Salam semua dan terima kasih admin kerana approve, (Maaf cerita panjang sikit)
Saya bekas pelajar UIA dan di sini saya cuma nak bercerita mengenai seorang kawan melayu saya,
nak dikatakan rapat, tak de la tapi saya kenal dia sejak 11 tahun lepas iaitu ketika di bangku sekolah lagi.
dia bermain dota, dan boleh dikatakan sangat hebat la (6.5k MMR) dalam permainan tersebut. Saya pun bermain juga, tapi tak la sehebat dia.
nak dijadikan cerita, dia ni sudah berhenti belajar daripada universiti sekerat jalan sebab mahu menumpukan sepenuh komitmen dalam dota ni.Maka, dia telah bersama kawan2 lain untuk membentuk satu pasukan yang ditaja (diberi gaji, tempat tinggal etc)
Namun, kadang2 kita di atas, kadang2 kita akan jatuh juga, nak dijadikan cerita, tak sampai 4 bulan selepas berhenti belajar dan bersama pasukan itu, dia ni telah diarah keluar dari pasukan tersebut atas sebab2 tertentu.
Dan, dia ni seolah2 sudah hilang tempat bergantungan. Maka, dia telefonlah saya kerana, erm, entah la, untuk memohon pertolongan untuk tinggal di rumah saya kerana sudah tiada tempat tinggal (tiada lagi tajaan / sudah berhenti universiti). Saya pun OK sahaja sbb dia ckp nk tumpang tinggal je, tak pinjam duit. Disebabkan kesian dia tidak punya apa2,
ditanya kenapa tidak balik rumah, dia diam sahaja, mungkin ada masalah peribadi jadi saya pun, OK tiada masalah.
Setelah beberapa hari dia di rumah saya, saya perhati yang dia seolah-olah 24 jam di hadapan PC saya, namun tidak menjadi masalah sangat pada awal2 masa tu kerana saya sangat sibuk dengan kerjaya saya sebagai seorang jurutera. Namun, kadang2, saya sedikit stress kerja dan bila balik ke rumah, ingin juga release stress dengan bermain dota, namun melihatkan dia sentiasa di hadapan PC saya, jadi saya slow talk la dengan dia, "aku balik kerja, aku nak main", jadi dia pun beralih ke tepi
tapi itu pun kena tunggu dia habis main (dota biasanya dalam sejam baru habis).
Seminggu berlalu, saya perhati rutin hidupnya sama sahaja:- saya balik kerja, dia beralih ke tepi + pergi beli makanan utk dinner dan tidur. Bila saya masuk tidur, dia bangun
dan main di PC saya sampai saya bangun dari tidur, selepas saya bangun dari tidur, dia pergi beli sarapan dan sambung main bila saya pergi kerja/keluar sampailah saya balik dari kerja/keluar
dan rutin tersebut berulang setiap hari.
Pada satu ketika, saya balik dari kerja seperti biasa, saya masuk ke dalam rumah, pfftt, bau sungguh teruk, bau si dia tidak mandi, ditambah dengan plastik2
makanan/minuman sarapan/dinner yang tidak dibuang ke tong sampah besar di luar. Apa lagi, saya tegur la dia suruh pergi mandi & buang sampah sambil sembur pewangi untuk menghilangkan bau2 tu.
Peristiwa itu berulang2 setiap 2-3 hari dan sampai la ke bulan pertama. Namun saya masih bersabar. dan disebabkan itu juga, daripada saya kadang2 bercakap dengan dia, jadi jarang dan langsung
tidak bercakap dengan dia lagi, seolah2, saya tidur = dia berjaga, saya berjaga (keluar/kerja/etc) = dia tidur.
Namun, kesabaran makin teruji, rupa-rupanya dia ada seorang "awek" dalam dunia fantasi dotanya itu, awek alam maya, setiap kali dia main dota, pasti ada perempuan itu bermain sekali.
sebab dia skype dan bercakap dengan awek itu, so saya dapat tahu daripada suaranya, yang awek itu adalah "awek thai". ketika saya tidur jam 12 mlm hingga subuh, mesti kedengaran ngilai,
bising dia dan awek tersebut bercakap menerusi skype/ingame dota.
Saya mula berasa tak tahan, namun terkenangkan dia tu adalah kawan sejak sekolah, dan dia seolah2 tiada tempat bergantung (as long as dia tak pinjam duit aku, then fine), maka disimpan je perasaan tu. dan pada masa yang sama, saya sempat la mencari siapa awek thai tersebut dan berjaya add fb dia dan 3-4 rakannya juga. Ok fine, awek thai itu merupakan seorang pelajar university di thailand.
Namun, menerusi salah seorang rakan perempuan awek thai itu, saya dapat tahu bahawa rupanya awek thai itu hanyalah mempergunakan dia, sebab dia pro, untuk boosting MMR dia drpd 3k to 6k (ibarat menaikkan rating / level tahap
seseorang daripada tak pandai kepada sangat hebat). Dan rupa-rupanya saya mendapat PM daripada ketua pasukan kawan saya sebelum itu, dia dibuang daripada pasukan sebelum ini juga disebabkan 24 jam bermain dota bersama awek tersebut
dan tidak membuat latihan bersama pasukan. Pada pendapat saya jika berhenti belajar dan ingin full komitmen maka tidak sepatutnya berbuat sebegitu.
2 bulan berlalu, saya sudah tidak tahan lagi dengan masalah bau tak mandi, tak buang sampah, dan bising di malam hari ber-skype dgn awek tu, maka saya da membuat keputusan dalam diri saya. Saya mendapat tahu bahawa dia akan ke satu pertandingan dota bersama pasukan barunya, dan pada masa tu, saya cakap la baik2 dengan dia, "ko pegi ke sana tu, bawak la semua beg ko, kemas semua barang2/sampah2 ni dan good luck", dia pun tak ckp bnyk dan akur. Ketika dia sedang buang sampah, saya sempat bertanya kpd salah seorang rakan fb awek thai itu,"how old is ****", rakannya membalas,"24 years old same like me, university girl"..
Selepas itu, saya hantar la dia ke stesen bas, namun sebelum dia pergi, saya berpesan kepadanya,
"ko jaga la diri elok2, dan lagi satu, stop la dgn si **** (awek thai) tu, oh lupa, nk tanya, berapa umur ****?",
maka kawan saya tu diam dan membalas."ok, erm, dia cakap umurnya 17 tahun".
Dan saya terus cakap,"dia tipu ko, dia 24 tahun la, ak da tny kwn dia dan dia berkepit ngn ko kat dota sbb dia
mempergunakan ko je tu".
dia terus menafikan dan berlaku la sedikit 'gaduh' namun, saya rasa saya sudah beritahu apa yang patut dan saya terus beredar.
Selang beberapa hari, saya mendapat berita yang dia telah memenangi belasan ribu ringgit (belasan ribu bahagi lima sebab 5 org sepasukan) dalam pertandingan dota tersebut.
Saya mengucapkan tahniah, namun selepas itu, saya selalu nmpak dia online dota dan still berkepit dgn awek thai tu hari2, namun di mana dia tinggal saya tidak tahu.
sebulan berlalu, tetiba saya dapat satu friend request fb dan PM daripada seseorang, bro tersebut PM saya bertanya kenal tak dia ni (kwn saya). Saya pun cakap kenal, dia tumpang 2 bulan di rumah dulu. bro tersebut meluahkan perasaan tidak selesa dan bertanya saya macam mana saya menghalau dia (kawan saya) drpd rumah. rupa-rupanya, selama sebulan tu, dia tinggal menumpang di rumah bro tersebut dan kini bro tersebut menghadapi masalah yang sama, bau/sampah/bising/guna pc etc. Saya pun tak tau nk cakap apa.
Bro tersebut bercerita yang dia memang hebat dalam dunia fantasi alam maya dota, namun dalam realiti, zero social life (tidak bertegur orang in person), hari2 mengadap PC orang, malas, menumpang free ibarat raja. Seolah-olah tidak memikirkan masa depan.
Apa yang harus saya buat?
– DotaPlayer