Buntu Perlukan Idea

Assalamualaikum, hai saya Bunga. Sebenarnya saya nak cerita tentang masalah kawan saya ni, nama dia Mr.R. Dia cina muslim.

Saya ringkaskan je lah. Kawan saya ni ada bisnes t***** agency, boleh dikatakan company masih baru beberapa tahun.

Long short story, bisnes dia ni boleh dikatakan maju, sampai pernah beberapa kali dapat anugerah, so t***** agency dia ni kira trusted lah.

Tapi, bermula la dari tahun lepas, isteri dia tiba² sakit misteri, merata pergi dapatkan rawatan, masih tak baik-baik. Dan sampai sekarang isteri dia masih belum sembuh.

Masa mula-mula sakit tu, masing-masing tak tahu yang mereka suami isteri sebenarnya disihir, sehingga lah salah seorang kawan cadangkan mereka untuk periksa dengan orang sekian-sekian.

Jadi selama tempoh berubat tu, dah banyak habis duit, sampai ada salah seorang perawat ni telah mengambil kesempatan terhadap pasangan ni, kawan saya ni terasa dipukau sampai habis duit kawan saya ni..

Jumlah berhabis dekat ratus ribu kesemuanya.. dan isteri dia masih keadaan begitu.

Yang jadi masalah, duit yang mereka gunakan adalah duit syarikat yang mana sebahagian duit tu lah sepatutnya dia guna buat bayar supplier, booking tiket untuk customer dan lain² lagi.

Jadi sekarang dia perlukan duit segera untuk ganti semula duit yang digunakan (termasuk la duit kena scam) tu, masalahnya nak apply loan bank dah tak lepas (masalah ctos ccris). Duit tu pun nak pakai secepat mungkin.

Dia tiada keluarga dan rakan rapat yang boleh bantu, semuanya ada masalah kewangan.

Sekiranya gagal dapat gantikan, kemungkinan bisnes dia hancur, dan high probability customer yang dah bayar deposit akan saman company dia.

Jadi, ada tak idea atau cara yang kalian boleh suggest untuk kawan saya ini selesaikan masalah dia ni?

Saya sebenarnya cukup kasihan dengan kawan saya ni, ibarat ujian datang bertubi-tubi.

Sebelum ni dia pernah tolong saya semasa saya dalam kesusahan.. Bila saya tiada duit, dia la orang pertama yang transfer beberapa ratus kepada saya buat belanja.

Tapi, bila saya tahu dia dalam masalah ni, saya tak tahu nak tolong macam mana..

Ada sesiapa boleh bagi idea untuk bantu kawan saya ni? Tolong ye.

– Bunga Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Msalah kewangan mmg rumit, n bole kta semua org ada msalah kewangan, bezanya bnyak atau ckit je.. tp yg sya nmpak, ‘advantage’ utk kwn awk ni, dia cina muslim kan.., mngkin dia bole ‘refer’ dgn pusat zakat yg terdekat or PPZ d negeri yg dia tinggal tu, mngkin diorang ada ‘bantuan’ utk asnaf ‘mualaf’ spt dia.. ceritakn apa yg berlaku kpd pegawai di sana.. sya pernah dengar asnaf yg dpt bantuan perubatan spt ‘rawatan dialisis’ dll, dari pusat zakat.. wallahu a’lam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *