Buntu Si Pencari Rezeki

Hi readers sekalian. Aku Sabariah. Berumur hampir pertengahan 30an. Aku berkerja di sektor swasta senang kata kerja kilang.

Apa yang aku nak kongsi di sini harap dapat la nasihat positif yang dapat menaikkan semangat aku yang sedang menurun.

Aku baru berkerja di company ni pertengahan tahun lepas, kira saat post ni ditulis aku dah kerja setahun genapnya disitu.

Awalnya ketika aku di terima masuk skop kerja aku lebih kepada internal auditor sehingga la tiba-tiba menjadi rezeki aku, seorang supervisor nak pencen dan dia cadangkan nama aku pada manager.

Hakikatnya sebelum itu aku tak pernah kenal pun supervisor tu dan seingat aku cuma sekali dia bersembang dengan aku itupun sembang kosong lebih kurang 5 minit sahaja.

Manager aku ketika itu banyak bagi nasihat dan sarankan aku terima jawatan baru. Kerana ini peluang untuk aku kembangkan karier aku dan selain ada adjustment pada gaji.

Ketika aku terima tawaran tersebut, aku cuma fikirkan anak aku di rumah, aku nak cari peluang lebih baik untuk menafkahi dia, untuk beri dia kehidupan lebih baik memandangkan aku seorang ibu tunggal.

Aku anggap peluang ini rezeki anak aku.

Jadi, bermula la episod nak ngeri tidak tak ngeri pun cukup menyakitkan hati.

Aku ada 9 anak buah, 3 warga tempatan selebihnya warga asing termasuk la indonesia dan bangladesh. Leader aku warga tempatan, aku namakan Kak Ani.

Ketika aku mula mengambil alih anak-anak buah aku.

Berbagai cerita kurang enak yang sampai termasuk la hubungan Kak Ani dan seorang anak buah aku warga indonesia aku namakan Tanty tu yang terlalu akrab sehingga tudung dan warna baju sentiasa sama di tempat kerja.

Tapi itu bukan masalahnya, yang menjadi masalah bila Kak Ani terlalu mendengar cakap si Tanty.

Khabarnya dulu Kak Ani dan Tanty memang tak baik. Kak Ani memang tak suka Tanty mungkin kerana sikap nya.

Pernah juga Kak Ani marah Tanty. Tapi peliknya selepas kejadian tersebut Kak Ani tiba-tiba rapat dengan Tanty, dan waktu rehat mereka hanya akan rehat berdua di loker sedangkan Kak Ani sebelumnya bukan sebegitu.

Berbalik pada aku, sebaik aku pun mengambil alih untuk tugas baru, beberapa bulan kemudian aku minta untuk ada pertukaran stesen kerja. Ini kerana aku nak kesemua anak buah aku multitasking untuk setiap produk.

Jadi bila ada yang nak bercuti, aku yakin untuk arrange sesiapa untuk gantikan kerja tersebut. Anak buah aku yang lain semua ok dan follow tetapi si Tanty ni tetap berkeras dan tak mahu ikut arahan.

Tak cukup dengan tu, jika dia nak cuti dia cuma maklumkan pada leader iaitu kak Ani dan terus apply dalam sistem.

Bila aku jumpa dan tanya kenapa tak inform aku dia melawan dan tinggi kan suara. Kalau MC pun sama, tak inform tiba -tiba key in dalam sistem.

Kalau cuti dia nak follow sekali cuti serentak dengan Kak Ani memandangkan mereka dah macam mak dan anak angkat.

Bukan tak bagi cuti, boleh tapi sekiranya production perlu jalan aku perlu manage dan arrange suapaya tidak menggangu kerja.

Lagipun aku difahamkan tenaga luar di ambil bukan sahaja nak cukupkan pekerja tetapi kebanyakan company ambil sebab pekerja asing sebab bila cuti atau perlu kerja lebih masa, mereka boleh beri komitmen lebih pada kerja memandangkan keluarga berada jauh.

Maafkan aku kalau salah. Sebelum raya haji memang aku ada buat survey untuk tahu berapa ramai mahu kerja dan berapa ramai yang plan untuk bercuti. Tapi nama pun survey, di form tu pun jelas tulis survey.

Anak buah yang lain pun isi survey tu, tapi bila aku terpaksa arrange bagi giliran bercuti mereka boleh ikut arahan. dan aku sendiri tak ambil cuti extra.

Itu belum bila aku nak bincang apa-apa dengan si Tanty dia akan berpura-pura ambil barang buat kerja sambil mulut mengomel walaupun in aku dah beritahu aku nak bincang.

Aku tak tahu la kalau aku sahaja rasa dia bersikap kurang ajar atau memang sikap-sikap dia itu normal.

Berbalik pada Kak Ani, aku perasan bila mana shift yang ada si Tanty, Kak Ani akan berkelakuan pelik.

Bila aku berbincang dengan Kak Ani jauh dari Tanty, Kak Ani boleh bercakap dan pandang aku seperti biasa. Tetapi kalau sebelah Tanty, Kak Ani jadi gelisah, nak pandang tak pandang.

Kadang aku terfikir adakah Kak Ani ni terkena? Manager aku dan senior aku yang bukan melayu pun boleh perasan kelakuan dia dan berfikir yang sama.

Panjang pula aku bercerita, maaf kalau ayat tunggang terbalik. Aku harap dapat nasihat dari orang yang pernah alami seperti aku, moga dapat membantu aku untuk improve diri aku. Mungkin aku yang banyak kekurangan.

Aku cuma nak cari duit untuk anak Tapi untuk handle orang luar yang bersikap seperti Tanty memang mengganggu dan aku rasa toxic.

Mungkin ini kecil sahaja… tapi aku harap anda semua dapat doakan semoga aku kuat dan sudi2 la kongsi nasihat membina dan positif.

Terima kasih..

– Akak Sabariah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *