Asalamualaikum.. hi semua..

Aku ada baru lepas tengok status seseorang yang letak gambar meter minyak dia penuh sebab suami dia isikan minyak..

Aku cemburu.. sebab kalau aku, selalu aku je yang kena isi sendiri, guna duit sendiri.

Dua tiga hari lepas, kawan aku cuti, ikut suami dia kursus dekat KLCC, duduk lah dia kat hotel mewah sambil pergi shopping2, makan2 dengan anak2 dia, aku cemburu…

Sebab aku tak pernah berpeluang rasa ikut suami kursus, kalau pergi hotel pun mesti aku yang bayar kongsi2 dengan suami.

Aku cemburu tengok isteri2 surirumah yang tak perlu nak keluar bekerja, tapi segalanya dah di sediakan suami, sebab aku perlu keluar bekerja, sebab aku perlu bayar 50% rumah, 50% kereta, 50% bil eletrik, 50% belanja sek anak.

Aku cemburu dengan orang yang ada suami kaya, sebab suami aku tak kaya.

Aku cemburu bila suami kawan2 aku bagi suprise birthday suprise aniversry yang hantar kat tempat kerja, sedangkan aku tak pernah dapat suprise2 tu. aku pun nak jugak. Tapi aku diam je.. aku tak lah tunjuk yang aku cemburu.

Aku bersyukur, Allah bagi aku suami, kerja, rumah, kereta, anak2, kawan2. Cuma aku cemburu. Tapi aku tak pernah bagitahu sesiapa tentang rasa cemburu aku tu. Aku pendam je.

Aku cuma doa pada Allah, murahkan rezeki suami aku, agar aku dapat rasa macam isteri2 lain yang bertuah dapat suami kaya. Nak jugak rasa suami kaya.

Suami aku tak kaya, birthday aku tahun ni dia bawak aku pergi kedai emas, suruh aku pilih cincin. Aku pilih yang tak sampai seribu tapi hampir2 seribu, tapi seronok nya sehari je..

Sebulan tu aku terpaksa keluarkan duit aku untuk beli lauk basah sebab suami aku cakap duit dia habis belikan aku hadiah. Sadis kan.

Lepastu semalam birthday dia, dua hari sebelum birthday dia, motor dia rosak, dia bagitahu aku, birthday dia tak nak hadiah, tapi nak duit. Lepas tu dia buat2 tanya, nanti awak nak bagi duit sama nilai ke dengan cincin haritu.

Aku malas laa nak gaduh, aku cakap suprise, aku memang niat nak bagi 1k untuk dia, tapi bila dia mintak macam tu, aku jadi.

Geram, aku bagi 500 ja. Dia punya seronok sampai peluk2 aku, ucap terima kasih sangat2 sebab aku bagi duit tu. Sedih la pulak bila ingat balik, emmm…

Ya Allah.. kaya kan lah suamiku.. jadikan aku isteri yang tahu bersyukur dan tidak cemburu melihat kehidupan orang lain.

Terima kasih korang sebab sudi baca luahan aku.

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Puan pasti ke seseorang yang up gambar meter tu sememangnya suami dia yang isi penuh? Begitu jugak yg suami dia buat surprise birthday tu? Kadang-kadang puan, kita ni letak benda yang menarik2 sahaja dalam media social. Perkara yang sebaliknya kita simpan rapi dalam kelambu sahaja.

    Jadi, berlapanglah dada, dan jangan compare diri dengan orang yang lebih, tapi banding la diri dengan orang yang lagi serba kekurang. Tanpa sedar, perasaan cemburu tu nanti tak akan ada sekelumit pun dalam diri puan. Saya doakan puan sekeluarga dilimpahi rezeki yang berganda-ganda banyaknya. Amin.

  2. Sebab tu aku tak suka orang yang suka tunjik2 di media sosial. Rezeki setiap orang tu tak sama.. Bila kita share kat media sosial, ianya akan menjadikan orang lain cemburu.
    Benda buruk biasanya orang tak share, sebab tu kita tak nampak kekurangan orang laim dan kelebihan kita. Stop trngak media sosial, then kau akan kurang rasa kekurangan pada kau. Banyakkan bersyukur.
    Start rasa bersyukur, kau akan lebih bahagia.

  3. Kau ingat kau sorang aje yg tak dapat superise drp suami. Bersepah lagi manusia yg tak dapat kau tahu. Dalam hidup ni jangan suka bandingkan suami orang lain dgn suami kau. Allah nak uji kau , nak tengok kau redo tak…. cau dulu

  4. Awak..rezeki Masing-masing lain-lain..Allah kata, kalau kita bersyukur atas satu rezeki, Allah akan tambah lagi..cuba awak try buat, Alhamdulillah setulus hati kerana dapat suami yang macam sekarang..
    Awak tengok orang lain nampak lebih kan? Awak tak tahu apa kurangnya mereka, yang mereka takkan post dalam media sosial.
    Ada kan awak, suami isteri dok flat aje awal-awal kahwin, susah senang mereka bersama, naik motor pegi kerja, duit saling topup. Alhamdulillah rezeki mereka bertambah, dapat jadi orang kaya. Tapi, apa jadi? Suami dah rasa berduit, dia mula pandai curang. Na’uzubillah..
    Awak, cemburu tak berdosa wak,.kita manusia. Tapi yang berdosa ialah cemburu yang buat kita pi sailang orang.
    Awak rasa cemburu, awak ucap Alhamdulillah banyak-banyak. Bersyukur seadanya apa yang kita dapat, sebab tiap sesuatu adalah ujian dalam masa yang sama. Allah bagi lebih kat sini, akan kurang kat sana. Semuaa manusia dan keluarga sama ujiannya, tak lebih tak kurang Allah bagi adil. Yang penting, awak jangan ingat apa yang orang tunjuk iti menggambarkan yang sebenarnya. Adakala ditunjuk untuk mengaburi manusia, menutup apa yang kurang. Kurangkan tengok media sosial, dalam tu banyak mepengaruhi emosi kita yang seorang isteri dan ibu. Kalau boleh stop pun tak apa. Jangan tunjuk bahagia dalam media sosial, ‘ain’ tu ada. Cemburu orang pun boleh jadi ‘ain kepada yang sedang bahagia.

  5. Assalamualaikum adik yg sdg cemburu…pertamanya syukuri nikmat kurniaan Allah (ada org blm bersuami dikkk) . SETERUSNYA ketahuilah yg hidup kita di dunia tak ada yg ideal/sempurna (dgr ceramah ustzh halimah al idrus).Lihat org yg lbh susah ujiannya.SETERUSNYA lagi…jgn membandingkan hidup kita dgn org lain, nikmat dan ujian kita berbeza…apa yg adik sdg cemburu buat dgn membanyakkan doa utk en.suami tu sgt betul, sampai masanya nnti Allah akn beri nikmat kurniaan yg tak terhingga…akk pernah rasa apa yg adik rasa…lalui shj…yg penting suami menjadi hamba Allah yg taat…dunia hy sementara, kenikmatan yg sebenar adalah di ‘sana’ nnti…terus bersabar, jgn tinggal solat…

  6. x gemar langsung I kalau hidup asek nk 50-50. kalau laki I la mintak smue benda nk 50-50. awal2 I da kahakkan muka dia. huhu tp sorry laki I kaya and hensem. jangan caras yer..

  7. Salam puan. Cuba ubah doa.

    Daripada puan minta suami kaya, cuba doa agar Allah lembutkan hati suami untuk penuhi hak puan sebagai isteri dengan menanggung keseluruhan nafkah. Slow but sure. No more 50-50. Ni bukan housemate nak tong-tong bayar. Kalau perangai suami puan masih sama, masih nak 50-50, dia jadi sekaya qarun pun tetap dia akan kedekut dengan puan.

    Maaf cakap, bila suami gagal tunai nafkah dan isteri pula tak bersyukur (bila nafkah dah settle), ujian hidup memang banyak kerana hilangnya keberkatan rezeki.

    Rezeki bukan saja tentang harta tapi ketenangan jiwa dan keharmonian rumah tangga juga adalah rezeki. Isteri tolong alhamdulillah tapi janganlah suami ambil kesempatan atas kebaikan isteri sampai 50% kena tanggung. Allahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *