Saya ada kawan (kawan satu tempat kerja). Kawan saya iaitu Hidayah (bukan nama sebenar). Dia kawin dengan kawan satu kolej saya yang bernama Haikal (bukan nama sebenar). Mereka dah mendirikan rumah tangga selama 3 tahun.
Dan Hidayah ni baru bekerja disini setahun. Dalam setahun perkenalan saya dengan Hidayah, dari A-Z saya tahu luar dalam tentang rumah tangga mereka. Dan saya tak terkejut pun jika Hidayah cerita perangai si Haikal ni sebab saya amat mengenali Haikal dari zaman belajar.
Jadi saya pun telah dijadikan tempat mengadu si Hidayah ni. Yes at the first time saya sangat-sangat kesian kan si Hidayah. Seperti apa yang diceritakan olehnya, si Haikal takde sikap bertanggungjawab, culas bagi nafkah, dan bukan jenis protect bini tak kira dalam apa situasi.
So since 8 bulan saya mendengar masalahnya, saya hanya boleh bagi nasihat. Takkan saya nak over react, pergi serang Haikal and etc hanya kerana saya kesian dan sangat anti dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab ni.
Macam-macam cadangan, pendapat, nasihat saya berikan tapi kata Hidayah semua tak jalan dan dia sudah penat.
Ye saya faham perasaan tu kerana itulah perasaan ibu saya yang telah saya lihat dari dulu sampai sekarang ibu saya bersabar dengan sikap ayah saya.
Suatu hari Hidayah confess menyatakan dia sebenarnya baru sahaja mengenali lelaki lain untuk hilangkan bosan. Saya tidak terkejut. Sokong pun tidak, tak sokong pun ye like semuanya 50%. Lantak lah janji kau bahagia dan tahu batas kau selagi kau bergelar isteri yang sah.
Saya okay jela melihat dia happy as long dia tak serabut sebab akan mengganggu kerja saya, yela saya ni jenis focus kalau bekerja. Dah kalau main campur masalah orang, tak ke otak kita turut berfikir jugak. Hahaha.
Selepas tu, Hidayah dah mula rasa serabut apabila Haikal menghubungi dia. Saya mula merasa kesian pada Haikal. Yela saya faham perasaan bila tidak dilayan atau layan acuh tak acuh ni macam mana. Tapi padan muka kau lah siapa suruh buat bini kau macam tu. Hahaha.
Tapi lama kelamaan saya mula berfikir, Hidayah mula berubah. Dia ignore Haikal yang suami dia yang sah 100%. Tapi cara dia layan scandal dia dah macam laki bini. Hmm saya diam jela malas tegur.
Sejak daripada tu, dia cakap dia nak pergi bercuti dengan Haikal. Saya pun okaylah baguslah kalau nak fix semula. Tapi lain pulak jadinya.
Hahaha. Boleh pulak tengah bercuti tu, Hidayah snap gambar badan Haikal tanpa baju dari belakang untuk hantar pada scandal dia.
Konon nak bagi scandal dia marah + jealous sebab scandal dia tengah keluar dengan perempuan lain. Lahhhhhhh??? Lepastu gaduh dengan scandal terus takde mood dengan suami. Then esokkan terus balik dari bercuti.
Eh balik dari bercuti bermasalah pulak sebab scandal dia percaya si Hidayah ni check in dengan laki lain sebabnya Hidayah cakap dia tengah check in dengan orang lain sedangkan lelaki tu suami Hidayah sendiri.
Lepastu duk beria-beria lah si Hidayah ni nak meyakinkan scandal dia tu kononnya gambar yang dia sent tu gambar suami dia sendiri.
Dan tak semena-mena dia balik dari bercuti tu terus call aku nak jumpa aku. Kononnnya nak cerita masalah dia lah. Aku okay je macam biasa.
Sekali dia bawa kau jumpa scandal dia semata-mata nak yakinkan scandal dia tu orang dalam gambar tu suami Hidayah sendiri.
Sumpah aku terkejut rupanya scandal dia tu budak satu office aku. Sumpah aku tak perasan langsung mereka berdua ni boleh berscandal.
Lepastu apa lagi, aku macam tengah tengok drama tv3 lah. Sorang tengah bengang dengan drive kereta macam orang gila.
Yang Hidayah pulak pujuk rayu apa semua untuk redakan keadaan. Aku ni pulak dekat belakang istighfar dalam hati yela bawa kereta macam orang takde iman. Kalau nak mati, korang mati jela berdua, aku taknak terlibat. Errr.
Lepas pada tu aku cakap lah aku nak balik. Yela buat apa aku nk duduk lama-lama dalam kereta ni buat tambah dosa. Pastu si Hidayah ni hantarkan aku balik.
Jadi sepanjang perjalan tu aku suruh Hidayah jujur jela bila dia dengan laki tu, apa sebenarnya hubungan mereka sampai macam tu sekali drama tadi.
Yela kalau scandal biasa tak kan sampai macam tu sekali kan?? Jadi Hidayah mengaku yang mereka dah nak setahun bersama. Semua benda dah buat. Pernah pregnant dan gugurkan kandungan. Aku tergamam, speechless.
“Semua benda dah buat” astaghfirrullahalazim. Terkaku aku. Tak sangka sampai tahap macam tu sekali Hidayah sanggup buat hanya untuk dapatkan perhatian dan kasih sayang dan duit.
Tak tahu nak kata apa dah aku ni. Sampai nekad nak bercerai dengan Haikal gara-gara nak bersama dengan laki tu.
Lepas aku tahu, aku buntu. Apa patut aku buat. Bagitahu Haikal perkara sebenar? Atau aku diam? Berteka-teki dalam otak aku ni apa perlu aku buat.
Tiap malam aku ni minta petunjuk dari Allah moga tergerak hati si Haikal untuk cari aku. Yela aku tak sewenangnya nak cerita. Tak pasal terpinga-pinga siHaikal tu.
Lepas pada tu alhamdulillah Allah kabulkan doa aku. Si Haikal ni datang rumah cari aku. Mujurlah suami aku ada. Jadi aku tanya lah dulu kenapa datang, apa masalah.
Haikal cerita Hidayah ni dah tak macam dulu, berubah yang ketara sangat. Cakap lebih kurang, itu ini tak kena.
Haikal dah cuba berubah layan dia macam permaisuri dalam rumah tu, siap basuh baju kemas rumah, masak, sidai baju, lipat baju, dia hanya balik kerja ngadu penat letih tidur. Siap si Haikal ni tolong urut sampai Hidayah tu tertidur.
Aku pun tanya lah, “kau ada buat apa apa ke sebelum Hidayah ni berubah 360 darjah?” Haikal akui lah kesalahan dia. Apa yang Hidayah cerita pada aku pada permulaan itu memang betul.
Tapi Haikal cuba berubah ke arah lebih baik sebab Hidayah dah minta cerai sebanyak 5 kali. Lepas aku dengar cerita kedua-dua pihak. Suami aku minta aku jelaskan pada Haikal apa berlaku.
Aku tanya Haikal, “kau tahu bini kau ada orang lain??” Haikal gelak. “ye aku tahu dia ada laki lain, siap kantoi dengan aku bawa balik rumah”.
Aku dengan suami terkejut mengucap. Aku tanya dia apa yang kau buat bila kantoi. Seperti yang aku jangka Haikal bukan lah lelaki kaki pukul, cepat melenting, dan serabut tak tentu pasal. Dia masih lagi fikir keadaan sekeliling taknak timbulkan huru-hara.
Dan aku tanya lagi “kau tahu kan Hidayah mengandung dan dah gugur kandungan tu??” Haikal hanya angguk. Aku terus cakap Hidayah bukan keguguran tapi gugurkan kandungan tu sebab katanya kau tak mampu untuk jaga kandungan tu. Haikal terus nangis. Sebak hati aku.
So seterusnya aku pass pada laki aku untuk bagi kata-kata semangat. Sebab aku dah tak mampu nak tengok air muka Haikal. Selang beberapa minggu, aku dapat tahu si Haikal dah nekad pergi ambil borang cerai. Sejak pada tu Haikal sibukkan diri.
Hidayah pula tertanya-tanya mana Haikal. Tak balik rumah, tak bagi Hidayah makan, macam macam Hidayah mengomel. Lama jugak lah berterusan diam macam tu.
Satu hari si Hidayah ni nampak status whatsapp ipar duai dia kata macam-macam. Hidayah bengang, salahkan Haikal lagi sebab buka aib dia pada family mertua. Family Haikal sokong untuk bercerai.
Hidayah tak puas hati, dia fikir kalau mereka bercerai Hidayah akan sesak. Mana nak bayar sewa bilik, kos makan, kos minyak. Jadi dia pujuk Haikal untuk bersama semula.
Tapi dapat tentangan dari pihak keluar Haikal sampai sekarang. Sampaikan skrg Hidayah dah keluar dari rumah tu, duduk meyewa rtempat lain.
Borang cerai masih lagi dalam prosess. Hidayah pula setiap hari mengomel mengenang nasib. Dan pada waktu yang sama Hidayah sampai sekarang keluar dengan scandal dia. Tak tahu lah tu apa kesudahannya.
Kadang aku terfikir, apa benda sebenarnya yang Allah nak tunjuk pada aku.
Maaf kalau rasa tunggang terbalik, sebab aku pun tengah rasa serabut dengan situasi sekarang.. Walaupun bukan aku yang kena tapi aku rasa tempiasnya sebab aku lah tempat dia luah perasaan.
– Mariam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit