Buntu tentang masa depan.
Assalammualaikum, aku seorang remaja perempuan yang berusia awal 20an. Tujuan aku tulis post ni untuk mintak pendapat korang.Masa umur aku 18 tahun, aku sambung belajar kat ipts ni dgn course yang aku tak berapa nak minat. entah kenapalah aku main bantai je masuk situ, aku pun apply upu tak dapat nak sambung belajar dengan ipta. mungkin takde rezeki. yelah results aku takdelah cantik sangat pun. okeylah, aku study kat ipts tu sampai sem 2 je. sebab masalah kewangan. aku anak sulung, ada adik sorang. kitaorang 2 beradik je. bapak aku dah tak kerja, strok. mak aku pulak kerja kilang je. Pendapatan mak anggaran dalam 1k je.Dengan kegawatan ekonomi sekarang,tinggal di tengah kota lagi n adik aku sekolah lagi, bayar hutang rumah kereta takkanlah aku nak bebankan mak aku. aku study kat ipts tu pun satu sen aku tak dapat duit ptptn. hostel pun kena bayar sendiri dalam anggaran rm900 setiap sem (3 bulan). sebab tu lah aku study sampai sem 2 jer masa umur aku 19 tahun. aku sendiri buntu samaada keputusan yang aku buat tu betul ke tak. lepas je aku quit, aku start kerja. sampai sekarang aku kerja.. tahun 2016 ni umur aku 21tahun. kerja tak bagus pun, receptionist dekat bajet hotel je. Try mintak kerja dengan government bukan main susah lagi. Orang pun pandang rendah je bila kita kerja pakai spm ni. aku kerja kat sini dah setahun lebih, dapatlah beli motor pakai duit sendiri, dapat tolong mak, belikan barang2 sekolah adik.Tapi, aku ada cita2 aku. aku teringin nak sambung belajar, nak graduate macam kawan2 aku yang lain. kawan2 aku semua masuk universiti. aku nak try part time study tapi aku ada kekangan masa dan masalah kewangan. sebab kerja aku bersyif. mak aku kerja pagi, adik aku sekolah pagi.. kalau aku syif tengahari aku kena uruskan ayah aku dulu, masak apa yang patut. hujung minggu pun aku kerja. ni dah 2 bulan aku tak cuti lagi, sebab nak dapat duit lebih sikit. aku memang berharap, aku dapat sambung belajar. rasanya masih belum terlambat untuk aku mula dari bawah. kan?kalau aku sambung belajar,korang rasa aku mampu ke nak bayar yuran pengajian? tolong bagi aku cadangan macam mana? patut ke tak aku sambung belajar sambil bekerja?
– ameera