Hai korang. Terima kasih sudi baca luahan aku. Pernah sekali luah dah, tapi topic lain. Kali ini topic aku kena scam, dan ini kifarah untuk aku.
Kenapa kifarah? Meh sini aku citer.
Aku seorang kerani perempuan, single, gaji RM1,500 cam tu untung bersih. Gaji tu aku bayar komitmen hp, utiliti apa semua (bagi mak) dan sepatutnya dalam tangan aku ada RM800 lah untuk survive sampai hujung bulan seterusnya.
Tapi citernya, memang tak cukuplah. Aku perlukan duit membeli benda yang keperluan. Kadang pinjamkan orang. Sehinggalah aku sendiri tak ada duit.
Okay sekarang company aku ni ada peticash. Peticash pun ada dalam 1k++ setiap bulan.
Korang tahu aku buat apa? Aku pecah amanah lah. Aku guna duit peti cash tanpa pengetahuan majikan aku. Dan hujung bulan aku ganti balik dengan gaji yang aku dapat seterusnya bulan itu.
Mula2 sikit je aku ambik untuk pecah amanah. Aku tahu perbuatan itu salah. Dosa besar. Aku tahu. Tapi niat aku, aku ganti akhirnya. Buat macam tu setiap bulan.
Sebab peticash akan ada 1k setiap bulan. Aku guna tapi kata kat majikan aku duit tu ada je, tapi padahal aku rolling2 balik bagi ada. Amanah yang ada aku pecahkan. Sial tak?
Ambik, guna, ganti balik. Sehingga lah bila raya tahun ni. Aku guna banyak sangat dalam 3k sekaligus.
Bayangkan gaji aku 1500 nak ganti duit tu macam mana? Tapi aku tak fikir panjang. Aku bodoh aku guna juga.
Aku guna juga duit tu repair kereta aku. Aku tukar tayar, aku tukar minyak hitam. Guna duit pecah amanah kan?
Benda yang aku buat ni lama. Raya saja 3k aku ambik. Tambah lagi baru2 ni hampir 2k so totally hampir 5k.
So keseluruhan korang rasa aku nak ganti macam mana tu? Majikan ada je tanya tapi aku pandai bolak dalih. Ni perangai musibat satu lagi.
Satu kejadian berlaku, aku tiba2 accident dan cedera patah kaki. Mc dua bulan. Tak masuk kerja. Ada kerani lagi satu gantikan. Nampak tak kifarah untuk aku tu?
Aku ambik pengajaran. Aku tahu Allah uji aku. Sebab aku jauh dari Dia. Tak solat. Guna wang haram. Sedangkan masa aku repair kereta pun aku cakap dalam hati. Ni mesti kemalangan sebab guna duit haram.
Haaa betul jadi.. kemalangan atas kecuaian diri aku. Kereta total lost. Insurance tak dapat cover sebab 3party. Nampak tak? Kifarah weh… Allah swt bagi cash.
Aku cedera terlantar patah kaki pun masih tak sedar2. Jahat je lagi. Aku tak solat. Mengumpat2 orang. Eeee banyaknya dosa.
Okay sekarang aku dah okay… boleh masuk kerja semula. Majikan aku memang tak tanya pasal peticash tu. Sebab aku kata ada. Bila nak guna bagitahu…
Tapi majikan tak guna sepanjang aku sakit. Bila aku masuk kerja. Gaji dapat macam biasa.. Cuma tiba2 aku sedar nak gantikan semula duit yang aku guna. Sebelum majikan aku tahu aku dah guna duit tu pecah amanah.
So aku buat personal loan. Cuba try bank tak lulus. Aeon credit tak lepas. Lain2 tak lepas.
Sebab aku dah terdesak sangat. Aku scroll website pinjaman wang berlesen. And aku jumpa satu website bagi pinjaman sehingga 100k dalam masa 2 jam.
Aku pun apa lagi contact lah. Bagi maklumat ic aku apa semua. Bank statement, payslip apa semua.
Tiba dia kata lulus. Nampak lega di situ. Aku yakin dapat buat pinjaman 10k interest 8% per year. Bayar balik RM300 dalam satu bulan dalam masa 3 tahun. Aku decide teruskanlah bila dia call.
Tapi weh, dia minta wang pendahuluan sebagai tanda setuju agreement loan RM350. Aku pun bodoh transfer lah. Sebab aku yakin dapat. Tapi tak juga.
Company mintak RM1,920 untuk pendaftaran sst & tax gov apa semua. Aku tahu dah ni aku akan masuk dalam jangkauan scammer.. Tapi offer dorang menarik. Aku nak buat loan weh. Nak ganti balik kot.
Aku pun pinjam kawan aku 2k. Kata akan transfer balik malam tu. Dia tanya aku nak guna untuk apa.. Aku cakap ada lah… Nanti citer.
Dia percaya aku. So dia transfer. Aku pun transfer lah mat. RM1920 kot. Hahaha, tiba pulak kena daftar PIDM baru boleh release. Aku pun bodoh bagi lagi RM1260 kat dorang. Tu pun aku merayu kawan aku tadi balik tambah RM1260 je.. Nanti ganti. Dia bagi juga.
Dah transfer tiba tak lepas lagi weh…. Kata credit score aku teruk. Transfer lagi RM1300 untuk naikkkan score. Aku pun transfer lepas minta kat member lagi satu. Cakap nanti aku ganti.
Bodoh tak aku? Sebab aku nak dapatkan balik duit aku, kalau aku tak ikut kehendak dorang, aku tak dapat balik. Aku nak stop. Aku tahu dah kena scam. Tapi ni cara nya untuk aku dapatkan balik duit yang sudah aku transfer.
Aku transfer lagi 1300 bila dia cakap credit score aku tak naik. So kiranya last lah ni aku minta kat member aku ni. Aku hutang member RM2,600. Tiba2 akhirnya, credit score dah naik… Kena bayar bank negara punya surcharge pulak… Hahaha jilakenya scammer.
Aku bodoh sangat. Aku rugi weh. Dorang ugut aku tak bayar burn lah apa yang aku transfer. Bodohnya.. Aku tahu dah. Tapi aku nak buat macam mana lagi. Haprak pun tak de. Tambah hutang je lagi.
Aku buat report polis. Tapi tu jelah.. Duit tu mana nak dapat lagi. Scammer tu kacau aku suh bayar loan. Loan yang aku tak dapat langsung? Wehh apa bangangnye aku.
Habislah diri ku. Ini aku cakap kifarah untuk aku. Aku pecah amanah RM5k almost. Then aku bagi scammer almost 5k juga dengan nak gantinya duit kawan2 aku. 10k aku kena ganti. Kifarah weh. Balasan untuk aku.
Dahlah accident, lepas tu kena scam. Rasa malangnya hidup aku. Korang rasa apa patut aku buat? Aku dah buntu kot. Rasa macam nak k*ll diri je. Tak layak hidup dah.
Nak ganti duit 10k lagi. Masalah lain lagi. Aku dah takde air muka. Malu. Hutang banyak. Bodoh kan. Aku cuba bergantung pada Allah. Aku cuba tawakal. Dah doa banyak2.
Tapi kau tahulah manusia. Aku rasa nak give up. Macam mana aku nak selesaikan masalah aku ni weh. Aku buntu.
Korang rasa aku dapat keluar ke dari masalah ni. Aku ni pecah amanah. Penipu, tertipu. Apa nak jadi dengan aku weh. Tolonglah bagi aku penyelesaian masalah.
Terima kasih sudi baca luahan seorang manusia yang bodoh ni. Yang rasa tak layak hidup dah.
– skenascam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Segala perbuatan kita baik atau jahat pasti akan dibalas, apapun syukur sebab Allah masih bg kesedaran utk kamu bayar. Berdoalah, merayu pada Allah..insyaAllah masalah tu akan berlalu pegi jua..hanya Allah mampu berikan jalan penyelesaian
Sekali hidup, selagi itu ada harapan. Awak mesti boleh bayar balik hutang² tu semua . Jangan risau
buat plan macam mana nak bayar balik, berapa ratus nak bayar balik tiap² bulan. Buat side income, kerja bawa delivery ke, tolong kat kedai makan ke, atau jadi pet sitter etc.
Dalam masa yg sama kurangkan komitmen. Makan ala kadar, hanya utk survive. Cth makan nasi goreng dan telur. Ayam seekor utk 2 minggu. Jangan beli tapau mahupun air bungkus. Kalau boleh lepas ni pakai moto saja. Setiap kali keluar rumah baca doa utk keselamatan diri.
Kesian baca kisah ni…. Harap bertabahlah ya.
Alhamdulillah shukur bro tak amik hutang ngan along. So kira total hutang tu rm10k.
Hutang ngan company tu bro kena jupa bos, terus terang kata amik…bincang dan buat penolakan gaji, boss rasa ok ja asalkan jujur.
Hutang dengan kawan bro jelaskan kena scam dan akan bayar bulan bulan 100 seorang ke. Kalau ada lebih bayar extra.
Kesian juga saya baca ni…. Untuk elak dari scam bro harusla bincang dan share masalah dengan kawan yang pandai. Sepatutnya sebelum bayar kat scammar tanya kat group wassap kawan kawan sebelum buat sesuatu.
Tapi taktik scammer ni memang jahat phycologically memang kita taknak rugi bila dah bayar. So kita akan cuba bayar dengan harapan nak dapat balik duit yang dah bagi. Ramai yang kena dengan taktik scam camni.
Lagi satu kena usaha cari kerja part time kalau dapat extra rm600 dari kerja part boleh settle hutang dengan cepat.
Take care…. Doa banyak banyak InsyAllah tuhan akan mudahkan.
Kifarah mmg la kifarah, tp awk mesti cari jln utk selesaikan hutang & masalah kewangan awk.. klau sya, family sendiri tempat saya mintak tlg.. walau pon mmg nt sah2 kena ‘bebel’ psal timbulkn msalah, tp diorang akn cari jln utk tlg slesaikan msalah tu, cth nya mk ayah, atau adik beradik yg ada simpanan tu ‘tong2’ sorang ckit utk bg pinjam.. slalu nya klaw pinjam wang dgn kluarga ni taklah mcm pinjam dgn org lain atau pon ah long, mrk xde la bgi tempoh utk byr blk, tp kita kna usaha la utk byr blk.. mngkin buat part-time job atau pon dropship or niaga kecil2an online ke.. mknpon kna la jimat2 ckit, mcm mse aq mula2 keje dlu, gaji x sampai 1k pon, tgahari aq x mkn nsi pon, kdg2 mkn bihun atau kuih2 je, atau mkn ‘berat’ skali je dari pgi sampai waktu blk, nt ptg mkn la mi segera atau sekeping roti canai, ada hari aq posa sunat or ganti ke, save la ckit duit utk mkn.. mmg terpaksa lah buat gitu, hingga lah ekonomi stabil.. dlm pd tu aku dpt juga hulur kat mk dlm rm50 bla dpt gaji.. tak pe, ckit2 lma2 slesai jugak hutang tu nt.. bnyak gak amalan atau doa utk cepat slesaikn hutang n dimurahkn rezeki.. yg pasti, jgn la ambil jln singkat utk ‘tamatkn riwayat’ sendiri ke, itu kerja ‘bod*h’, sbb ko akn rugi di akhirat nt, dah la susahkn family ko nk kna slesaikn utang ko nt.. ingatla Allah yg maha agung, mohon la pertolongan dari-Nya.. wallahu a’lam..
wehhh, ko knp doh?
aku rasa masa ko pecah amanah tu ok je lah x teruk mana.. cuma ko mcm kelam kabut sgt belanja duait bos kau (pecah amanah) mcm itu duit kau aku dh rasa pelik gila.. x mampu, xpe lah.. jgn la merapu.. pastu ko g buat pinjaman, siap kau plk kena “transfer” kt provider, aik??? kenot brain