Cara Mengajar Anak

Assalamualaikum semua, nama aku BY, berumur 29 tahun, sudah berkahwin, dan sudah ada sepasang cahaya mata. Abang yang sulung berumur 5 tahun, yang adik perempuan berumur setahun lebih, akan menginjak dua tahun pada november 2019. Aku cuma nak kongsikan perasaan aku sebagai ibu di zaman ini. Sementara anak aku masih kecik, baiklah aku juga minta pendapat ramai orang tentang didikan yang baik-baik buat anak.

Sesungguhnya aku sangat miskin dengan ilmu parenting. Ya, memang zaman di hujung jari sekarang ni, semua kita boleh dapat melalui google, tapi masa menjadi batas tinggi buat aku lagi-lagi aku ibu bekerja. Dan jenis aku, aku lebih suka dengar pengalaman life dari someone, yang mana aku rasa lebih real. Tapi tak bermakna aku menolak pendapat yang lain. Biarlah ia dari sumber yang variasi.

Ia lebih berkisar tentang anak sulung aku yang berumur 5 tahun. Semalam aku pergi bertemu dengan cikgu anak aku di tadika(swasta). So, dalam pertemuan itu, cikgu banyak memberitahu yang mana masih banyak lagi perkara yang anak aku perlu perbaiki. Dia juga beritahu yang anak aku di sekolah sangat active dan kuat bermain. Kurang focus semasa membuat latihan. Tapi, cikgu juga masih sangat positive, dia bagitahu yang memang anak usia begini kuat bermain. Tapi aku sebagai ibu ni, sangat risau. Jika dia active begitu, bagaimana dia nak focus.

Walaupon aku sendiri memang nampak, setiap malam bila aku ajar dia belajar abc atau membaca, hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja. Then, selepas tu, anakku akan hilang focus. Aku faham yang itu adalah normal buat kanak2, cuma hati yang risau ni, macam sukar nak ditenangkan. Bagaimana masa akan datang, adakah akan berkekalan begitu, atau pon dia boleh berubah. Adakah aku yang perlu didik dia menjadi focus, atau perkara itu akan datang sendiri? Aku perlukan pendapat kalian.

Then, di tadika anak aku, mereka mengajar membaca menggunakan teknik pheonix, di mana lebih menekankan bunyi, contoh a ba ca da fa.. berbanding dengan zaman dahulu, kita belajar dengan teknik lain contohnya b+a=ba. Di sini juga aku perlukan perkongsian kalian juga sebagai parents, teknik mana yang lebih baik. Merujuk pada pengetua tadika anak aku, teknik pheonix lebih baik, tapi jiran aku juga ada berkongsi di mana, anaknya yang dari sekolah tadika swasta yang belajar teknik pheonix ini, apabila masuk ke sekolah kebangsaan biasa, cikgu akan menggunakan teknik tradisional b+a=ba. So, adakah aku perlu mengajar kedua2 teknik ini supaya anak kita lebih bersedia. Tapi aku takut pula nanti anak aku keliru. Mungkin kalian yang lebih berpengalaman boleh kongsikan pendapat kalian tentang perkara ini.

Aku ada baca yang cara didikan anak lelaki dan perempuan tidak sama. Anak lelaki memang kuat bermain. Manakala anak perempuan lebih senang dibentuk. Betulkah? Aku cuma melihat beza dari kedua-dua anak aku, anak perempuan aku juga lasak, jauh lebih active dari abangnya. Tapi anak perempuan ku lebih mudah menerima arahan, aku nampak dia lebih bijak menangkap apa yang aku cuba sampaikan. Memang begitukah anak perempuan? Ada yang boleh kongsikan progress anak lelaki dan anak perempuan kalian. Aku perlukannya kerana aku sering tertanya-tanya dalam hati.

Anak lelaki aku juga kurang sifat berani, dia takut gelap, dia takut serangga, dia takut jika ditinggalkan seorang diri. Adakah kerana aku salah mendidiknya? Adakah kerana semasa dia kecil, aku sangat over-protective sehingga menjadikan dia sebegitu? Adakah masih sempat aku menjadikan dia seorang yang lebih berani? Kalian jangan salah faham ya, aku bukan hendakkan anak aku jadi seorang yang sangat sempurna di umur semuda ini,cumanya aku inginkan guide, supaya sepanjang pembesaran dia, aku akan aware mana yang perlu dan tidak, mana yang bagus dan tidak. Itu sahaja.

Sebab bagiku, sebagai abang, apabila sampai satu tempoh, dia perlu menjadi ketua, menjadi pelindung, oleh itu aku tidak mahu, masa dia sudah sampai, dan dia masih dimanjakan. Aku sebagai ibu, dan suamiku, selalu menunjukkan contoh yang baik buat anakku, tidak dinafikan, jika orang melihat anakku, mereka akan berkata anakku anak yang bijak dan nampak matang, kerana dari segi pembawakan diri dia, dia nampak matang, dan pandai bercakap. Tapi manjanya hanya kami ibu ayahnya yang tahu. Hehehe.

Anak lelaki ku juga sukar mendengar arahan, dia perlukan kita mengulang banyak kali sebelum dia menerima arahan itu, sampaikan kadang2 aku hilang sabar, dan meninggi suara. Arahannya contoh jangan melompat-lompat, jangan bising. Tapi jika aku mintak tolong ambilkan benda, okay sahaja, dia boleh terus terima dan buat. Adakah ini patut berlaku? Adakah ini cara yang betul? Dengan meninggi suara itu mampu mengubah dia? Hati aku berkata tidak. Tapi bagaimana cara yang betul? If you dont mind, please share with me. Aku ada terbaca juga, kanak2 ni kita kene beritahu sehingga 200kali, baru kita boleh marahkan dia jika dia masih belum dengar. Hahahaa. Bersabarkah kita sebagai parents?

Aku menulis perkara-perkara di atas adalah kerana aku inginkan perkongsian dari semua, jika kalian ada pengalaman dan ilmu yang boleh dikongsikan bersama. Maaf jika bosan dengan confession ini! Thanks in advance. Assalamualaikum semua. :)

– BY

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *