haii salam semua.
Please baca, ambil iktibar dan tolong aku untuk selesaikan masalah/kebuntuan aku ni.
Aku nak cerita pasal roommate juga ni. Meh aku cerita dari awal start aku ada rumate.
Zaman asasi—-
rumate aku ni jenis sama macam aku,tidur awal malam malam dan jarang stay up. Dia pun selalu ingatkan kalau bangun awal kejut and aku pun pesan benda yang sama. Mungkin sebab kami kelas awal pagi. Stail yang menjaga juga solatnya. Aku bersyukur sangat walaupun dia tu jenis suka keluar jugak. Selalu je ajak aku. Kadang aku ikut kadang tak ikut. yang point penting nak cakap kat sini,aku okay je dengan dia masa tu walau awal awal awkward jugak sebab aku tak banyak cakap.
Zaman freshie—–
Kini aku bukan lagi dapat rumate yang sama maam dulu bahkan di tambah lagi dengan seorang lagi rumate. Semuanya berlainan kos dan fakulti. still awkward jugak. Memasing senyap. dengan sorang ni je aku macam banyak cakap sikit. kali ni bukan aku yang senyap. Aku cuba wujudkan suasana ber-rumate tu. Ajak gi makan sesama awal awalnya. Lama kelamaan semuanya menyendiri. Sebab si A tu dia ada geng dengan budak kos dia,normal lah tu. Yang si B ni ha aku perasan ada gak kawan tapi selalu menyendiri. Walhal pada masa tu pun aku selalu menyendiri dengan kos-mate tak ramai kat kolej tu.
Satu je masalah aku nak timbulkan, yang si A dia selalu lepak/study kat tempat study luar bilik sampai pukul berapa entah tapi pagi pagi bila aku kejut dia jenis bangun je. Eh, dia selalu jugak tidur awal macam aku. Tapi,aku perasan dia ada jugak termelayang subuhnya. Bukan aku tak kejut, aku kejut tau. Aku pun bukan bangun awal sangat subuh tu. Yang si B ni pula jenis yang stay up dalam bilik. Aku kadang kadang study kat bilik jugak tapi selalunya pergi keluar kat bilim study yang ada kat kolej tu. Semuanya bawa haluan sendiri. Aku jenis yang suka ke surau sebab bilik study tu dekat dengan surau, so sambil tu boleh aku berjemaah tambah pahala yang kureng ni. Tiap malam lepas aku study tu aku balik la bilik untuk tidur. Dengan lampu terbukanya sebab rumate si B tu tadi tengah study, aku tidur lah. Tup tup satu malam tu aku tak boleh tidur. Start dari semester ni lah aku dapat insomnia (jenis tak boleh tidur malam). Aku akan baring sambil pejam mata tapi tak tidur pun. So, aku buat buat la tidur. Bila start yang si B tu tutup lampu lepas dia stay up baru aku terus pengsan. Pagi tu aku bangun dengan tak cukup tidur ( nasib baik ada alarm dengan dengar orang azan) dan lantas nak gi solat subuh. Dengan mamai nya,pergi ambil wuduk and solat. Yang rumate dua orang ni duk tidur lagi. Aku kejut lah untuk suruh diorang solat. Yang si A tak de masalah sangat, yang si B ni,nak dekat syuruk baru bangun. Kadang dah terlepas waktu subuh. Aku bersyukur,atleast dia dapat bangun subuh and solat. Yang ,masalah aku ni,lepas subuh tadi tak boleh nak tidur walhal mengantuk yang amat. Untuk hilangkan perasaan tu aku pergi lah mandi dan study kat bilik study. Aku jenis dari zaman asasi suka study kat library tapi kali ni jauh pulak kena ambil bas semua kan. Aku stress kot sebab tak boleh tidur sampaikan aku rasa nak pergi kat pejabat tu minta nak tukar bilik tapi aku kuatkan semangat aku lagipun kalau nak tukar bilik,tak mungkin ada sebab kolej aku ni kecil je.
Alhamdulillah,insomnia aku ada masa masa dia sebab aku cerita kat mak aku,yelah,stress kot,ko nak study dalam masa tu ko tengah pening sebab tak cukup tidur,mata pun dah nak jadi panda.. mak aku suruh ambil wuduk sebelum tidur and baca doa semu. Aku buatlah plus aku masa tidur tu pasang earphone dengar ayat ruqyah. Aku start tahu ruqyah tu sebab family aku ada kena serang dengan makhlus halus. Boleh la tidur juga walau tak lena.
Perkara tersbut berlanjutan setelah aku habis jadi freshie. Masa nak bukak sesi baru tahun dua, aku berdoa sangat sangat dapat rumate yang okay semua. Start tu aku berazam nak ajak dorang solat jemaah sekali dalam bilik so aku tak perlulah ke surau semata-mata nak solat jemaah tapi biarkan rumate kau kat bilik tu.
Zaman tahun kedua—–
ya, ini adalah masa sekarang. dengan keadaan aku nak exam final esok. Aku rasa nak tulis jugak sebab aku rasa terbeban. Aku dapat lah rumate yang sangat okay pada first impression. yelah, sekarang ni semuanya sama kos tapi sorang ni senior la. Aku mulakan sem aku dengan seronok. haha. Kos aku ni jenis yang pack teramat dari pukul 8 sampai lewat petang. Dengan bermacam program kena handle(tak faham kenapa). Yang si C tu kira okay sebab semuanya dia macam terpengaruh dengan aku,aku kadang ada terpengaruh dengan dia. Aip, benda baik tau yang terpengaruh tu. Yang si D tu kan senior, dia quite busy lah. Malam stay up juga. Kadang keluar sampai malam dengan kawan kawan. Dia kata dia jenis rilek je.
Sampai la satu pagi ni,macam biasa tugas aku untuk kejut subuh. Alarm dia bunyi untuk ke berapa kali dah. Aku yang tengah study ni pun rasa terganggu. Nak pukul 7 dah masa tu aku kejutlah si D untuk suruh solat subuh. Tup tup dia tak bangun. Dah berapa kali sampai sekarang nk final dia berperangai macam tu. kadang Si C kejut juga. tak bangun juga. Ada juga masa dia bangun. untuk seminggu dalam 2 3 kali juga terlepas. Dalam hati aku sedih sangat tau. Dia dah la senior aku. Hmm. Aku pernah juga borak dengan si C on how to change that situation. Dia kira macam habit. Siang jadi malam,malam jadi siang. Malam si D peruntukan masa untuk study atau layan movie. Kadang aku perasan kalau pagi tu si D ada test boleh pulak dia terlepas subuh and dalam pukul 9 bangun n study. What do u guys think? Sampai sekarang aku buntu tambah stress fikir macam mana nak tegur dalam keadaan dia SENIOR aku. Korang faham tak situasi dia mcam mana. dengan aku tengah study pun tak tenang sebab duk fikir pasal dia tak solat subuh. Solat lain Si D ni buat endah tak endah. Nak dekat waktu asar baru solat zuhur, nak dekat maghrib baru solat asar.Alhamdulillah tak tinggal walaupun lambat.
Oh btw, insomnia aku tu penah datang juga tapi kali ni aku dah sediakan pain killer/panadol supaya aku boleh tidur (kesian kan aku terpaksa buat macam tu). Aku juga merajinkan diri aku exercise supaya malam tu aku penat sangat dan terus tidur.
————————————————
Apa yang aku nak cakap kan dekat sini,aku bukannya nak burukkan dia tapi instinct aku sekarang ni merasakan ramai orang kat luar sana terutamanya student macam ni. stay up sampai lewat malam and terlajak subuh. Eh, whats the point kau study tapi kau tinggalkan perkara wajib. Memang aku faham ada yang jenis study lewat malam lebih efektif. Aku pernah buat juga tapi end up aku terlajak tidur pagi esok and aku rasa susah hati sangat. macam mana ilmu kau nak berkat kalau perkara basic tu pun kau tinggalkan. Kau nak berjaya nanti ALLAH yang tolong kan.
Ye, aku juga selalu menelaah tentang adab dalam islam dan baca sikit sikit dalam internet cakap pasal jangan tengok kesilapan orang lain, tengok kesalahan diri kita dulu. weh, kalau dalam bab ibadah macam ni macam mana kau nak suruh aku tengok kesalahan aku sendiri padahal memang depan mata dia tak solat. (tolong jelaskan pada aku tentang perkara ini,mungkin aku ada salah faham). Aku kejut diorang untuk solat subuh semua dan hati aku sendiri tak tenteram bila tengok dorang lena lagi di buai mimpi. Rugi tau awak kalau lepaskan waktu pagi begitu aja sebab pagi itu sendiri ada rezeki nya sendiri. burung pun berkicau siap cari makanan untuk anak dia. Kau? masih lena..
Aku ada dengar cerita pasal yang tentera israel siap cek lagi pada waktu pagi kat masjid sama ada penuh macam solat jumaat tak surau orang solat subuh. Solat merupakan perbezaan kita dengan orang kafir awak. cuba kau fikir, dalam bab lain kau boleh pula awal awalkan dalam masa yang sama kau tinggalkan Pencipta.Kalau kau rasa malas sangat nak solat, kau fikir balik,siapa yang bangunkan kau pagi pagi setelah kau mati sketika(walaupun tertinggal solat). Kalau tak bangun terus macammana? tu pun takkan tak bersyukur lagi. Zahirkan rasa syukur kau tu dengan taat pada perintahNya. Allah ada juga menyebut kan tentang Dia menjadikan malam untuk beristirahat dan siang untuk mencari rezeki.
Dan aku nak cakap juga pasal; letakkan sesuatu pada tempatnya. Time study pun study sungguh sungguh tapi bila dah time nak solat tu solat sungguh sungguh seperti kau nak mati dah lepas ni. Solat tu sungguh ada hikmahnya tersendiri kalau kau hayati betul betul. bukan macam cincai je takbiratul ihram pon malas nak angkat takbir. lepas dah solat tu doa betul betul supaya allah permudahkan segalanya,sekecil kecil perkara pon kau doa.
Aku harap yang membaca ni dapat iktibar. sungguh aku bukanlah alim ulama,bukan lah pandai sangat dalam bidang agama, bukanlah yang dapat dean list setiap sem tapi aku hanyalah hambaNya yang hina dan aku faham yang ilmu itu perlukan keberkatan. dalam Islam di pesan untuk nasihati dalam perkara kebaikan dan berlumba lumba dalam kebaikan.
————————————————-
Dan sekarang ni aku nak minta nasihat kalian untuk cara aku menegur orang yang bersikap seperti yang aku ceritakan di atas,melewatkan/terlepas solat yang di kira sebagai sengaja.Aku tak kuat untuk cakap face to face, aku dah minta pendapat orang lain. ada orang kata kalau dah kejut tu kira dah lepas tanggungjwab kita,tapi aku nak ubah dia supaya pentingkan solat. takkan biar je dia kan. Aku nak kita/kami semua masuk syirga bersama berjaya di atas muka bumi dengan bi'ah solehah.
Bantu aku yang buntu kawan…
– cik N