Cara Ubah Ibu Mentua

Salam. Korang nak tahu cara ubah mertua korang?

Tetttt… Tak ada.

Yang boleh ubah, adalah diri kita sendiri sebab kita lah pelapis mertua-mertua akan datang, makanya kita jangan ikut perangai mertua yang selalu menyakitkan hati menantu.

Jom aku bagi tips berdasarkan pemerhatian aku.

1. Jaga hubungan dengan pasangan dari awal.

Sepatutnya lepas anak-anak dah besar, dah kahwin, inilah masanya untuk kita bersuka ria dengan pasangan kita.

Boleh pergi berjimba, pergi surau dengar ceramah sama-sama, pergi bercuti dan macam-macam benda lagi lah boleh buat berdua sebab tak ada anak-anak kacau dah. 

Yang jadi masalah bila dengan pasangan bercakap pun tak nak, ada macam tak ada. Hidup rasa sunyi.

Maka jadi lah berebut perhatian anak dengan menantu tu, anak pergi honeymoon pun nak ikut. 

Anak pergi shopping dengan isteri/ suami, merajuk sebab tak bawa dia sekali.

Menantu masak untuk anak pun dikomen macam-macam, masakan dia je lah yang terbaik. Ni semua punca.

2. Tak ada hobi sendiri.

Ni pun sama. Dah tak ada hobi, tak ada benda nak buat kat rumah tu, mula lah nak kacau anak menantu.

Orang banyak masa kan, banyak la benda dalam kepala dia nak fikir.

Cuba kalau sibuk kan diri dengan beriadah ke, berkebun ke, mengaji ke, gubah bunga ke, mesti tak ada masa nak kacau orang. 

Cuba la cari hobi dari sekarang. Sibuk kan diri sendiri dengan aktiviti kalau anak-anak dah besar.

Kalau tak ada pasangan, cari kawan. Tak semestinya kena kahwin baru. Tapi kalau nak kahwin baru, kahwin lain pun apa salah ya. Janji ada hobi/benda nak dibuat. Ehek.

3. Jaga kesihatan dari muda.

Ya kawan-kawan. Yang mana gemuk, cuba la kurus kan diri sebelum ada menantu ni.

Yang mana belum ada penyakit tu, rajin-rajin buat medical check up dan bersenam selalu, jaga makan. Supaya kurang risiko nak susahkan anak menantu bila dah tua nanti. 

Anak-anak baru nak mula hidup sendiri, jangan la kita bebankan mereka.

Benda kalau boleh elak dari awal, kita cuba elak kan. Tapi kalau tak boleh juga, benda nak jadi, tak apa lah. Moga Allah mudah kan.

4. Dah tua-tua nanti, kejar lah akhirat.

Jangan lah dilayan drama atau buat drama bila masa kat dunia ni dah tak lama..

Dulu waktu muda sibuk kerja, sibuk dengan anak, sekarang dah tua kejar lah akhirat selagi boleh.. Banyak kan ibadah.. 

Sekarang pun dah banyak tempat pondok untuk belajar agama yang fancy, tak macam pondok daif macam dulu-dulu tu.. Boleh lah mula survey dan kumpul duit dari sekarang.

Itu saja lah dari aku. Semoga semua yang membaca, akan jadi ibu bapa mertua yang baik untuk anak-anak.. 

Dan semoga anak-anak kita juga direzekikan dapat keluarga mertua yang baik dan sayang macam anak sendiri.. Aamiin.

– Bakal MIL (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *