Assalamualaikum semua. Rasa terpanggil nak jawab pandangan tentang satu confession ni, sebab mengikut penilaian tuan confessor tentang perempuan cantik tu hanyalah apa yang dia nampak pada luaran saja. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/cantik-murah-rezeki/).
Aku percaya setiap orang ada jalan cerita yang tersendiri. Aku harap confession ini akan disiarkan untuk melihat sisi pandangan dari orang lain selain menjadi medium aku melepaskan apa yang terbuku dalam hati. Maaf awal-awal sebab panjang hanya sesuai untuk yang rajin membaca karangan panjang dan tak cantik susunan bahasanya.
Aku si cantik type 1.5/ type 2 agaknye sebab aku tak la rase secantik yang bila orang pandang terpegun, tapi dari zaman sekolah bawa ke U aku boleh dikatakan menjadi bualan dan ‘try tackle’ pelajar lelaki. Aku dilahirkan dalam keluarga yang berada menjadikan aku dilihat hidup dalam keadaan yang sangat beruntung dan mudah.
Tamat belajar aku bekerja beberapa tempoh sebelum aku mula bantu menguruskan syarikat keluarga. Kemudian aku berkahwin dengan suami setelah 10tahun bercinta(aku setia orangnya walaupun menempuh hubungan yang penuh berliku).
Suami aku dari keluarga biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah rezeki dia dipermudahkan semakin lancar rezeki dia selepas berkahwin. Suami aku seorang yang baik, soft-spoken, penyayang, good-looking dan hard-working. Parent aku yang mulanya susah nak terima dia waktu zaman bercinta(panjang pulak nak detailkan sebab apa) dulu sekarang dah jadi menantu yang boleh dikatakan paling disenangi.
Selepas punya anak aku hanya menjaga anak-anak aku dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Setiap bulan suami aku akan bagi duit belanja, tak perlu susah-susah kerja aku dapat pakai HP up-to-date. Suami aku berkereta mewah aku juga dihadiahkan sebuah kereta.
Sekian tahun aku dah pun melahirkan anak-anak yang comel yang rata-rata orang geram tengok bila berselisih tak kira bangsa akan ada mulut yang tegur/ bercakap sesama sendiri sebab comel (sungguh). Nampak smooth je hidup aku kan pada pandangan orang lain.
Suami aku dari mula kenal sampai sekarang dalam fasa 2 berkahwin macam tu lah dia, baik dan lembut kejut aku bangun tidur pun macam nak kejut baby (bertuahkan?). Tapi hidup aku terpaksa bermusuh dengan ‘masa’ dia.
Suami aku si ‘wokerholic’. Sepanjang aku kahwin sampai anak dah berderet suami aku ada dirumah hanya untuk tidur. Bangun untuk pergi keje dan balik pukul 3/4 pagi setiap hari jadi dimana kemanisan berumahtangga bila kau tak ada masa langsung bersama untuk bonding?
Kerja rumah dan anak-anak memang bergantung pada aku seorang. Kadang-kadang aku rasa jiwa aku kosong dan tak dihargai tak ada tempat nak bercerita dan meluahkan rasa penat (isu yang kebanyakan suri rumah hadap).
Aku yakin setiap isteri rasa penat dalam dunia menjadi isteri dan ibu tapi menjadi ibu yang bekerja tak sama situasi SAHM 24/7 dengan anak-anak yang masih kecil, dan situasi isteri yang pjj dan ibu tunggal juga jadi berbeza dengan isteri yang melihat suami hari-hari tapi tidak berfungsi.
Aku bukan kaki drama sebab aku tak minat tengok tv pun! Tapi kita ni hidup berumahtangga mesti lah nak berkasih sayang. Bukan aku tak bersyukur, atas alasan bersyukurlah aku masih bertahan hingga sekarang. Tapi aku manusia biasa ada hati dan perasaan.
Pernah je perut aku yang berkeroncong dengan sarat mengandung menunggu suami makan sebabnya dah call cakap dah nak sampai tapi 3 jam baru sampai. Dahla jarang sangat dapat makan bersama.
Pernah aku mesej awal-awal minta belikan makan untuk anak-anak sebab aku betul-betul tak lalu nak masak sampai pukul 8.30-9.oo aku masak sesimple boleh untuk anak-anak makan sebab dah lapar anak dah lena dah pukul 11 dia call tanya nak beli makan apa dia otw balik (tepuk dahi).
Pernah aku mesej petang minta tolong dia balik take-over anak-anak sebab aku rasa sangat penat dan tertekan waktu tu sampai tahap aku kurung diri dalam bilik (tak sampai 1/2 j ampun kau gila anak aku kecik2 sangat lagi dok melalak depan pintu)
Dia jawab, ‘kejap eh sayang, kejap lagi dia balik’ dan dia balik pukul 1 pagi. Nak berbual dan serve suami sendiri aku terpaksa korbankan waktu tidur aku hingga jam 3/4 pagi dan memang aku tak boleh tidur selagi dia tak balik jarang aku tidur kalau tertidur pun tak lena.
Sampai satu tahap aku pun dah malas nak berharap apa-apa dari suami, pandai-pandai lah aku settle sendiri. 9 bulan mengandung beli katil dan tilam aku angkut sendiri susun sebab dia tak bagi orang masuk bilik tidur kata tunggu dia balik susun (bilanya dia akan balik?).
Habis pantang aku angkat mesin dryer sendiri letak atas meja terpaksa susun atur sebab nak pakai ruang. Dan dia langsung tak tanya apa-apa, tak bersuara dan tak juga hairan mcm mana aku angkat benda yang maha berat sorang-sorang. Dia dalam dunia dia dan aku dengan rutin aku. Aku tak call sepanjang dia keluar bekerja hanya msg untuk pesan beli keperluan.
Hari minggu aku malas nak detailkan cukup aku kata hari minggu kami penuh dan masih tiada masa untuk bonding. Suami isteri tak ada bonding dan masa untuk komunikasi. Anak-anak takada bonding dengan ayah.
Tapi aku hairan jugak anak-anak aku ni dok sebut-sebut si ayah bila ada nak berkepit taknak mak sampai orang tengok, ‘wah anak ayah sungguh’ tapi kat rumah bila mak hilang pegi tandas dok bukak tutup pintu tandas nak berborak dengan mak time tu jugak, mak kunci pintu bilik dok depan pintu bilik sambil ketuk pintu selagi tak bukak 1/2 jam, setengah jam lah walaupun si ayah ada!
Tidur bertindan-tindan atas mak walaupun asalnya konon nak tidur dengan ayah, 10 minit mak jugak dicarinya. Mak memang tak merasa tangan kosong 24 jam full. Sampai kadang-kadang aku naik menyampah nak jawab soalan orang tanya, “kerja apa?” “Jaga anak-anak ni hah”, jawapannya mesti “untung lah” “seronok lah” “senang lah”.
Ya aku stress aku sunyi aku penat. Walaupun suami aku sibuk kerja, tapi biasalah suami-suami kan masih ada peluang untuk beraktiviti sendiri, walau dengan alasan kerja aku sebagai isteri kita boleh baca bila dia betul-betul kerja dan bila dia buat-buat alasan kerja dan suami aku pun bukan malaikat yang tak pernah menipu, aku tau aku aje diamkan.
Dan aku terperuk kat rumah dengan anak-anak. Bila ada masa dirumah dia boleh tidur/ main game atas alasan berehat dan aku masih berterusan jalankan tugas hakiki isteri-isteri ‘malayu’.
kenapa tak keluar? Nak kemana dengan anak-anak kecil berderet mana yang baby, yang lain-lain pun level berdukung dan dipimpin lagi. Bila jaga anak sendiri anak-anak pun melekat dan jadi masalah nak tinggal kat orang, kita ada isu tak ada kepercayaan.
Kenapa tak pakai family planning? Tak dapat persetujuan suami dan dia pun tak main peranan untuk plan secara sendiri. Buat mana yang mampu aje, anak-anak masih kecil terpaksa masak hari-hari sebab anak-anak tak makan makanan beli (beli jugak sekali sekala).
Terpaksa kemas rumah hari-hari kalau kotor macam mana nak hidup dalam rumah serabut bertambah stress (pembersih orangnya) lagi pulak ada baby yang merangkak kat lantai. Kain baju terpaksa uruskan secara berkala sebab kalau bertimbun akan menyusahkan diri sendiri jugak bila nak guna.
Maid? Tka ada tempat nak bagi duduk sebab rumah kecik melainkan pindah rumah (belum masanya), nak panggil kemas seminggu sekali tak berbaloi untuk rumah yang berpenghuni 24/7 dengan anak kecil.
Cari lah me-time, bukan tak cari tapi tak jumpa. Jumpa kawan-kawan? Hilang langsung dah semangat dan self confidence setelah berulang mengandung, bersalin, menyusu. Berat badan bertambah dengan jaya dengan hidup yang huru hara walau orang tengok gambar cantik je hakikatnya selekeh.
Sampaikan sedara pun aku malas nak jumpa bila ada pakcik aku sinis kata, “kau takde keje lain ke asal jumpa mengandung” aku rasa sangat terkesan bila mak aku sendiri pun berseloroh pasal ni, “takde keje lah duduk rumah mengandung aje”.
Orang kata buatlah bisnes online boleh bergaul ada duit sendiri. Part ni aku tak faham cara orang lain macam mana, tapi bila menjadi ibu (chef, cleaner, maid, teacher, doctor dan segalanya) bila masa nak buat kerja lain?
Buat bisnes online menuntut waktu dan banyak masa nak dihabiskan menghadap hp. Aku tak jumpa cara dan kerja yang sesuai, biarlah dulu sementara anak-anak aku masih kecil dan belum bersekolah ni.
Luahkan? Kawan, mengaibkan sebab kawan aku kawan suami juga. Keluarga, tidak lah sebab mereka lama dulu dah tak setuju aku tak bekerja sudahnya ayat, “tulah sapa suruh taknak kerja” (suami tak izin kerja).
Keluarga suami, tidak sama sekali walaupun kami baik dan rapat at the end of the day aku tetap pendatang dan suami ahli keluarga mereka yang baik dan anak mak yang baik pula. Mereka pandang aku pandai jaga anak-anak sebab semua kira baik, dengar cakap, sangat bijak dan cepat perkembangannya masing-masing tapi hakikatnya aku saja yang tau perit getirnya sorang diri.
Kadang-kadang pula kita letih jadi suri rumah yang dipandang kebanyakan mudah, senang, pengabih boreh, tak progressive, tak productive, mensia-siakan waktu muda apa lagi bila tak didukung oleh keluarga sendiri.
Dari satu sudut semuanya nampak cantik dan lancar secara luarannya, tapi struggle didalam susah orang nak faham. Setiap orang ada masalah yang tersendiri macam aku ade je isu dengan keluarga, zaman belajar, zaman kerja, zaman berumahtangga cuma takkan semua kita nak tunjuk kat orang. Yang elok-elok aje lah orang nampak.
Bukan tak pernah aku bawak berbincang dengan suami, cara halus sudah, terang sudah, lembut sudah, kasar pun pernah terlepas cuma tak membuahkan hasil. Suami aku seperti biasa cool and steady (hahaha read menangis dalam hati).
Aku hanya mampu doa yang terbaik, Allah kuatkan hati dan mudahkan jalan.
Sekian…
– Si cantik yang dah hilang serinya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit