Semenjak dua menjak ini, banyak confession fasal penyakit mental. Dan bila dibaca, salah satu punca dia ialah merasa keseorangan. (“I’m alone in this. I’m lonely”).
“Loneliness breeds d3pr3ssion”. Merasa keseorangan itu membawa kepada kemurungan.
Kadang-kadang kita hidup dalam sebuah rumah atau persekitaran yang ramai orang, bukan duduk seorang lah maksudnya. Tapi keadaan dan suasana dalam rumah yang negatif buat kita rasa sunyi dan keseorangan.
Tapi ada jugak orang walaupun duduk seorang diri tetapi tak merasa kesunyian. Jadi saya nak kongsi beberapa cara untuk elak diri kita rasa sunyi dan daripada jadi Mr. Lonely gitu.
1. Aturkan hidup seharian anda ikut norma seorang manusia.
Pagi buat aktiviti, malam untuk tidur. Kalau kerja shift pula, pastikan dapat rehat yang cukup. Sebab apa? Sebab tak cukup rehat tu, yang datang fikiran tak elok.
Apa-apa yang terjadi masa pagi hari, konflik dalaman ke gaduh dengan suami ke, sebaiknya selesaikan sebelum masa tidur. Kalau tak dapat, kena ajar diri untuk tidur juga.
2. Pilih aktiviti kendiri yang buat anda seronok dan fokus.
Contohnya; menjahit, memasak, melukis, baca novel, main game, buat puzzle. Aktiviti ni mestilah memerlukan fokus dan minat.
Sains disebalik aktiviti-aktiviti macam ini ialah dapat membuat anda berada ‘in the moment’ dan fikiran pula tak lari ke masalah yang dah jadi atau yang bakal jadi.
3. Hubungkan diri anda dengan dunia nyata.
Tak kisah sama ada dengan manusia, haiwan peliharaan atau suasana alam. Walau anda malas dan introvert tahap petala langit ketujuh pun, usahalah untuk setiap hari buat benda ini.
Contohnya; hubungi orang yang rapat dan ada ‘positive influence’ kepada anda, tak perlu lama, 5 minit pun dah cukup, mesej pun boleh.
Atau kalau tiada masa, pandanglah langit, awan biru sebab bila buat macam tu, kita sedar yang ‘we’re part of something bigger in this world’, jadi sense of belonging dan kebersamaan tu akan bertambah.
4. Tonton atau baca kisah-kisah lawak.
‘laughter is the best medicine’ gitu. Bila kita senyum dan gelak maka hormon gembira pun meningkat.
5. Lihat yang dibawah, bukan diatas.
Follow lah fb/insta NGO atau volunteers yang tolong orang-orang susah. Ini menambahkan syukur kita dan mengingatkan bahawa ramai yang lebih susah dari kita.
Bukan disregard masalah kita tapi memujuk hati untuk ikhlas dan bersyukur.
6. Sedekah.
Sedekah ni power. Serius. Kalau rasa sunyi, ada masalah semua. Sedekahlah. Tak banyak tak apa, Allah tengok keikhlasan.
Ok itu saja nak kongsi, moga bermanfaat. Tapi kalau dah tahap d3pr3ss tu (contoh taak berminat dah nak hidup, rasa murung berpanjangan) jumpalah pakar psikiatri.
Stigma sakit mental ni memang kuat tapi janganlah anda menyokong stigma tersebut dengan tak nak dapatkan rawatan.
Setiap penyakit ada rawatannya. Jangan double-standard dengan penyakit mental ok.
– Omega (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit