Kerana Aku Seorang Felo Kolej Kediaman

Hai semua. Kerana IIUM Confession 1 platform untuk kita kongsi cerita, jadi tak salah kalau aku share juga cerita aku tentang Felo Kolej Kediaman.

Rata-rata U ada felo kolejkan? Aku felo kolej dekat U yang kalau tiap kali raya mesti sesak la. Jammed! Berduyun orang luar datang butik-butik area sini.

Rasa terpanggil-panggil pula nak cerita dari start netizen marahkan pelajar U balik, bawa balik Corona Virus la. Lepas itu, viral pula makanan yang disediakan untuk pelajar yang menetap di kolej makanannya entah apa-apa la.

Kemudian, viral lagi tentang kem4tian seorang pelajar. Makanya, banyak la versi cerita tentang kem4tian mendiang. Rest in Peace mendiang.

Tambah lagi viral, pelajar U ada covid19. Fuhhh!! Banyak betul kalau pasal pelajar U kan? Okay-okay. Cukup. Aku bukan nak cerita itu. Apo aku ini? Nak cerita lain kan? Aku nak cerita kehidupan seorang felo.

7 tahun menjadi felo buat aku lali dah dengan pujian & makian pelajar. Apa je yang tak merasa? Surat layang pun dapat masa mula-mula jadi felo.

Kalau ikutkan tanggungjawab felo yang dekat surat lantikan tu macam senang. Macam la. Hakikatnya, ia beyond that. Jauh sangat tanggungjawabnya. Kadang rasa tak berbaloi dengan elaun tu haa. Sekarang tak dapat dah. Ibarat kerja percuma la.

Tapi Alhamdulillah, dapat rumah percuma. Itu pun dah bersyukur sangat. Save budget dah dekat situ. Ada U lain tu, felo dapat sebiji banglo. Duduk sendirian.

Ada itu pula rumah 2 bilik, 1 ruang tamu,  1dapur. Ada rumah felo tu macam rumah biasa. Ikut U la senang cerita. Kalau untuk “Rumahku Syurgaku” sangat memadai. Muat la 4 orang kalau nak tumpang sesekali.

Apa felo tu? Ala, macam warden. Jaga pelajar. Haa, bukan takat jaga je. Macam-macam la. Ini tambahan t/jawab felo aku senaraikan:

1. Lagaknya seperti ibu ayah, kakak abang

Kalau U lain panggilan felo mesti Cik atau Encik. Tapi kolej aku sempoi, akak abang je. Tak ada la gap. Karang bebudak ni takut pula sebab ada boundaries gitu.

“Akak, saya tak pernah jauh dari family. Sedih sangat. Macam mana ni?”, “Kak, saya sakit. Nak pergi klinik. Tak ada duit.” Selalu kalau sakit macam ini mesti tengah malam penyala.

Macam mana nak menghadap adik-adik macam ini. Tak apalah, kita jauh dari family sebab jihad belajar. Nak jadi lebih baik. Bila kerja nak bantu family. “Kak, saya tak makan lagi”.

Aku ni memang pantang betul kalau ada yang cakap tak makan tak ada duit. Aku suruh pergi dapur ajaib aku tu. Masak. Apa ada masak, makan. Kalau nama aku nak masakkan memang takla. Aku busy.

Semenjak itu, aku akan cakap randomly. Sesiapa tak ada duit nak makan, aku tak hulur duit. Aku hulur makanan. Kebiasaannya orang yang sama la. Aku selidik juga background bebudak ini. Betul la. Sebab itu aku akan pastikan peti ajaib aku wajib ada barang basah.

Even kalau aku masak pun lebih la untuk 2 mulut. Kot-kot karang ada datang bilik. 2 tahun belakangan ni je dah jarang budak datang bilik tanya masak-masak. Makpak deme dah kaya la tu. Betul.

2. Ibarat pakar kaunselor/ pensyarah/ guru

Korang tahu, kolej aku ada ramai felo yang hebat. Kau tak tahu nak design banner, bunting, baju et al., kau pergi cari felo multimedia. Dia ajar satu persatu sampai pandai. FOC.

Kau tak pandai salutation/ surat menyurat/ margin surat-menyurat/ yang berkaitan dengan pengurusan, kau jumpa Ketua Felo, tak pun Felo Pentadbiran. Confirm! Ikut format U terus. Kau tak pandai statistik SPSS, kau cari akak.

Kadang tengah malam FYP kau tak siap, “Akak, tak faham macam mana boleh dapat kira-kira macam in”. kau ketuk pintu bilik. Ikhlas hati je buka pintu, then ajar. Kau pressure? Tekanan perasaan. Haaa, hantar terus ke Pengetua, dia NLP terus kau dik.

Sihat sembuh terus. Adakah semua-semua ini diajar dalam kelas? Pensyarah ajar bab-bab subjek saja. Nak habiskan silibus. Tapi pembelajaran soft sk1lls ini datangnya dari kolej kediaman. Kau buat program berm4ti-m4tian, kau ada support sepenuhnya dari felo-felo kau dik.

Melaksanakan program tu dik, kalau tak ada guideline ibarat program itu syok sendiri jela. Kerana itu felo-felo ini sudi mengajar dan membantu. Itu pun kami punya t/jawab.

Kalau nak cerita pasal program kolej ini, karang jadi mini tesis/ disertasi pula dah. Apapun makin lama kolej tak buat banyak program. Kesian pelajar, macam mana nak grab knowledge baru. Nak bina softsk1lls lain. Masa ini la dik.

Ni aku nak cerita 1 program yang akak banggakan sepanjang jadi felo. Penyertaan pelajar sekolah hampir 350 orang. Kami buat program motivasi. Dapat untung dik. Siap boleh bagi t-shirt percuma, buka puasa percuma, duit raya sekali. Kita ada lebihan ribuan ringgit masa tu dik.

Aku sendiri masa tu dapat sumbangan RM1000. Aku bagi semua dekat team program. Meriah kau dik program tu. Sekarang, yang join program tu semua dah tamat belajar. Dah kerja. Ada yang jadi cikgu, jadi pegawai. Senang cerita semua berjaya la. Tapi aku still dekat sini lagi. Auchhh!!

3. Ustaz/ Ustazah/ Pakar Histeria/ segala kepakaran

“Kak, kawan saya histeria”. Kami felo-felo kena kejut jam 2 3 pagi handle kes histeria dan ada dalam kalangan kami yang mula la buka silat, buka ayat, buka hati nurani pun ye. Ada yang call Ustaz Darul Syifa. Ada yang panggil member baca Yassin 3 4 5 kali.

Habisnya, esok kami ada yang nak masuk lab, kerja. Sekarang felo dah bijak. Boleh tahu budak tu betul-betul histeria atau acah-acah dah. Kalau kes-kes histeria ni sampai rasa naik malas la nak layan.

Tapi memikirkan tanggungjawab. Kita usaha juga bagi sembuh. Kalau yang dah kena histeria ni, treatment jaga pun dah lain. Sampai bawa ke Darul Syifa la. Bawa pergi hospital. Mengeluh? Taklah. Itu amanah.

4. Portfolio Sendiri

Felo dah pegang 1 @ 2 pemimpin pelajar. Tambah lagi pengkhususan tugas. Kami pun ada KPI kena capai kalau nak terus stay kolej.

Sama saja sebenarnya macam penghuni kolej yang lain. Jadi performance kena sentiasa ada. Kerana itu felo-felo ini multitasking. Bagi kerja A, kerja B C D esok. Hihihi.

Kadang penat juga. Tapi seronok. Siang pergi lab/ kerja, petang jumpa student. Malam meeting program/ meeting pengurusan felo/ meeting sana, meeting sini. Meeting semedang. Senang cerita kalau tak sampai jam 12AM tu, bukan kehidupan felo la.

Lepas habis meeting, lepak mamak. Tak pun makan-makan dekat pejabat felo. Kan felo semua? Portfolio ni banyak la. Ada portfolio pengurusan kolej, multimedia, sukan, kepimpinan, penyelidikan & inovasi, kebudayaan dan kesenian, HELA.

Jadi, setiap felo tu memang ada specialize masing-masing. Cari je. Masa ini la nak belajar banyak benda. Aku rasa kalau aku berhenti jadi felo, mahu mendu aku sorang-sorang nanti. Dah biasa aktif &busy. Alahai.

5. Penyimpan rahsia mohor-mohor besar

Haaa, yang ini selingan je. Amboi! Mohor besar tu. Banyak sebenarnya kisah-kisah belakang tabir yang pelajar tak tahu, tapi kami as a felo tahu. Rahsiakan? Mana boleh cerita. Takkan la nak buka pekung di dada. Takkan nak memalukan kolej & Universiti tercinta. Tak kan? Kan?

Tapi kebiasaannya cerita-cerita sensasi mana boleh tutup. Mesti bocor la. Selalunya yang membocorkan cerita itu tak lain tak bukan tuan badan sendiri.

Then, salahkan felo. Apo? Tapikan, gerun juga pelajar sekarang. Scary je. Dia punya kesalahan bukan biasa-biasa punya. Jadi, mak bapa dekat rumah itu, tenung-tenung sikit anak-anak tu. Jangan yakin benar. Penghuni kolej aku baik-baik belaka. Sebab itu kena pasang CCTV.

Banyak je lagi t/jawab felo di luar surat lantikan tu ha. Cukup la takat ini. Aku baca je Confession U ni ha. Ada je yang tak puas hati dengan felo, pengurusan kolej, pengurusan tertinggi Universiti pasal semua hal.

Ha, yela! Mana nak dilayan ragam semua orang. Kita bukan boleh pampered semua orang. Belai. Bagi peha betis semua. Yang minta nak kembali ke U semula waktu PKP ini, harap bersabar.

Aku pun masih bersabar tunggu greenlight nak balik ni ha. Aku pun rindu ya amat dengan Teratak aku tu dah. Dapur ajaib aku. Haishh. Sabar ye.

Bagi yang rasa felo tak perlu ada pun dalam kolej, fikir sejenak, Pros and Cons kepentingan organisasi felo itu. Buat rakan-rakan felo, ayuh! Moh kita lepak mamak. EH! Mana boleh.

Sekian, kisah seorang felo yang bakal menamatkan t/jawabnya tidak lama lagi.

– Kakak Felo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

error: Alert: Content is protected !!