Vehophobia: Trauma Drive Kereta

Saya pengidap vehophobia. Keadaan di mana seseorang itu trauma untuk drive kereta.

Ada banyak sebab kenapa seseorang itu mengalami vehophobia. Antaranya ialah dia pernah accident, dia pernah tengok orang accident atau dia pernah berhadapan dengan seseorang yang buat dia takut untuk drive.

Saya dikategori dalam sebab yang ketiga. Saya start ambil lesen kereta waktu umur saya 18 tahun.

Terjadi suatu incident di mana saya dir4b4 oleh guru lelaki ketika sedang practice driving di jalan raya. Tidak cukup dengan pegang bahu, dia juga mer4b4 paha saya yang membuat saya tidak selesa.

Hari pertama kejadian itu terjadi, saya cuba bersangka baik dan maafkan kesalahan dia. Namun, hari seterusnya dia masih mengulangi perbuatan yang sama.

Saya jenis wanita yang pemalu dan penakut. Saya tak berani untuk menyuarakan ketidakpuasan hati saya apatah lagi bercakap “jangan” dan “tidak”.

Malam itu saya ceritakan masalah saya kepada sahabat baik saya dan dia kata masalah ini terlampau besar untuk saya handle seorang diri. Dia nasihat saya untuk berterus terang dengan orang tua saya.

Namun saya enggan membuat mereka saya risau. Penyelesaian yang saya dapat fikirkan waktu itu ialah saya kena pindah dari sekolah itu.

Saya beritahu ibu ayah saya yang saya hendak pindah ke sekolah lain. Namun mereka membantah kerana mereka sudah bayar deposit RM1,000.

Saya berkeras untuk pindah sekolah sehingga mengalirkan air mata. Saya menangis teresak-esak di hadapan mereka.

Ibu ayah tahu saya bukanlah jenis anak yang mengada minta sesuatu di luar akal fikiran. Kalau saya minta sesuatu, pasti ada alasan tertentu.

Melihat tangisan saya, ibu ayah seolah-olah dapat membaca fikiran saya. Mereka serta merta tahu kerisauan yang saya hadapi. “Adik kena ‘itu’ ka dengan guru lelaki?”

Saya tergamam. “Macam mana ibu ayah tahu?” bisik hati saya. Malu untuk mengaku yang saya dir4b4, saya hanya mengangguk tanda mengiakan andaian mereka. Ibu ayah tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih dan marah di wajah mereka.

Esok harinya, ayah terus membawa saya ke sekolah dan report pada pengarah. Ternyata saya bukanlah pelajar pertama yang pernah dir4b4. Sebelum saya pun ada lagi mangsa lain.

Kalau saya tak report, mungkin akan ada lebih banyak mangsa selepas saya. Pengarah itu berjanji dia akan pecat guru lelaki tersebut dan bantu saya untuk lulus ujian memandu.

Hari seterusnya, saya dapat tahu yang kes tentang saya dir4b4 tersebar ke satu sekolah. Hampir semua guru tahu tentang saya. Saya dengar banyak orang mengumpat tentang saya.

Saya dilabel sebagai “pengadu” “anak maja” “penutup periuk nasi orang”. Saya rasa sangat malu dan saya tidak tahu di mana saya harus sorokkan wajah saya.

Sampailah hari ujian memandu, Alhamdulillah saya berjaya pass ujian dalam litar. Tapi waktu ujian di jalan raya dengan jpj, saya diuji dengan sikap garang dan bengis jpj itu.

Sejak saya masuk kereta, dia memang benci dengan saya. Pelbagai hinaan dan cacian dia lemparkan pada saya. Sampai dia ugut saya “jangan bagi aku nampak kau kat jalan”.

Lepas habis ujian tu, saya tahu saya pasti akan gagal. Tapi perkara sebaliknya yang jadi. Saya lulus. Dan sebab saya lulus ialah pengarah sekolah itu sendiri yang meminta jpj itu bagi saya lulus serta merta tanpa perlu ambil kira performance saya.

Baru saya tahu itulah sebab jpj itu benci gila pada saya. Mesti dia ingat saya suap rasuah kat pengarah tu. Saya sendiri tak tahu yang pengarah tu sanggup bagi saya lulus hanya untuk tutup kes saya.

Inikah maksud tersirat dia waktu dia kata dia akan bantu saya untuk lulus. Mungkin dia ingat kalau saya gagal, mungkin saya akan spend lebih banyak masa di sekolah itu dan crita tentang saya akan berpanjangan.

Banyak perkara yang buat saya tersinggung.

1. Sikap gatal guru lelaki itu.

2. Saya dilabel dengan gelaran yang menghina oleh guru-guru lain.

3. Saya dimaki dan diugut oleh jpj yang tiada hati perut.

4. Saya lulus ujian memandu disebabkan permintaan pengarah bukan sebab kemahiran saya.

Sejak hari itu, saya benci bawa kereta. Dan kebencian itu membuat saya trauma bila saya dipaksa drive kereta. Setiap kali ahli keluarga paksa saya drive, saya akan beri seribu satu alasan untuk mengelak.

Perkara ini berlarutan selama 5 tahun. Setiap kali saya nak keluar rumah, ibu ayah atau adik bradik lain yang akan hantar saya.

Sampai suatu hari, waktu saya nak keluar bekerja, tiada orang yang dapat hantar saya, jadi saya tekad untuk drive sendiri. Itulah kali pertama saya drive seorang diri.

Mula-mula, jantung saya berdebar, dahi saya berpeluh, tangan saya mengigil. Saya seolah-olah kena panic attack bila pegang stereng.

Pelbagai risiko saya hadapi terutama bila drive dalam hujan yang lebat. Tapi Alhamdulillah saya berjaya mengatasi trauma saya dengan keindahan tawakal dan pergantungan pada Allah.

Sebelum drive saya amalkan doa kenderaan, doa keluar rumah, doa tawakal, doa pertolongan Allah, doa perlindungan. Dalam kereta, saya takkan buka lagu melainkan ayat-ayat suci al-Qur’an. Dan saya kerap mengucap syahadah in case kalau saya m4ti.

Dan syukur pada Allah, saya dengan rendah hati mengaku saya ialah seorang survivor yang selamat daripada vehophobia.

– Survivor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

error: Alert: Content is protected !!