C+ dalam SPM 2015 – 2:58 PM

C+ dalam SPM 2015

Assalamualaikum semua.

Adik saya baru sahaja terima result SPM semalam. Alhamdulillah. Result adik saya ok. Apa yang membuat saya risau ialah English adik saya ialah C+. Jadi, saya nak survey scholarship mana yang boleh adik saya pohon? Saya beri keputusan penuh adik saya ye. Mana tahu ada antara pembaca IIUM confession boleh bantu adik saya ke.

BM = A
BI = C+
Pendidikan Islam = A
Sejarah = A-
Mathematics = A
Add maths = A-
Biology = A-
Chemistry = B
Tasawwur Islam = A
Physics = A-

Adik saya (perempuan) jenis tak kisah ambil course mana pun tetapi drpd pemerhatian saya, dia minat mengira. Kalau boleh, saya nak cari scholarship yang bersesuaian untuk adik saya. Semalam lagi dia dah risau scholarship apa yang terima untuk English C+ sebab dia nak follow abang kakaknya yang dapat JPA/Mara scholarship. Kami bukan orang berada. Sederhana sahaja. Sejak kecil abah emak kami pesan belajar rajin-rajin untuk dapat scholarship. Harap ada yang boleh share info tentang scholarship ni ye. Kalau ada info tentang course related kepada mengira pun amat dialu-alukan untuk sharing. Terima kasih.

– Kakak

CREATE A POST

3 Comments

  1. Akak,xnak try re-check ke? Saya pun ambik result semalam.. tapi x sehebat result adik Akak.. Tapi,English saya pun C+.. Kalau based on result adik Akak mmg power lah sbb semua Science subject dpt A,Inshaa Allah boleh je ambik bidang2 ape2 pun.. Lagi2 berkaitan Science/Math.. :)

  2. Hebat. English dia sebelum ni macam mana? Kalau selalu okay (Gred A & B), better buat re-check. Saya selalu semasa exam dapat B+ & A-, result spm baru-baru ni alhamdulillah A solid. Kawan saya yg english power selalu A+ pula dapat A-.

    Akak boleh search scholarship yayasan peneraju, mana tau rezeki adik akak diterima :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *