Busuk hati & PHD

Assalamualaikum admin, terima kasih approved confession aku ni. Salam Ramadhan al-Mubarak!

Sempena Ramadhan ni aku nak sentuh sikit gejala Busuk Hati di kalangan orang-orang kita. Aku tak payahlah melilau tengok keadaan luar negara or negeri lain. Cukup aku jadikan orang-orang kat opis aku ni sebagai contoh.

Orang naik pangkat

Kalau orang naik pangkat, orang-orang yg hatinya busuk mulalah buat gosip merepek pasal org yang dinaikkan pangkat. Kau akan dengar 'eleh, dia tu naik pangkat sebab penjilat bontot bos' atau 'dia naik pangkat tapi bukannya pandai buat kerja pun'. Eh, aku nak cakap satu kat sini eh, kalau orang naik pangkat, lantak pi kat dialah. Dia punya rezeki nak naik pangkat, kau busuk hati sangat kenapa?

Baik dengan semua orang

Kalau kau rapat dan baik dengan semua orang, orang-orang yang busuk hatinya akan cakap 'dia tu rapat kat semua orang sebab ada bendalah dia nak tu' atau pun 'dia tu memang lone ranger, so dia kena baik-baik kat semua orang supaya dia ada kawan'. Allah, ni paling aku tak boleh terima bila orang opis aku gosip benda ni.

Lantang bersuara bila ada benda yang tak kena

Bila ada orang kat opis yang jenis lantang cakapnya sebab nak betulkan keadaan, mulalah orang-orang yang busuk hatinya akan cakap 'dia tu nak dapat perhatian daripada bos,sebab tu dia gigih sangat nak betulkan keadaan. Kita okay je pun macam ni' atau 'alah, bodoh kot pendapat dia tu. Bukan boleh pakai pun. Orang bodoh je cakap macam tu'.

Kawan pakai baju baru di tengah bulan (waktu2 kering sebelum gaji)

Ni la tahap tak boleh terima bila ofismet pakai baju baru di tengah bulan. Dorang yang busuk hati mulalah bising 'mana dia dapat duit eh beli2 baju setiap bulan' atau 'aku rasa dia ada sugar daddy la. Haritu aku tengok ada orang jemput dia naik kereta myvi.'

Selebihnya ada banyak lagi. Korang highlightkan sendiri.

Point aku kat sini,kenapa kita nak susahkan hati dengan membusukkan dia untuk perkara tak berfaedah lagi melalatkan hati? Aku perna cakap kat mek2 kt opis aku ni supaya tak cakap benda mcm 2. Kau tau aku pulak yg kena. Dia boleh cakap 'ah, boringlah kau ni!' Er, maksudnya memang gosip membusukkan hati itu adalah aktiviti kau ke sampai aku nasihat, aku plak yg kena boring.

Paham tak perasaan orang yang kena gosip 2. Pastu nanti menular sampai kat telinga orang2 atasan. Mulalah effect appraisal. Aiyooo! Tolonglah, janganlah busuk hati sangat. Bukan korang dapat ape pon, korang dapat neraka je pastu makanlaaah daging kawan kau 2 ha.

Jagalah hati, jangan kau kotori.

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

– Dianna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

16 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *