Untuk part I, (https://iiumc.com/cabaran-
Confession kedua ini untuk menjawab beberapa komen yang diterima dari pembaca.
Adakah aku seorang liberal dan bukan muslim? Jawapannya kedua-duanya tidak. Aku masih seorang muslim dan bukan liberal. Cuma aku seorang realist.
Baiklah. Berbalik kepada point ke 4 berkenaan protect yourself.
Ringkasnya, aku menyeru kaum wanita bujang yang memilih untuk melakukan s3xual intercourse supaya sentiasa jaga diri sendiri dengan protection walaupun dipujuk lelaki supaya tidak.
Ya, menghindarkan diri dari zina adalah dituntut dan wajib tapi sejauh manakah anda yakin perkara ini tidak berlaku kepada masyarakat kita?
Anda yang tidak bersetuju mungkin lahir dari keluarga sakinah mawaduk. Anda mungkin wanita lindungan kaabah.
Tahukah anda, dalam satu kajian oleh Healthcare Malaysia Sdn Bhd, 2002, remaja berumur 18-24 tahun paling kerap melakukan hubungan s*ks dan 65% di antara mereka adalah Melayu. Itu kajian 2002, sudah hampir 10 tahun. Bayangkan statistics kini.
Bagi lelaki dan wanita lindungan kaabah seperti anda, jika anda tetap dengan pendirian anda elakkan zina, anda tak hidup dalam dunia realiti.
Remaja dan pelajar yang memilih untuk melakukan hubungan sebegini sekurang-kurangnya perlu tahu what is safe and not for their sake untuk mengelakkan lebih mudarat seperti anak luar nikah, buang bayi dan STDs.
At the end, the one that is affected the most is you, the ladies. Anda yang berhati suci, berwuduk 24 jam ni, mungkin selamat (tu pun belum pasti, iman ni naik turun. Tok imam pun terbang kopiah tengok perempuan cantik) dari gejala sebegini.
Nasihat aku bukan untuk kalian. Nasihat aku untuk orang biasa yang senang melakukan kesilapan. If one lady decides to take better precaution next time, maybe i can save two lives – the girl and god forbid the unwanted child.
Next, cost sharing between husband and wife. Ramai melatah bila cakap pasal cost sharing. Mereka tak nampak point utama yang aku sampai kan.
Wanita perlu bekerjaya dan berdikari untuk masa depan mereka sendiri. Itu pandangan aku. Bila anda bekerja, suami anda bekerja, apa salahnya anda share cost untuk survive dalam keadaan ekonomi kita yang tidak berapa baik ni?
Jika anda tanggung 100%, tu bermakna anda menanggung biawak. Keluar dari marriage sebegini. At least, decision awak untuk keluar dari toxic marriage ni lebih mudah, kerana awak ada pendapatan sendiri. Get it?
Seterusnya kritikan berkenaan nafkah. Bab nafkah ni terlalu luas namun yang paling ringkas, 3 nafkah wajib iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Duit bulanan adalah atas ehsan suami sekiranya mampu. Dalam rumahtangga there’s a give and take.
Wanita yang bekerja yang berniat membantu keluarga pasti sedikit sebanyak meringkan bebanan kewangan keluarga. Bukan 100% anda yang keluarkan. Discuss with your S/O what can you help. That’s is enough.
Sekali lagi, nasihat ini bukanlah untuk ahli confirm masuk syurga macam lelaki dan wanita lindungan kaabah tersebut.
Nasihat ini untuk manusia biasa, yang berpijak di realiti zaman moden, yang sentiasa berdosa. Moga-moga hidup kalian bertambah baik dan amal kalian di masa akan datang diterima tuhan.
– Jon Snow (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit