Assalamualaikum semua. Aku Kinah. Seorang ibu dan isteri. Suami aku taklah kaya, bukan eksekutif kolar putih. Kami dalam golongan B40. Aku surirumah sepenuh masa, mengasuh 3 anak yang berumur kurang 5 tahun.
Tujuan aku confess ni bukan nak cerita perihal rumahtangga aku atau masalah dalam kain aku, tapi aku terpanggil nak ajak kita semua berfikir sejenak, dalam situasi pandemik yang mana ramai diantara kita sedang mengalami krisis ekonomi dalam keluarga.
Pertamanya, aku mohon maaf jika ada kata2 dan pendapat aku yang mungkin kurang disenangi kalian nanti. Cuma aku mohon, ambiklah yang baik sebagai panduan dan yang buruk sebagai sempadan.
Aku selalu follow page2 sukarelawan dan NGO yang kerap menghulurkan bantuan kepada keluarga keluarga yang susah. Dalam keadaan sekarang, pasca PKP Ni, aku perhatian makin ramai penerima dan peminta bantuan dari golongan NGO ini.
Aku faham dengan situasi sekarang. Ramai yang dibuang kerja, ramai yang hidup kais pagi, makan pagi. Tak salah untuk meminta bantuan jika keadaan terlalu mendesak.
Cuma, Ada beberapa teguran yang aku rasa perlu disuarakan agar golongan B40 ini tak terus hanyut dengan ‘bantuan’ dan boleh ubah gaya hidup yang lebih baik.
Ramai orang selalu tegur, keluarga susah tapi anak ramai. Kenapa tak merancang? Aku sendiri dalam golongan B40 dan beranak ramai dan rapat (walaupun baru 3 tapi jarak tu terlalu rapat).
Aku sendiri pada mulanya agak terasa dengan pernyataan ini. Tapi lepas difikir2 balik, ada betulnya. Banyak betulnya. Perancang kehamilan di klinik kerajaan free je tau.
Kecuali kalau awak nak pakai implan, yang tu kena bayar lah. Kenapa tak merancang? Dah tau anak yang ada pun tak cukup makan pakai, nak jugak tambah anak lagi. Ambiklah protection. Untuk masa depan keluarga kita jugak.
Dah begitu, bila ada baby baru, tak mampu nak bagi susu formula. Disuapkan budak tu dengan air sirap, bancuhan susu pekat, air teh o. Ya Allah, mengucap panjang aku.
Ibu ibu sekalian, dekat KK tu kan, nurse dan doktor sedia membantu kalau awak2 nak belajar pasal penyusuan susu ibu.
Kenapa tak bertanya? Bila orang ajar, bila nurse suruh bagi susu ibu, macam2 alasan awak. Susu takdelah, sakit lah.
Semua tu boleh diatasi kalau awak carik ilmu yang betul. Daripada awak sumbat air sirap kat anak awak tu,baiklah awak bagi susu ibu yang sah2 berkhasiat.
Tak payah pening, takde duit nak beli susu anak. Susu ibu tu free je. Jumpa pakar laktasi di KK. InshaaAllah diorang boleh membantu. Cuba dulu. Jangan cepat sangat give up.
Join support group dalam FB ni. Dapatkan bantuan. Allah akan bukak jalan kalau kita betul2 usaha. Ini saranan saya pada mereka yang tak mampu ye.
Yang mana mampu nak beli S26, dipersilakan beli dan bagi susu formula pada anak2 awak. Tak salah. Cuma bila kita tak mampu, kita kena usaha keras sikit cari alternative lain yang lebih murah dan pada masa yang sama masih berkhasiat.
Maaf cakap ye, tahukah kalian peratusan penyusuan susu ibu merudum sejak tahun 90an disebabkan kelahiran susu2 formula yang didakwa lebih bagus dan berkhasiat untuk bayi dan kanak2.
Ada kajian mengenai perkara ini, kalau rajin boleh cari. Jadi, dah jadi satu normalisasi dan tetapan minda dalam kalangan masyarakat kita bahawa susu formula itu WAJIB bagi bayi dan kanak2.
Sedangkan hakikatnya bukan begitu. Itu semua marketing strategy syarikat pengeluaran susu. Kena faham benda ni dan cari ilmu yang betul.
Cukup pasal susu, nak tegur bab makanan pulak. Ramai keluarga yang ada masalah kewangan, punya isu ‘takde makanan’. Ok, saya faham benda ni.
Kadang kalau memang betul2 takde duit, nak beli beras pun tak mampu. Ok takpe. Tapi bila dah dapat bantuan dari NGO, utamakan lah beli real food berbanding kopi, susu pekat, biskut.
Kos makanan itu lebih mahal dan tak menyumbangkan apa2 nutrisi pada awak. Baik awak beli tepung dan telur, buat lempeng tanpa minyak dari beli biskut.
Bila kita susah, tak semestinya kita kena jadi kurang bijak. Cariklah ilmu tentang makanan yang sihat, bernutrisi dan mengenyangkan untuk keluarga kita. Jangan bagi alasan, kita tak sekolah tinggi. Main FB pandai kan? Dalam FB ni bersepah info pasal pemakanan.
Mau dengan tidak je awak carik. Dulu, nenek saya susah jugak. Anak kecik2. Tapi dia tanam pokok ubi. Ubi tu direbus bagi makan kat anak2, pucuk ubi dibuat sayur.
Makanan berkhasiat bukan makanan mahal. Kena faham tu. Labu tu kan murah, dibeli buat cekodok, buat keria, buat gulai bagi anak2 makan.
Faham, zaman sekarang ramai yang duduk rumah flat. Takde tempat nak bercucuk tanam untuk mengurangkan kos makanan. Takpe, beli sayur2 di pasar borong.
Beli banyak, pelbagaikan masakan. Simpan dengan betul, InshaaAllah tahan lama. Banyak tips dan tricks yang boleh dipelajari zaman sekarang ni.
Sekali lagi, mau atau tidak je pokok pangkalnya. Kesian, anak2 kecik dibagi makanan tak bernutrisi. Bukan sebab tak mampu tapi tak tahu dan taknak ambik tahu.
Saya ada tengok Bersamamu tak lama dulu, 1 episod ni, akak tu susah. Biasanya orang susah bagi anak makan telur dengan kicap sahaja.
Tapi akak ni bijak, dia tumiskan ayam dengan bayam bagi anak2 dia makan. Katanya, anak2 dia memang dipaksa makan sayur. Setiap hidangan mesti dia akan pastikan ada sayur.
Nampak? Susah tak bermakna kena jadi tak berilmu. Ada option lain untuk bagi anak2 makanan berkhasiat, kenapa pilih untuk beli makanan yang tidak berkhasiat dengan kos yang lebih mahal?
Kita yang tua ni pun, kena jaga kesihatan. Seeloknya tak payahlah minum kopi, teh, minuman bersusu pekat, berperisa tu terlalu banyak sangat.
Banyakkan minum air masak. Risiko kencing manis, darah tinggi mencanak canak kalau diamalkan minuman seperti itu secara harian.
Anak2 kecik, jangan dibiasakan dengan jajan. Kita dalam keadaan tak mampu, seeloknya ajarlah anakw untuk makan makanan berat seperti nasi dan lauk.
Sebab? Lebih mengenyangkan dan berkhasiat. Memang ada harga jajan yang hanya RM0.30 sepaket, tapi tuan puan, berbaloikah belanja nilai itu untuk memberi makanan tak bernutrisi untuk anak2 kita? Ramai anak2 kecik yang saya tengok ada masalah gigi. Kesian.
Puncanya? Pemakanan dan sikap ibubapa yang tak tahu nak jaga kebersihan gigi anak. Oh dan ya, botol susu yang duklah bergayut 24 jam kat mulut anak tu. Itu punca gigi rosak ye makpak sekalian.
Ibubapa sekalian, lagi sekali saya nak bagitau, bawaklah anak2 kalian dapatkan rawatan pergigian di KK setiap 6 bulan. Free je tuan puan, kalau dia ada buku pink/biru tu.
Paling mahal pun, bayar RM1 untuk klinik gigi biasa dan RM5 untuk klinik gigi pakar. Cegahlah, peliharalah gigi anak2 tuan puan sebelum ianya melarat dan merosakkan gigi mereka. Kan kata orang mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Nampaknya dah terlalu panjang penulisan saya ni. Harapnya adalah input berguna yang kalian dapat. Yang buruk semua datang dari saya, yang baik dari Allah.
Maafkan saya andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara. Niat saya hanya nak kita sama2 ubah cara pemikiran dan gaya hidup. Maaf lagi sekali andai ada yang terguris.
Akhir kata dari saya, walaupun kita orang susah, tapi jadiklah orang susah yang berilmu. Janganlah dibiarkan kita terus hanyut dengan sikap ignorant dan malas.
Bangun. Ubah pemikiran. Ubah gaya hidup. Jangan banyak bagi alasan. InshaaAllah kita mampu ubah Masa depan keluarga Kita.
– Kinah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit