Cabaran Kawin Awal buat Bro-Bro. – 3:48 PM

Cabaran Kawin Awal buat Bro-Bro.

Assalamualaikum semua..

Post ni act khas untuk bro yang berniat nak kawin awal terutama mase study cam aku ni ha.

Ok! First thing nak bagi taw aku ni bukan la level2 ustaz sebab aku kos engin dan bukan budak sekolah agama.

Hidup aku sebelum kawin banyak jugak buat mende lagho cam couple and etc.

But maybe Allah sayang aku or aku pernah buat kebaikan maka Allah percepatkan jodoh aku dengan wanita solehah.

Ok..cerita bermula sekarang, cabaran utama aku adalah kawan2. Dgn background macam aku ni x ramai kawan2 yang faham kenapa aku decide nak kawin awal.

Ye la..kalau dah terbiasa berdating bagai kenapa sibuk nak kawin kan? Itu yang aku sendiri x boleh nak explain sebab hati kita ni kan milik Allah.

To be precise, cerita/fitnah tentang kehidupan selepas kawin aku ni dicanang ke semua kawan2 aku oleh 2 watak utama iaitu Pembawa Cerita (A) dan Pemanipulasi cerita (B)

A akan create cerita dan B akan manipulate cerita tu bagi jadi best bergosip then sebarkan pada orang yang kenal aku, here the list fitnah yang aku terima selama bertahun lamanya..

1) Lepas kawin susah nak lepak sebab dah LUPA member.
-Yes, i admit memang aku susah lepak sebab aku terpaksa belajar dan keje untuk support isteri aku. Keje ape je aku x pernah buat, cashier? berniaga? ajar tusyen? and etc. But aku akan cuba luang mase sebanyak mungkin untuk lepak bile aku x keje, siyesly setakat yang termampu dari segi masa dan kewangan.

2) Kawin gune duit family.
-Sebab aku kawin time belajar so A dan B buat cerita camni supaya nampak aku teruk. Padahal dari sebelum kawin lagi aku dah kumpul duit dgn part time, cuti sem x pernah rehat kat rumah sebab cari duit, busuk kan hati manusia? Guys, kenduri aku simple je dan sambut menantu pn tumpang kenduri adik beradik.

3) Lepas kawin bajet Alim
-Yang ni memang tepuk dahi la sebabnye x puas hati aku nak berubah jadi baik, dengan alasan dulu aku ni kan lagho so jadi x puas hati pulak bila aku nak berubah. Bile aku share something kt status fb sure jadi bahan umpatan. See? Aku baru berusaha nak jadi baik belum lagi jadi juara Imam Muda, tu pun dah ade yang sakit hati. Dah x kan aku nak terus lagho dengan isteri yang sikit punya solehah camni? Aku suami bro..

4) Lambat dapat anak.
-Salah aku ke lambat dapat anak? Allah x nak bagi tapi entah la macam mane si A dan B ni manipulate cerita nampak macam aku pulak yang salah, cant brain guys but it happen!

5) Kerja yang stabil.
-Alhamdulillah x lame lepas aku grad Allah bagi aku kerja yg stabil dengan gaji yang ok la BUT A dan B ni still x puas hati then canang cerita yang aku ni tipu position dan gaji supaya nampak hebat. Ya Allah, x habis lagi ke hasad tu?? Punya la nak bagi aku nampak teruk kat mata kawan2 lain.

Sebenarnye banyak lagi fitnah yang aku terima dari A dan B ni tapi cukup la 5 ni je kot sebab x sanggup nak taip.

Aku sebenarnye x kisah sangat dengan B tapi yang aku terkilan adalah A.

A ni aku punye percaya kat dia sampai aku anggap macam sedara sendiri. Setiap kisah hidup dan cabaran aku selama berkahwin aku akan share dengan A ni.

Macam mane susah aku study sambil keje, semua dia tahu but yang sedih nya dari cerita2 ni la dia akan create cerita untuk memburukkan aku. Sedih bro bila tahu rupanya selama ni dia la pembawa cerita, aku expect dia la kawan yang akan paling faham, jatuh air mata jantan aku.

But recently aku bersyukur sangat sebab kawan2 lain yang sebelum ni just terikut dan terbawa-bawa oleh cerita A dan B ni dah mula nampak kebenaran.

Mungkin Allah buka hijab kat hati diorang yang selama ni aku teraniaya dan ikhlas untuk berkawan. Ni kawan yang dah berbelas tahun kenal, bukan setahun dua.

Bertahun aku teraniaya sebab cerita dari A dan B ni dan kawan2 pandang sinis but Alhamdulillah, hati ni milik Allah kan? Dan Dia bersama orang yang bersabar.

Aku sayang kawan2 aku dan dengan hati terbuka aku lupakan ape yang dah berlaku sebab aku tahu diorang cuma terikut dengan cerita yang di bawa oleh A dan B.

But for A dan B, xde makne kot nak simpan kawan perangai jilake macam korang ni.

So nasihat aku untuk bro2 yang nak kawin awal tu selain dari family, kawan2 pun cabaran jugak. Make sure jangan bagi spesis macam A dan B ni membiak k? Supaya korang x hilang kawan2 yang ko sayang. Tu je nak nasihat..

Sekarang ni rezeki aku alhamdulillah la dan dikurniakan seorang anak lelaki yang comel, muka sebijik macam aku mase kecik dulu.

Cuma nak tanye, betul ke kalau anak laki ni lambat boleh bercakap?

-Bro Katang-

– Bro Katang

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *