Cuaca pagi ni panas sangat, aku rasa perjalanan aku ke tempat kerja sangat stress dengan cuaca begini. Begitulah sikap manusia diberi panas, bising, diberi hujan juga bising.
(Nama nama di sini adalah bukan nama sebenar. Jika tersama adalah kebetulan)
Aku Nazmi anak kedua dari 4 beradik. Aku telah berkahwin dengan seorang anak.
Abang aku Azmi beza umur dengan aku cuma beza lapan tahun tapi oleh kerana berkahwin awal, anak dia yang sulung telah bersekolah menengah dan yang kedua berumur 9 tahun.
Dia kahwin memang awal, kahwin muda. Dia ni aku pun tak faham apa kerjanya. Gaya hidup nampak macam kerja dengan gaji 5 angka. Apa taknya, ada kereta konti, ada MPV mahal, gaya hidup macam orang ‘have-have. ’
Adik aku yang ke 3 Azuan telah berkerja dan yang ke 4 masih belajar di IPTA. Kedua orangtua aku telah pencen dan ada sedikit tanah di tanam dengan kelapa sawit. Jadi kalau ikut pandangan dan kiraan mata kasar, kedua orangtua aku memang senag la.
Jadi apa yang nak aku kongsikan dalam kisah ini adalah masalah abang aku, Azmi. Mereka suami isteri ni pandai berbelanja, pandai guna duit tapi aku tak tau dari mana mereka dapat duit.
Nak kira pendapatan dia, Azmi ni sekolah setakat tingkatan 5 saja. Isteri dia pernah cakap lulusan IPTA tapi bila aku siasat, belajar tak tinggi mana pun.
Azmi pantang dengan orang tua aku dapat duit, contoh bonus (masa orang tua masih bekerja), dialah yang akan call cakap minta support sikit untuk anak dia.
Mula-mula orangtua aku bantu dan tidak bersuara. Sampai satu tahap bila orangtua aku dah pencen, income dah berkurang tapi Azmi masih dengan sikap suka meminta bantuan. Dia akan berdrama kata untuk anak lah, untuk beli laptop anak lah.
Atuk mana tak sayang cucu, maka meraka bantu. Sampai satu tahap mungkin orangtua aku dah tak tahan dengan sikap dia, maka terbuka cerita ini pada aku. Orangtua aku cerita dari A sampai Z.
Rupa-rupanya Azmi dah kena blacklist dengan bank sebab pada awal karier dia, dia ada buat loan kereta dan kereta tu kena lelong sebab dia jual dengan orang tak tuar nama dan orang tu tak bayar.
Bila berkahwin dia mulakan bisnes. Bisnes biasa-biasa je tapi aku tak tahu kenapa lagak Azmi ni macam bisnes dia tiap bualan untung ratus ribu. Dia pakai kereta konti (jenama dari barat) Nafsu kuda sangat, aku tak komen lebih seba kereta tu ok dah habis bayar.
Tapi yang aku nak komen bila orangtua aku cakap nak beli MPV 7 seater. Risau lah orangtua aku. Hari-hari Azmi call merayu cakap nak guna nama orangtua aku untuk buat loan.
Yelah, mana ada orangtua tak sayang anak. Anak jahat, nakal, banyak problem, orangtua tetap sayang. Maka mak aku bagilah dokumen. Lulus pulak loan tu. Aku tak tau bank punya staf ni bodoh ke apa.
Orangtua aku tinggal berdua, dah ada kereta untuk apa beli MPV. Tapi itulah, bank pun nak berniaga.
Bermula la episode ngeri mak aku. Mak aku ni ada sakit jantung. Satu hari dia terima call dari bank. Bank tempat pinjaman MPV tu. Staff tu kata dah 3 bulan tak bayar. Mak aku call Azmi suruh bayar.
Azmi selamba je cakap mak tolong la bayar. Loan kan nama mak. Perrrgh menyirap aku dengar mak cerita. Jadi sampai sekarang la mak aku diserang oleh panggilan telefon dari pihak bank.
Ada satu insiden, Azmi kena balik kampong tapi dia balik naik kereta lain. Mak tanya mana kereta konti dan MPV, dia jawab tak cukup duit nak renew cukai jalan dan insuran. Dia pinjam kereta kawan.
Aku fikir macam manalah hidup keluarga dia. Anak 2 orang sekolah. Nak bayar installment MPV RM2000++ sebulan. Bisnes dia pun aku tengok sendu je.
Isteri Azmi pun sama naik. Emas melilit satu badan, pakaian nampak ada brand, beli di butik. Handbag pun tak kurang ada nama.
Isteri aku pernah dengar perbualan isteri Azmi tentang kelengakapan diri dia. Dia kata tak pandai pakai yang taka da jenama. Kulit gatal-gatal. Isteri aku dengar, menanah telinga. Entah-entah semua pun dari duit orangtua aku.
Isteri Azmi pun pandai meminta. Kalau ayah kira duit sawit, dia akan cakap dengan mak aku, bagi la sikit. Kebun tu pun memang nak bagi kat dia kan…apa korang rasa.
Aku mula hilang respect pada Azmi bila aku dengar semua cerita ni dari mak. Takkan mak nak bohong fasal Azmi. Aku harap Azmi sedar dirilah. Berdiri dibumi nyata. Untuk apa semua kebendaan yang kau ada tapi menyusahkan keluarga terutama orangtua kau.
Ukurlah baju di badan sendiri. Jangan nak berlagak dengan penampilan bergaya tapi duit pun tak de. Dulu masa anak kecil, rupanya pampers dan susu pun kau minta mak ayah support.
Pernah tak kau plan kewangan untuk 10 tahun ke depan. Ekonomi dunia bukan semakin baik sekarang. Tak kan kau tak pernah dengar berita atau membaca sikit sebanyak fasal ekonomi. Setidak-tidaknya kau mesti ada simpanan dalam bank untuk 6 bulan keperluan keluarga kau.
Aku nak terus tegur kau tapi kau ni jenis cepat naik angin, habis barang kau lempar. Kau tak pernah belajar dari kesilapan. Pak cik Mak cik pun dah mula cerita fasal kau. Aku harap kau sedar lah diri,cermin diri kau.
Aku pun anak mak ayah tapi aku hidup atas kemampuan aku. Aku tak mengharap bantuan diornag untuk aku terus hiduop. Aku naik kereta buatan Malaysia. Aku tau kau kutuk kereta aku. Tak apa aku tak kisah sebab itu saja aku mampu.
Untuk anak-anak, aku ajar hidup sederhana. Lampin pakai buang aku bagi jenama biasa-biasa je tak macam kau mau jenama terkenal.
Ok lah bang. Untuk abang aku Azmi, last word untuk kau. Cermin diri sendiri. Siapa kau untuk bermewah dan berlagak macam tu. Orang bersusah payah untuk meneruskan kehidupan, kau pulak harap mak ayah.
Kau pernah fikir tak kalau mereka dah tiada, dengan siapa kau nak bergantung. Untuk mak dan ayah, tolong lah berhenti bantu Azmi. Biar dia tahu erti kehidupan sebenar.
Semoga luahan hati aku ni dapat dibaca oleh Azmi dan orangtua aku. Sedarlah hidup sementara. Kereta yang kau bangga-banggakan bukan jaminan untuk akhirat nanti.
– Nazmi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
abg kau dah nampak dah harta mak ayah tu nt jd milik dia, no hal..
abg awak jadi mcm tu sbb mak ayah awak terlalu manjakan dia..susah sket mntak tlong mak ayah..pastu naik lemak la dia sbb dia tahu kalau susah mak ayah tlong ..org mcm ni xpayah tlong dah..biar die selesai masalah dia sndri
Kisah ni sama sebijik macam abang ipar saya. Asyik mintak duit mak mertua. Yang mak mertua pulak asal abang ipar mintak duit call kita orang laki bini suruh transferkan dulu duit nanti mak mertua gantikan duit tu. Kalau tegur abang ipar & bini dia tu melenting siap past macam2 dekat status whatsapp tu. Mak mertua pulak asyik cakap kesian kalau tak tolong. Laki bini malas kerja stress gila Tuhan je yang tau