Assalamualaikum. Sekarang ni banyak sangat kisah watak perempuan kepenatan & watak lelaki bermaharajalela dalam buat kerja rumah. Aku salah sorang watak anak perempuan yang gila penat terutamanya musim raya, tapi tu cerita dulu. So, aku nak share la tips nak selesaikan masalah ni, harapnya dapat la bantu mangsa-mangsa watak perempuan.
Sebelum tu, aku nak introduce diri supaya korang faham keadaan aku. Aku anak kedua daripada lima beradik, ada sorang kakak , 2 adik lelaki dan yang bongsu perempuan. Kakak aku umur 31 tahun, adik aku 24, 20 and 16 tahun. Dari dulu lagi aku ni memang anak favourite mak aku dalam bab suruh buat kerja. Tak kisah la kerja dapur ke kerja rumah. Masa remaja dulu aku memang selalu bengang sebab sampai tahap, kakak aku terpacak kat dapur tengah minum air, dia boleh panggil aku dalam bilik nak suruh masak nasi. Mak aku memang takkan suruh kakak and adik-adik aku buat kerja. Lama aku analyse, kenapa mak aku asyik suruh aku. Bila dah matang sikit, kesimpulan yang aku dapat, sebab aku ni jenis terus-terang, kalau aku marah, aku marah depan-depan, pastu aku ok. Kalau style kakak aku, jenis sentap dan gaduh pastu mogok dalam diam. Mula la tak keluar bilik la apa la. Yang adik bongsu aku pulak sebab terlalu manja, and mak aku sepanjang masa rasa adik aku ni kecil lagi, padahal physically dia lagi besar dari aku kot. Yang lagi dua adik laki tu sebab memang culture family aku lelaki patut dilayan macam raja, segala benda terhidang. Tapi dulu aku tak kisah sangat, sebab watak lelaki (adik-adik & ayah) memang sangat buat kerja lelaki, macam hal-hal kereta, betulkan paip, pintu ke, pape la. So mind set aku pun, memang kerja dapur & rumah, perempuan yang patut buat. Sebab ni la aku memang jadi anak suruhan, any single thing, like seriously. Contoh, kalau mak aku nak buat kuih raya, dia takkan buat kalau aku taknak involve, padahal aku dah kata kakak and adik aku kan ada, apa masalahnya. Nak buat open house pun, aku wajib ada, kalau aku takde, buat time aku ada. Sebab mak aku memang sangat selesa menyuruh dan mengarah aku.
Kalau hari biasa, aku tak kisah sangat, takde la penat sangat, under control lagi. Aku willing je nak buat semua benda pun. Bila raya je aku mudah rasa bengang dengan kakak and adik-adik aku sebab tak membantu dan mak aku tak suruh pun diorang bantu. Sampai tahap raya tahun lepas, aku fikir, aku kena lakukan perubahan, supaya emosi aku sentiasa positif di hari raya. Yela weh, hari raya elok-elok kau mintak maaf kat semua orang, tetiba lepas tu rasa bengang sumpah seranah dalam hati, tak ke sia-sia. Masa raya tahun lepas, aku berjaya ajak adik perempuan bongsu aku je involve kat dapur, tapi tahun ni aku berjaya ajak tiga-tiga adik aku masuk dapur time ramai tetamu. Time ramai tetamu je yang extra penat pun kan. Nah, ni tips nya :
1. Berterus-terang
Macam aku, first, aku berterus-terang dengan mak aku. Raya tahun lepas, aku cakap,”Tahun ni angah nak suruh adik amik kontrak basuh pinggan, tak kira lah pinggan apa pun, tetamu ke family ke semua dia yang basuh. Angah boleh focus kat part masak, hidang, buat air, top up makanan & minuman tetamu and benda-benda lain.” Mak aku terkesima. Aku sambung lagi,”Kalau nak tunggu mak yang suruh adik buat kerja, sampai bila-bila pun mak takkan suruh, kan?” Then, mak aku diam. Dia redha, haha. Pastu baru aku pergi slow talk dengan adik aku. Berterus-terang ni kena cara berhikmah, maksud aku, berhikmah tu, biar kena dengan personality dengan siapa kita nak berterus terang. Kalau tak, nanti, diorang memberontak. Aku explain kat adik aku, dia dah kena start belajar masuk dapur, takpe slow-slow, untuk tahun pertama, dia basuh je pinggan mangkuk dulu, sambil perhatikan kerja-kerja lain. Basic di dapur kena mahir basuh pinggan mangkuk periuk kuali. Adik bongsu aku ok, Alhamdulillah dia dah terer basuh pinggan sekarang, kahkah. This year pulak, untuk adik lelaki aku yang 2 orang tu, aku guna method suruh diorang baca salah satu IIUM Confession pasal topic laki bermaharajalela ni la. Lepas dah hadam, aku berterus-terang, “Angah taknak korang jadi salah sorang daripada laki-laki yang diorang maki hamun tu, so this year, time tetamu ramai, jom tolong pape yang patut kat dapur, ok?” Alhamdulillah, diorang ok, yeaahh this is angah’s power. Hehe.
2. Bersedia untuk jadi supervisor
Disebabkan aku sorang je anak yang paling mahir di dapur, so aku kena prepare mental awal-awal nak mengawasi diorang. Diorang as first time nak buat kerja dapur ni, memerlukan banyak guidance. The most important is, “AJAR DIORANG BUAT KERJA TU, JANGAN SESEKALI MENGARAH & KOMPLEN”. Ajar elok-elok, bagi galakan yang sangat positif. Diorang akan sangat blurr nak kena buat apa, so ajar satu-satu, tunjuk demo sebelum biar diorang buat, hatta kerja paling senang pun. Contoh, nak goreng karipap, tunjuk demo, minyak dalam kuali paras mana and sentiasa monitor garing macam mana boleh angkat, nak toss minyak pun kena demo untuk first time. Even potong sayur pun, demo dulu. Kalau tetiba ada benda-benda yang salah , jangan marah, tetap puji dan bagi sokongan. Benda ni penting untuk supaya diorang lebih bersemangat nak tolong di masa hadapan. Sampai tahap buat air untuk tetamu, air gula banyak mana, cordial banyak mana, air letak paras mana pun kena demo. Ini serius.
3. Classify kerja yang sesuai dengan diorang
Contoh, adik bongsu perempuan aku, tahun lepas, hanya membasuh pinggan mangkuk periuk kuali semua. Aku memang minta dia focus membasuh je, at least 15% kepenatan aku di dapur dah di galas oleh adik aku, ok la kan? Kau jangan la expect tips ni untuk kau boleh goyang kaki, golek-golek dalam bilik, memang takkan boleh. Sekadar meringankan beban je. Bila adik perempuan aku dah terer basuh pinggan, tahun ni, aku bagi dia tugas memotong, menyediakan bahan mentah memasak & menggoreng benda yang simple-simple. Sebab yang adik-adik lelaki dah boleh minta tolong hal membasuh. See, maybe 30-40% kepenatan aku selama ni dapat berkongsi dengan adik-adik aku. Emosi aku makin gembira. Tapi jangan lupa, walaupun adik-adik aku dah membantu, mak aku tetap akan menyuruh aku, tapi aku akan membahagi kepada adik-adik aku, hahah. Pilih la kerja yang sesuai dengan kemampuan diorang, tolong angkat kain baju jemuran ke. Sidai memang tetap aku la sebab sidai pukul 7 pagi, kalau minta diorang, mau 2.30 petang baru sidai. Minta tolong tu biar sesuai and tak berat untuk diorang as beginner dalam menceburi hal kerja rumah & dapur ni.
4. Never expect anything
Kalau diorang dah buat kerja tu, jangan expect hasilnya sama macam kau dah buat benda tu selama 10 tahun. Pujian , sokongan dan galakan tetap perlu diberikan, ingat tu. Lagi satu, arahan kena clear. Contoh, ‘tolong basuh semua yang dalam sink tu.’ Nescaya, diorang akan basuh apa yang ada dalam sink tu SAHAJA. Yang berada di tepian sink, takkan sama sekali diorang basuh. Tapi, aku tetap perlu berterima kasih sambil cakap dalam hati, ’ok salah aku arahan tak lengkap.’ Jangan sesekali bagi arahan yang terlalu general, seperti,’Adik tolong kemaskan dapur ya.’ Dia takkan faham ‘kemas dapur’ tu apa. Dalam common sense dia memang tak pernah wujud kemas dapur tu adalah, basuh segala yang kotor, sapu lap lantai, lap dapur memasak, kutip segala periuk belanga dan lap dinding tempat masak. Arahan & demo kena jelas dan jangan expect hasil yang wow. Redha dan berterima kasihlah dengan apa yang mereka dah bantu.
Cukuplah 4 tips ni dulu. Yang penting emosi kena jaga, awal-awal nak ajar diorang ni, kita akan mudah melenting. Yelah, tetamu tengah tunggu, nak buat semua benda cepat, tapi diorang ni lambat la pulak. So pepandai la, kalau dah tau tetamu bakal ramai yang datang, ajak semua turun dapur awal-awal. Kalau diorang asyik tanya soalan-soalan yang sangat simple tu, jawab je la dengan penuh kasih saying, contohnya, “Angah, kenapa potong bawang mata jadi pedih?” “Angah, memang taugeh ni kena buang ke kepala dia?” “Kenapa mee kuning kena rendam & basuh dengan air panas?”. Ggggggrrrrrrr orang nak cepat biasa kat dapur zup zap zup zap semua siap, ni memacam pulak dah aaaiiiii. Banyakkan bersabar, enjoy je la moment bersama, insyaAllah akan datang, semua takkan kekok membantu, hehehe. Kalau korang perasan, aku takde cerita aku ajak kakak aku, sebab aku belum berjaya pun lagi, sebab dia kakak kan. Biar je lah. At least, setiap tahun ada perubahan pun cukuplah. It depends on korang punya hubungan kerapatan antara korang dan orang yang nak di ajak ke dapur tu. Usaha apa yang mampu ok, supaya kita gembira di hari raya. Adik-adik aku ok, nak kata cekap, memang tak lah, biar je diorang take time nak hadam semua benda. So, mari bersama-sama educate orang di sekitar kita dengan penuh kasih sayang, educate ya, bukan memberi arahan, ingat tuuuu. Ok, bye assalamualaikum, selamat hari raya, maaf zahir & batin.
– Angah, anak favourite disuruh mak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
The best confession ever. Lol.
Siti Amalina Cmh hehe.
Best tips tu..biasanya kalau masih rebung boleh dilentur lg yg dah jadi buluh tu yg susah..
by the way si kakak tu tak rasa left out ke bila semua org ke dapur dia tak join?
Kannn
Thumbs up kepada confessor. Inilah yang dinamakan mendidik diri dan keluarga sebelum mendidik masyarakat. Waaaaaaa. Hebat
Anda seorang yg bnyak berlapang dada, understanding, mampu urus emosi sendiri & org lain. Lihat laluan anda terang…
Sy pun anak kedua (angah) n sy pun anak fav utk ibu suruh hehehe probably sbb kita2 ni cpt pick up kot and strict and selalu kasi opinion n observant and lincah kot hahaha. Good job angah! We can do this!
Mak aku pun selalu suruh aku buat itu ini. Bila kata balik malam raya terus gelabah. Hahaha. Skrg keadaan x tip top pun still jugak nak suruh buat itu ini padahal yang lain ada je depan mata tapi aku okay je sbb time ni lah masa berbakti dengan mak. Peluang nak dapat pahala wooo
Zulaikha Zulkafli Madihah Zulkafli Muhd Daniel Zulkafli