Caring atau Kongkong?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca. Terima kasih kepada admin jika tulisan saya dipublishkan.

Seperti tajuk yang tertera, itulah yang sentiasa bermain difikiran saya. Baru baru ini kita dipaparkan berita “sensasi” bahawa seorang selebriti risau akan tunangnya yang hanya “hilang” selama 30 minit.

Saya rasa ramai yang pernah alami situasi yang sama dan termasuklah saya tetapi tidaklah menjadi tajuk sensasi utama akhbar kerna kita hanyalah rakyat marhaen.

Saya gadis berusia pertengahan 20-an, masih mengganggur akibat daripada PKP yang laksanakan oleh kerajaan.

Saya mempunyai seorang kekasih sebaya saya. Kami berkenalan di media sosial dan telah menjalanikan hubungan hampir 2 tahun.

Hubungan kami adakalanya bahagia bagai diawangan dan ada juga jatuhnya bagai perang dunia.

Untuk pengetahuan pembaca, sifat kekasih saya sama seakan selebriti berkenan. Tidak boleh saya hilang sekejap walaupun hanya meluangkan masa dengan keluar diri rumah.

Setiap apa yang saya lakukan semuanya perlu diberitahu, jika tidak perang dunia akan meletus.

Adakala saya menjadi rimas dengan sikapnya, tapi bila difikirkan sebab sayang. Sayang menjadi akur dengan sifatnya.

Saya menjadi tertanya, adakah itu sifat lelaki apabila menjadi terlalu sayang ataupun hanya kerana sifat overthiking dan insecurity dalam diri terlalu tinggi ?

Saya juga tidak dibenarkan berkawan dengan mana mana lelaki, walaupun sekadar coursemate. Saya diminta keluar daripada group whatsapp walaupun semua itu adalah kawan kawan saya masa uniersiti.

Apabila keluar ke kedai atau tempat kerja. Apabila ada lelaki disekeliling pastinya dia akan risau dan banyak bertanya soalan yang tidak masuk akal.

Saya juga tidak dibenarkan bekerja office hours dan syarikat yang mempunyai ramai pekerja lelaki.

Saya juga tidak dibenarkan keluar bercuti bersama rakan rakan perempuan saya kerana bagi dia, hidup saya hanya untuk dia. Dia akan menjadi cemburu apabila saya meluangkan masa dengan rakan rakan ataupun keluarga.

Saya pernah bercuti dengan keluarga saya dan adakalanya saya tidak sempat untuk melihat telefon dan memberitahu aktiviti saya. Saya dimarahi teruk kerana baginya saya telah mengabaikan dia.

Adalakanya saya rasa diri saya seorang yang bodoh kerana membiarkan orang lain mengawal diri saya. Saya pernah menyuarakan hal ini kepadanya. Saya pernah bertanya kenapa dia tidak mempercayai saya.

Alasannya kerana dia pernah terbaca chat saya dengan lelaki lain masa saya mula kenal dia dulu (kami belum menjadi kekasih ya waktu ini).

Lelaki lain tu hanya kawan Universiti dan dianggap sebagai kawan. Dia mengatakan itu punca dia menjadi insecure akibat daripada perbuatan saya yang dia anggap saya curang padanya.

Selepas daripada kejadian itu saya tidak lagi berbalas chat dengan lelaki lain tanpa sebarang urusan dan tidak melayan mana mana lelaki lagi. Akan tetapi dia masih tidak mempercayai saya sehingga kini.

Saya juga tidak dibenarkan follow kawan kawan lelaki saya di media sosial. Apabila melihat gambar atau story mana mana lelaki, saya dikatakan perempuan gedik.

Saya menjadi keliru. Saya sayang akan dirinya kerana telah banyak berkorban dan menjaga saya. Akan tetapi adakalanya saya menjadi rimas dengan sifat “terlalu caring” nya itu.

Itu sahaja sedikit sebanyak yang saya mampu kongsikan. Terlalu banyak untuk diceritakan tapi cukuplah sekadar disini sahaja.

Saya mohon pendapat para pembaca diluar sana terutamanya kaum adam tentang isu ini.

Adakah ianya wajar untuk menjadi over protective pada insan yang anda sayang ataupun ianya adalah sifat pentingkan diri sendiri dan hanya menggunakan kuasa veto lelaki boleh mengawal segalanya.

– The Gadis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit