Si Fanatik

Assalamualaikum. Confession ni hanya cerita aku yang fanatik kpop. Ini pasal aku yang obses. Aku nak berhenti dari jadi fanatik, obses, tapi susah.

Kpop yang aku minat bukanlah boy group walaupun aku perempuan. Sebab aku sendiri tak minat rupa dan cara dorang. Ada masa macam agak menyampah. Hehe.

Aku minat girl group. Tu pun satu kumpulan je yang ahlinya raaamaii.

Dan aku bermula dengan mengenali salah sorang member yang aku tak tau rupanya dia penyanyi. Cari pasal dia, rupanya dia member kumpulan kpop terkenal.

Dekat Malaysia aku rasa mungkin dorang tak terkenal sangat kot. Entahlah. Sebab kalau orang sebut Kpop, orang cuma kenal Hitam Merah Jambu dengan Pengakap Budak Lelaki Kalis Peluru (BTS a.k.a Bandar Tasik Selatan) je.

Kalau Jeans Baru, Dan Bercampur-campur, Dua Kali, Budak Jalanan, Peluru Ceri, Merah Velvet, Harta Karun, Dapat 7, Oh Perempuan Aku, Tujuh Belas, Pemenang, Lampu Limau apa semua tu aku rasa orang tak kenal sangat kot.

Harta Karun buat konsert kat KL haritu tak ramai yang tau kan? Hahaha.. Masa Hitam Merah Jambu buat memang ramai yang bising..

Aku walaupun minat Kpop tapi aku tak menyokong konsert dekat Malaysia. Jangan nafikan konsert tu adalah maksiat. Tengok orang menyanyi lagu lagha, menari seksi, bercampur-campur antara lelaki dan perempuan, tak elok tu.

Tak kisah lah konsert Kpop ke, local ke, orang putih ke apa-apa lah. Konsert tak ada apa yang bagus.

Dan kemaksiatan tu lah yang aku nak lari. Tapi aku akui, susah.

Aku mulanya minat dorang bukan sebagai penyanyi. Memang dorang penyanyi tapi aku mula-mula tengok variety show dorang je kat YouTube, Tv, Vlive (dah tak wujud dah ni), Twitter mana-mana lah tempat aku boleh tengok.

Dah lama-lama kenal semua member dan sayang dorang baru lah aku layan lagu-lagu dorang. Mula dengar lagu je. Pastu sikit-sikit tengok music video. Tengok tarian. Kalau seksi sangat aku skip tak mau tengok.

Aku tak pernah pergi konsert, tak pernah beli merch, beli photo card (poka), tak pernah beli album, senang kata tak pernah melabur duit untuk dorang sebab bagi aku, membazir. BAGI AKU.

Aku cuma seronok tengok persahabatan dorang je dengan dorang punya perangai gila-gila. Cara bergurau tu macam nak kena hempok je sorang-sorang. Semua klakar.

Masalahnya dekat sini. Orang lain fanatik dengan membazir duit. Aku jenis fanatik aku membazir masa untuk dorang. Sampai masa aku dah tak lagi berkualiti. Rasa macam satu hari buat dosa. Dah lah tak lama lagi nak puasa. Haihh..

Hari-hari tengok Twitter, ada tak perkembangan pasal dorang. Bias aku sorang je lah. Nak tau pasal dia je pun sebenarnya yang penting. Hahaha.

Lepas tu makin lama aku makin melayan pulak lagu-lagu dorang ‘WICIS’ sebelum ni aku tak suka nak tengok. Aku tengok-tengok macam tu je. Kan aku cakap, kalau seksi aku skip. Aku geli tengok perempuan terlampau nak tunjuk seksi.

Tapi sekarang aku layan kenapaaaaaa

Lepas tu aku join gaduh sebab fandom lain selalu gaduh dengan fans dorang ni. Lepas tu dah seronok join gaduh, aku join jugak pertahankan hak bias aku. Entah apa-apa tah. Dapat apa tah buat macam tu.

Kenapa ek? Aku tak suka tapi aku buat jugak. Perangai peminat dorang ni kebanyakannya toxic. Gaduh lagi dengan fandom lain yang kebanyakannya pun toxic lagi berganda-ganda lah toxic memasing.

Lepas tu aku buat lah thread panjang-panjang. Sebab aku dah tak tahan nak join peminat dorang yang perangai macam tu. Rupanya ada orang yang sama perasaan macam aku.

Dia reply, dia kata ‘dunia’ ni bukan untuk dia. Sama lah. Aku tak rasa dunia kpop adalah untuk aku masuk.

Mungkin boleh bagi tips untuk aku lari? Bahaya aku punya fanatik sampai solat pun ingat dorang. Subhanallah…

Sekarang ni, aku nak kembali menganggap dorang sebagai bukan penyanyi. Aku tak nak join gaduh dah. Lantak lah apa pun, dia tak dapat hak ke apa ke korang nak gaduh, gaduh lah.

Aku nak anggap dorang macam sekumpulan Youtuber je. Youtuber yang pandai menyanyi. Mungkin aku boleh keluar perlahan2. I hope so…

Buku aku banyak. Tapi aku dah tak membaca sebab layan dorang. Aku dah tak mengkaji ilmu sebab dorang. Aku dah menghilangkan kualiti masa sebab dorang.

Perosak kepada aku yang tak pandai kawal meminati dengan bersungguh-sungguh.

Tolong aku bagi tips untuk aku tak fanatik lagi. Terima kasih semua…

– Bong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *