calon poligami

Asalamualaikum

Poligami.

Perkataan yang buat orang patah hati dengar especially untuk kaum wanita.

Saya tak ada kawan lelaki. Cuma yang kenal kat Kelas je. Itupun Saya tak simpan @ tak pernah nak kekal be friendly dengan mereka. Sebab, tak de sebab pun perlu nak jadi best friend dengan mereka. Seboleh mungkin nak meminimum kan pergaulan dengan orang lelaki.

Saya taaruf dgn sorang Ni, atas sebab memang mencari bakal suami. Memang segan habis. Apa Saya buat, Saya bagi dia questionnaire.. Checklist.. Tentang beberapa aspek yang Saya nak tahu pasal dia. Background, biodata, pegangan agama, financial status, needs dia, kesihatan dia , ada alergy ke tak .benda² macam Ni lah..

Dalam part pegangan agama, dia tick, dia terima poligami. Saya maklum hukum poligami dalam Islam. Kami kemudiannya bersetuju untuk proceed jumpa parents.

Saya maklumkan dgn parents hal dia, & dia pun makluman kat parents dia. Kami masing² buat persediaan.

Issue arise bila mana, Saya dapat tahu rupanya, dia sedang giat mencari calon² Madu. Memang Saya terima poligami,.. Tapi,. Saya tak jangka it will be this soon.. Kami belum kahwin lagi. Belum stabil sebagai suami isteri. Ada banyak perkara lagi yang saya belum belajar tentang dia. Ya, memang saya sentiasa impikan bercinta selepas nikah.. Tapi, idk if i can develop that feeling now.. Sebab kami belum apa² lagi Dan dia dah cari calon madu..

Saya Cuba utarakan kat dia pendapat Saya.. Tapi dia bidas. Dia ckp, sekali terima poligami, tak kisah bila kahwin. Poligami tu still sah. Still boleh Jalan. Tak perlu tunggu bila, after sebulan kahwin pun boleh je kalau nak mula poligami dah.. Saya terkedu dengar dia ckp camtu..

Overall dia memang ok… Saya tak mahu tolak dia sebab poligami je.. Sebab dalam Islam poligami memang boleh.. Saya tak mahu tolak hukum Allah.. Tapi,. Serious weh.. Hati perempuanku agak retak bila dia langsung tak fikir pasal perasaan orang…

Saya nak bagitahu parents nak cancel wedding, tapi Saya fikir balik. Fikir panjang…. Persiapan wedding dah mula..

Saya ada terfikir nak go through je semua Ni,. Mesti ada hikmah di sebalik semua Ni.. Tapi.. I don't think I'm that strong.. Saya muda lagi.. Baru 26.Banyak benda lain Saya boleh buat selain dari fikir pasal wedding.. Travel ke, umrah ke..

Tapi bila fikir balik,. Saya cuma divertkan celaru hati Saya tu ke tempat lain. It didn't solve the real issue yang, deep down Saya sebenarnya tak sedia bermadu awal. Tak sedia poligami, and somehow.. Macam tak ikhlas dengan hukum Allah..

Saya tak nak jadi hamba Allah yang tak terima hukum Allah..

Dia orang yang baik. Kalau saya tolak dia its obvious sebab sya tak sedia berpoligami, dan Saya terang² tolak hukum Allah..

Tapi kalau saya terima dia pun, hati Ni takkan ikhlas.. Tak tenteram.. Saya tak mahu hati Saya Ni, ada rasa macam salahkanAllah..

– cik bakal pengantin

CREATE A POST