Buntu

I've been suspected with panic attack + anxiety disorder by the doctor. Sbb Dia check darah semua ok. Heart rate ja tinggi sikit. Doktor nak bagi prescription tapi parents mcm reluctant so dia bagi surat je lah. Kalau jadi lagi tunjuk surat tu je. Saya sendiri pun macam nak tak nak percaya sebab parents kata bukan tu masalah saya. Sakit dada sebab asthma je katanya. Saya bukannya ada asthma dari kecik pun masalahnya. Cuma sejak masuk universiti ni saya suka rasa penat dan sakit dada terutama bila jerebu + hujan. Pergi klinik jangan cakaplah. Saya sampai dah tak nak pergi dah lali asyik makan ubat batuk + selesema + kadang kadang antibiotik. Paru2 saya doktor kata ok je masalahnya. (note : klinik uia tak komen dia bagi ubat antibiotik . Klinik kat rumah kata mungkin asthma. KPJ kata anxiety.)

Anyway, that was 7 months ago. Sem baru ni, awal awal tu saya semangat. Best rasanya belajar. Tapi little by little I feel drained. Sejak bulan ni (November, disember) , saya makin kerap demam dan dada rasa penuh. Malam-malam susah sangat nak tidur. Saya rasa lemah semangat, nak nangis, risau. And bila saya anxious mcm tu saya tak mampu nak buat apa2, n have suicidal thoughts. Kelas tak datang, rasa tak berdaya. Every time tu rasa berat sangat tak tahu sebab apa Like every little energy has been sucked away from me. Saya rasa macam tak mampu nak teruskan. Solat n makan pun rasa berat nak buat. Rasa hopeless + helpless. Dan kadang2 I have this sudden pain in my chest. Macam chest muscle tu tetiba muscle cramp. Dia sekejap ja. Tapi sakit. midsem hari tu saya balik rumah pergi klinik, doktor bagi ubat batuk + kahak n antibiotik. Paru2 ok ja dia kata.

Rumet saya nampak saya happy ja tapi malam2 saya nangis sorang2. It's like a relapse. Dulu pun pernah macam ni. Saya kesian teammate assignment saya jugak. Saya nak explain kat lecturer pun saya tak tahu nak kata apa. Mc? Saya tak da MC. Baru2 ni, saya terbangun dari tidur sebab nafas macam tak teratur. Tahu tak rasa nafas tu makin perlahan dan sikit tapi kita tak boleh kawal? Kita nak nafas tapi badan kita tak mau? Sekejap je jadi tapi cukup buat untuk saya takut nak tidur balik. Saya tak tahu nak buat apa. Saya tak tahu nak bagi tahu siapa. Saya ni ada masalah kesihatan ke masalah lain?

Ada suggestions?

– Jiji

CREATE A POST