Assalamualaikum. Hi, aku Aina dan berangka besar. Okay silap. Semula ye. Hi, aku Aina dan aku gemuk. I am your typical ‘fat’ friend, sister, cousin or officemate.
Aku seperti yang korang selalu nampak pada orang gemuk iaitu mudah terhibur, mudah ketawa, mesra, mudah simpati, mungkin kelakar, banyak bakat terpendam dan ada banyak keistimewaan lain.
Tapi disebabkan kegemukan ini, aku selalu dihakimi dan selalu ditolak or can I say get rejected? Rejected bukan dari segi percintaan ya. I get rejected for so many things yang mungkin orang yang tak alami tidak tahu.
Aku juga selalu diingatkan tentang kegemukan aku. Like everyday and every second. As if its not something that I never noticed. Setiap hari, aku (dan mungkin plus size people out there) akan mengalami insecurities. Mari kita mulakan perkara yang aku alami hampir setiap hari.
1. Ahh, baju ni nampak ketat di lengan, tukar baju lain.
2. Nak turun dari rumah ke tempat letak kereta, pilih tangga. Kalau naik lif tengah orang ramai, buatnya aku naik lif, lif berbunyi. Ahh. Jadi pilih tangga.
3. Sampai office waktu beli makan untuk sarapan pagi. Hari ni ingat nak beli sekalilah roti untuk makan dengan kawan kawan office. Eh, ada buahlah. Beli sikitla untuk kakak sebelah meja. On the way balik office dari cafeteria, jumpa kawan pejabat lain. “Hai, banyak beli makan, tak cukup lagi ke dalam perut?”. Balas dengan senyuman.
4. Atas meja ada pelbagai coklat pemberian kawan-kawan yang baru pulang bercuti. Sampai kawan lain yang nak pass kerja, “Eh, banyaknya makan coklat, nanti (sambil kembungkan pipi dan kembangkan lengan seperti sumo) lagi kang. Balas lagi dengan senyuman. Walaupun aku bukanlah pemakan coklat tapi dah orang bagi, takkan nak tolak kan? Ambil dan pandai pandailah pass pada crush pulak. Eh!
5. Lunch hour ingat tak nak makan, macam nak singgah gym kat office. Terserempak pulak dengan kawan unit lain. “Wah, dah insaf ke?”. Senyum lagi.
6. Lepas lunch kena pergi mesyuarat. Lahh, jumpa boss pulak. “Eh, ni kenapa dah besar sangat ni? Berapa banyak naik?”. Senyum lagi. Dalam mesyuarat fikiran menerawang pasal lengan besar, baju tak muat, badan makin naik. Berulang- ulang.
Perlu diingatkan ya. Ini belum waktu malam. Masih waktu normal anda semua yang bekerja atau mungkin belajar. Dari waktu anda bangun dan membaca cerita ini, berapa banyak kali anda telah diingatkan tentang perkara yang menyebabkan anda hilang keyakinan diri?
Okay, berbalik semula pada topik direject. Antara perkara yang aku dah alami ialah, tidak boleh duduk di barisan hadapan bagi sesuatu majlis kerana ‘imej tidak sesuai’, tidak boleh menjadi emcee majlis kerana ‘BMI tidak menepati syarat’, tidak boleh macam macam lagi, tapi malas nak taip panjang lagi.. haha.
Tapi korang dah boleh fahamlah sedikit sebanyak kan?
Benda- benda seperti ini yang selalu buat aku tak ingin buat atau cuba benda baru. Contoh jika ada opening untuk mana- mana pertandingan, aku berhenti untuk mencuba. Itu namanya bunuh diri.
Selain tahu akan ditolak mentah- mentah, mana ada orang gemuk akan dipilih. Ada yang akan dipilih, tapi itu dikira kes khas. Jangan cakap, tak cuba tak tahu. Percayalah, aku dah selalu mencuba, sampai tak tahu macam mana lagi nak cuba mempositifkan diri jika direject.
Okay, jika pertandingan pun aku tak nak sertai, ingat percintaan aku nak cuba? Memang tak nak cuba ya. Sebab direject cinta kerana gemuk lebih menyedihkan. Sobs.
Aku orangnya sangat positif. Selalu orang akan cakap yang aku ni tak pernah nampak bersedihan. Aku memang perlu positif. Perlu juga sentiasa gembira.
Aku dikelilingi oleh keluarga dan kawan kawan yang juga positif. Aku berharap aku akan kekal positif sampai bila-bila. Orang kan selalu cakap orang gemuk ni cepat terasa. Jadi, aku akan cuba sebaik mungkin untuk menidakkan kepercayaan itu.
Selalu aku akan memakai senyuman palsu. Lupakan yang sedih sedih dan senyum sahaja. Berjayalah untuk menggembirakan hati sendiri.
Dan selalu juga aku tak fikir mendalam dengan apa yang orang katakan. Tapi, sebagai manusia biasa, aku ada juga waktu down ya walaupun tidak selalu. Dan tolonglah pada waktu down itu jangan menambah lagi kesedihan dengan berkata yang tidak-tidak.
Untuk yang membaca luahan aku ni, cubalah katakan perkara yang baik baik saja kepada sesiapa yang anda jumpa hari ini. Kalau tiada benda yang baik untuk dikatakan, mungkin berdiam diri adalah lebih baik.
Anda tak tahu apa yang telah orang itu sudah atau telah pun alami pada hari itu. Katalah yang baik-baik saja. Setiap orang ada insecurity masing-masing.
Kalau jumpa orang, tegurlah yang elok elok, “Awak nampak cantik hari ini”. Atau “Wah, menariknya warna baju awak!”. Mana tahu anda adalah pemberi pujian pertama orang itu pada hari tersebut.
– Aina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit