Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Pentadbir (Admin) dan pembaca IIUM Confession. Pertama sekali saya nak ucapkan ratusan terima kasih kepada Admin jika luahan saya disiarkan.
Sebagai pengenalan, saya Tembikai Madu dan berusia pertengahan 20-an.
Mengenai latar belakang, sejak kecil hingga menjangkau usia 22 tahun saya mempunyai perwatakan yang panas baran. Personaliti ini diwarisi akibat kepincangan keluarga yang saya hadapi hingga kini.
Hanya pada usia 24 tahun, dengan izin Allah Yang Maha Halus, saya berjaya lunturkan sikap panas baran dari jasad ini.
Ada beberapa langkah yang saya amalkan :
1) Lafazkan Surah al-Waqi’ah dan Surah al-Mulk.
– Fahami terjemahan : Sebelum atau selepas baca surah.
– Ashabul Yamin = Golongan Kanan (Suratil Waqi’ah).
– “Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang paling baik amalnya” (Ayat 2 Suratil Mulk).
2) Bersedekah kepada 360 sendi tubuh badan.
– Solat Dhuha dua rakaat ibarat melaksanakan sedekah terhadap keseluruhan sendi tubuh badan kita : Dalam Hadis Riwayat Muslim (no. 720).
3) Sujud pada waktunya.
– Solat pada awal waktu = Dapat pulihkan tenaga dan cas-cas positif.
– Saraf dalam otak akan menerima banyak aliran darah yang mengandungi oksigen semasa sujud -> Degupan jantung akan lebih teratur -> Hati dan akal akan lebih tenang.
– Lebih banyak kita bersujud (tepat waktu) = Lebih mudah kita nak kawal marah.
Semakin dekat kita pada Allah, semakin lapang urusan kita untuk perbaiki diri sendiri.
Setakat ini sahaja saya dapat kongsikan. Jika saya ada kesilapan, pembaca boleh tinggalkan teguran dalam ruangan komen.
Jazakumullahu khairal ahsanal jaza’.
– Tembikai Madu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jazaka/killah khayr jaza’. Moga penulis dapat pahala yang berpanjangan atas perkongsian