Camne weh?

Assalamualaikum.

Tq admin terima aku punya story. Saja nak luah perasaan dan nak tanya tips sebab aku jenis pendam dan jarang luah. Nak luah dekat parent takut nanti dia risau aku kat uni ni ada masalah pula. Nak luah dekat member semua jenis dengar lepastu camtu je lah. Sebab benda yang aku nak cerita pasal dorang jugak. Huhu 'makan daging'. Maaf.

Jam sekarang pukul 2.49 pagi. Dah berapa hari aku tak dapat lelap sejak aku baca artikel pasal rokok. Pasal effect kpd org sekelilingnya juga.

Aku ni hidup bukan senang. Study buat loan. Macam student lain juga. Hidup dkt uni(bukan uia) ni pun mengharap dpt asrama. Bila dapat asrama dapat sebilik member semua suka merokok. Jadi hidup aku hari hari dengan rokok, walaupun aku bukan perokok, aku tetap jadi secondhand smoke. Bila dah sebilik dengan perokok, Baju tuala semua bau rokok, bila balik rumah kena tuduh aku perokok. Ah sudah.

Bukan nak kata apa, aku tak kisah kawan dengan perokok. Even aku dari kecik kawan dengan perokok. Tapi alhamdulillah aku pernah try tapi tak minat. Bazir duit bazir masa dan mensia siakan kesihatan. Aku tak paham juga member merungut tak cukup duit tapi boleh beli rokok tiap minggu.

Aku tak kisah korang merokok, tapi tolong respect kami yang tak merokok. Nak rokok tu berpada padalah. Aku tau yang korang tau rokok tu haram dan bahaya, tapi setakat tau. Buatpa. Tindakan nak stop takde.

Berbalik kepada tujuan asal, aku sebenarnya tak puas hati dengan kawan2 aku ni. Merokok tak ingat member keliling. Aku jenis introvert dan tak suka tegur. Takut tegur tegang pulak hubungan nanti. Aku cuma mampu doakan mereka dpt hidayah. Stop merokok. Aku rasa kalau dorang stop merokok aku lah orang paling bahagia. Sebab aku ada pengalaman buruk dengan rokok ni. Rokok penyabab aku hilang orang yang aku sayang. So taknak ah aku hilang orang lain dan buat diri sendiri hilang nyawa sebab rokok.

Tapi aku rasa setakat doa pun aku tak cukup tanpa tindakan. Jadi camne eh? Camne eh nak bagi dorang sedar? Ada cara lain tak? Bagi dorang sedar tanpa kami renggang sebab aku malas gaduh2.

Sorrylah aku confess benda remeh camni. Nampak kecik bagi korang tapi aku hargai kalau korang bagi tips dan comments. Kalau boleh taknak komen politik dan comments kenapa tak tutup kilang rokok.

Doakan aku juga stop mengumpat.

Jzkk

– Hamba

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

12 Comments

  1. First sekli , kau luahkan je terus …
    Kenapa kau kena jaga hati org tu akalu hati kau dirobek ?
    Kenapa kau kena kisahkan kesihatan dia , kalau dia xpernah kesah kesihatan kau ?
    Jdi sini , kau tak rugi pape pon kalau kau luah …
    Cuma…
    Kau kena ada cara , cakap elok2
    Cth :
    1.bawa dia keluar makan
    2.start dengan ayat ” din(bukan nama sbnr) kita dah berkwan lama dah ”
    3. Dan terus ckp ayat yg ingatkan dia tntg pershabatan ini
    4.Pastu baru beritahu yang sebenar
    5. Lepas itu , tawakal apa nak jadi jadilaa
    6. Kalau dia jenis makan ayat , dia berubah , in sha allah

    Kau kena buat tindakan ! Jgn diamkan diri xnk ckp

  2. tahniah kamu tak isap rokok…luahkan lah kat dia..ataupun suruh dia isap rokok luar bilik..kat hostel saya pown ada yg isap rokok..tapi diorang isap di luar bilik..so..asap tu kurang la menganggu..pastu kalau kawan kamu sudah ubah..isap kat luar..nasihat la pulak suh berhenti rokok..nasihat sikit2..in sya allah boleh..

  3. Beli mask kat farmasi then pakai dlm bilik. Kalau kawan2 tanye ko saket ke, jawab je tak tapi nk elak pencemaran paru2. Make sure jwb dlm gelak2 sbb takut terbegaduh plak nanti. Kalau tak paham gak mmg kwn2 ko ni hati kering

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *