camne nak sedekah kalau tak ada duit?
Camne nak sedekah kalau tak ada duit?
Aku rasa terpanggil nak share pasal sedekah jugak. Aku rasa seronok sgt2 sebab ramai yg share psl keajaiban bersedekah.
Aku rasa kalau manusia normal, x kira bangsa apa sekalipun, bila tgk org susah atau miskin mengemis mesti akan ada rasa nak bantu, paling2 pun share rm1.
Tapi, Kadang2, ada juga org yg taknak sedekah langsung sebab takut duit dia habis. Takut nanti tak cukup duit. Semuanya takut2
Kawan, jangan takut bersedekah , Allah tu Maha Kaya Maha Berkuasa Yang Menciptakan Langit dan Bumi serta Segala Isinya! Allah dah berjanji sedekah akan dapat pahala berkali ganda.
"Sesiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia. ( Al-Hadid 57:11)
Allah yang beri rezeki kepada kita , manusia hanyalah perantaraan sahaja. Kalau nak rezeki banyak2 kena rapat2 dengan Allah, tunaikan hak Allah. Nak rezeki cepat2 solat pun kena awal waktu.Yang dalam poket kamu tu sebenarnya bukan harta kamu, harta kamu yg sebenar ialah berapa banyak yg kamu dah share dekat orang , orang kata harta akhirat.Thats what matter most kawan.
Tapi camne nak sedekah kalau tak ada duit ? Kalau ikut cara aku, aku buat dropship. Aku pengganggur.. Aku dapat untung dropship tu, aku sedekah kat org2 di syria, dan baby2 yang sakit atau untuk gelandangan. Kat FB ni korang like je page2 syria ke pahe prihatin ke telekung project ke, dekat surat khabar pun selalu ada..
Contoh aku jadi agen dropship kolagen , 1 tong aku untung rm5-20, aku boleh sedekah rm1- rm20 kat yg memerlukan , bagi rm1 rm2 pun tak ape janji bagi, sebab ini lah salah 1 cara nak sedekah kalau takde pendapatan sekalipun.
Bila kita nampak ramai yg memerlukan sumbangan tak kan kita sekadar nak share je, bila nak bantu, so ni lah salah 1 caranya. Nanti kalau kat akhirat nanti Allah tanya, " berapa banyak yang kamu dah sumbangkan masa kamu di dunia?" Korang nak jawab apa, saya takde duit. Saya tak kerja..saya takut duit saya habis.. Takkan nak jwb camtu.. kan.. kita kena ingat, hidup kat dunia ni bukan untuk melepaskan tengkuk masing2 je, kena beringat ada org yg memerlukan. Ada sebab kenapa kamu kena jadi berjaya dan kaya , antara sebabnya untuk bantu orang lain.
Kalau kamu x mampu bersedekah wang, sedekah lah nasihat. Baru2 ni aku ada bagi komen yg inshaAllah positif, hasilnya mashaAllah, terkejut sgt, sebelum ni dlm account bank aku tinggal rm2 cmtu je ( kalau transaksi online boleh je balance dlm acc less than rm10) , untung2 sume aku dah sedekah, tiba2 magic sangat , Allah hantarkan customer yg menderu2 nak beli barang. Payment pun mudah je takde nak backout2, aku bersyukur sgt. So lps ni kalau korg ada komen negatif / nak bash2 orang ke, lebih baik korg simpan komen tu dlm hati korg je. Huhi
Alhamdulillah
Akhir kata, sedekahlah dengan ikhlas untuk mendapat redha Allah dan untuk menghapuskan dosa2 kita yang banyak, sesungguhnya, bila kita bersedekah ,itu adalah salah satu tanda kita bersyukur kpd Allah.Allah Maha Melihat, Dia menilai semua kebaikan dan keburukan yg kita lakukan. Jangan lupa sedekah untuk ibu bapa dulu
P/s- klu ada yg berminat nak tahu pasal dropship aku sambung nanti part 2, kalau ada la
– baby