Cabaran Memilih Pasangan Untuk Wanita Moden

Assalamualaikum semua.

https://iiumc.com/nasihat-poyo-buat-wanita/

Merujuk kepada nasihat di atas, aku sebagai lelaki ingin memberi gambaran sebenar tentang sebuah perkahwinan kepada para wanita yang bakal berkahwin dan belum berkahwin.

Pertama, dalam mencari jodoh, harus kalian wanita ingat, perkahwinan ini umpama satu perjudian hidup. Terutamanya jika anda memilih untuk bercinta selepas kahwin.

Dapat jodoh yang baik, syukur. Dapat yang hantu, tersungkur. Oleh itu, berkenal-kenalan lah terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Berikut adalah beberapa tips yang kalian boleh ikuti dalam mencari pasangan dan perkahwinan yang baik.

1. Lelaki senang menipu. Kalian harus sentiasa “keep your guard up” dalam perhubungan. Sentiasa ragui, persoalkan dan siasat teman lelaki anda.

Biarlah anda dikatakan tidak mempercayainya, dari anda diperb*d*hkan olehnya. Dari 10 yang diperkatan, jangan percaya walau satu pun sebelum anda siasat kebenarannya.

2. Lelaki adalah pelakon. Jangan percaya watak yang alim, warak dan ustaz. Wanita mudah cair bila lelaki guna agama. Penunggang agama ni banyak ya wahai wanita.

Ustaz-ustaz, imam muda ni pun acap kali kita dengar ada sahaja kisahnya. Pada saya, agama bukan faktor utama menentukan lelaki itu baik atau tidak.

3. Janji berubah selepas kahwin. Ya, seringkali dengar bukan? Kalian dapat pasangan pemarah, perokok, pencurang? Berkali-kali berlaku dan lelaki menabur janji berubah selepas berkahwin.

Ketahuilah, ini satu pembohongan. Bukan mudah untuk berubah. Jika mahu melentur buluh, biarlah dari rebung. Jika buluh sudah keras, bila lentur bidas ke muka sendiri.

4. Protect yourself ladies. Ya, kita sering dengar, jaga maruah diri bila berpasangan. Syaitan itu yang ketiga. Bla bla. Semua orang tahu. Realitinya, tetap akan berlaku perhubungan yang luar batasan.

Disini, saya menyeru kaum wanita supaya sentiasa bersedia untuk lindungi diri kalian. Gunakan protection walaupun lelaki rata-rata lelaki tidak mahu.

Please. Educate yourself if you want to do this. This one act will save you in a long run. Unwanted pregnancy and STDs are the real risk.

Lagi satu, avoid at all cost sharing your xxx pictures and videos with him.

Anda mungkin percaya dia sekarang, tapi risk untuk gambar anda terlepas ke internet lebih tinggi dari keseronokan yang sementara. Ingat, protect yourself!

5. Sayang duit anda, dari sayang lelaki. Sering terjadi, banyak wang anda habiskan untuk lelaki tersayang. Janji demi janji ditabur, bila berpisah, satu sen pun tak dapat.

Bila lelaki anggap anda sebagai fast approval loan, sila sedar, anda sedang menanggung biawak hidup. Bila anda berada dalam relationship sebegini, cepat-cepat cabut.

6. Belajar berdikari, hidup diatas kaki sendiri. Wanita, anda perlu bekerjaya dan berpendidikan. Cari duit sendiri. Jangan harap duit lelaki. Jangan berhenti kerja kerana lelaki menyuruh.

Jika mampu, teruskan bekerja. Anda tidak tahu, berapa lama jodoh anda dengan dia. Sekiranya berlaku perpisahan, dimana anda ingin berpaut? Protect yourself. T

ips untuk lembutkan hati suami supaya benarkan anda bekerja – jangan sesekali guna ayat “duit suami duit isteri, duit isteri milik isteri”.

Perkahwinan dibina atas toleransi. Duit anda terima bekerja, bantulah keluarga. Bahagikan sama rata suami isteri. Mudahkan urusan pasangan masing-masing.

Harus diingat, antara punca utama perceraian adalah ekonomi keluarga.

Cukuplah sekadar enam isu yang ingin aku bangkitkan supaya kaum wanita sedar akan cabaran memilih pasangan dan cabaran dunia perkahwinan zaman sekarang. Ingat ladies, always love yourself first.

– Jon Snow (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit