat beli rumah masa umur 25 tahun. Rumah teres yang agak selesa bagi aku. Aku ajak family pindah sana, tapi dorang lebih selesa tinggal di rumah lama. Jadi, rumah tu aku sewakan sahaja.

Aku kerja dekat company swasta 3 tahun dan aku resign sebab nak sambung belajar.

Awalnya untuk sambung belajar partime je, tapi mak dengan ayah, suruh aku fokus belajar.

Selepas tunang, aku tanya bila agak2 tarikh tapi mak suruh habiskan belajar sebab katanya ni ikat tunang hidup, jadi aku turutkan.

Baru- baru ni, aku cuba tanya lagi memandangkan tahun depan bulan 6 macam tu aku habis belajar. Tapi, mak cakap suruh kerja dulu.

Ermmm tak tahu nak respon apa. Bila aku cakap umur dah nak masuk 30an, mak cakap ramai je anak2 kawan dia tak kahwin lagi. Aku cakaplaa nanti dah 30 lebih nak dapat anak pon susah.

Pastu mak cakap 40an pon ada je yang mengandung lagi. Kadang dah penat, tak tau nak respon apa.

Kalau mak rasa sunyi untuk lepaskan aku, rasanya tak jadi masalah sebab aku memang tak akan jauh dengan family. Lagipon, encik tunang baru je beli rumah sama daerah dengan family aku tinggal.

Iyaa, mak aku berbeza dengan mak orang lain. Macam kawan-kawan aku, mak dia yang selalu tanya bila nak kahwin. Tapi berbeza pula dengan mak aku. Dia tak pernah tanya aku pon bila nak kahwin.

– Lavender (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Pada aku, berenti keje tetap utk sambung belajar pd usia mid 20’s lgkah yg x brp bijak kalau kita bkn keturunan kaya atau dlm bank takde simpanan puluh² ribu. Sbb umur² mcm tu dh kena ada simpanan dlm bank. Start ada base in EPF. kena ingt, hidup ni kena ada timeline supaya x terlalu lewat utk start satu fasa yg lain.

    Lain la sambung study lps dh kawen. Mmg betul kata mak umo 40 pn still boleh beranak. Tp time budak tu nak masuk darjah 1, kita ni dh tahap atok² nenek² (at least dah 47 tahun masa tu) kat anak. Dia ajak pegi hari sukan pun kita dh x larat nnt. Usia² kita pegi masjid, eh..kena hantar anak g sekolah. Agak² masa dia masuk uni/kawen, kita sempat x nk saksikan? Lain cerita kalau kawen n mmg niat xnak anak sbb dh lewat usia.

    Taat pd mak tu perlu. Tp kena tegas. Fikir jgk encik tunang tu tggu. Jgn sampai dia pn nnt hilang sabar sbb tak tentu masa depan dia.

    I wish u all the best. Semoga dipermudahkan semuanya.

    • Dr Imelda Balchin tu boleh je lari marathon walaupun lepas umur 50 tahun.

  2. Parents kita pun tak pernah tanya bila mahu kahwin. Tapi okay je.. old fashion old style parents kot yang bertanya tak habis2 tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *