Assalamualaikum. Saja nak meluah dekat sini, untung dapat nasihat berguna satu dua. 

Nama aku Moon, umur awal 30an. Suri rumah sepenuh masa anak 3 orang semua 4 tahun ke bawah, tengah pregnant lagi 2 orang. 

Confession kali ni pasal celaru, cerita begini MIL (mak mertua) kena strok banyak kali sampai kali ni kena bedridden, makan minum tak boleh, guna tiub susu je senang cerita kena ada orang jaga uruskan 100%.

Suami ada 4 beradik, dalam 4 orang ni dia yang kerja sendiri, sorang kerja gomen, 2 orang lagi ada bisness sendiri. Kita orang duduk KL, famili lain dengan mil dekat pantai timur. 

Last kena serangan strok hujung bulan 12 tahun lepas, keluar je hospital suami balik kg, mil ni duduk dengan kak ipar yang kerja gomen. Jadi sebab dia kerja waktu pejabat, suami ambik alih jaga mil kat kg, yang beradik lagi 2 orang tu janji nak bergilir.

Dekat 2 bulan suami duduk kg sebab suami masa flexible kan kerja sendiri, aku stay KL dengan anak. Masuk bulan kedua tu suami soh mai senang katanya duduk sekali tak pisah2. Aku ok jelah cuba faham kan mil sakit apa semua.

Dekat sebulan duduk umah kak ipar nak puasa balik KL. Katanya takpe nanti beradik yang lain bergilir ambil mak pula jaga, sudahnya nan hado. Tengah puasa kak ipar minta datang balik takde yang nak tengok mak katanya. 

Nak tak nak raya baru suami dapat balik kg semula. Kitaorang pon ada keperluan nak kena settle, belanja lagi. Kak ipar ni anak 7 yang duduk kat rumah 3 orang umur 20-11 tahun. Yang lain balik sekejap pergi balik asrama/hostel. 

Aku dengan anak 3 pon ikut jela duduk dengan anak 3 satu bilik, dari raya puasa sampai nak ke raya haji duduk rumah ipar, ada anak 2 dia 3 orang, dengan suami dia.

Faham la suami nak khidmat mak dia, isu dia, suami ni tak tahu pulak bila dia nak balik rumah sendiri dekat KL. Aku minta balik sekejap dia tak kasi. Nak balik dulu pon dia tak kasi.

Duduk rumah orang ni walaupun ipar bila berbulan lama2 adalah masalah nye, anak pula tengah umur membuas 4 tahun, 3 tahun, 1 tahun.

Dengan anak ipar kat sini depan ok, belakang bila main sama2 dia pijak nye tangan lah, tolak sampai berdegung kepala kat lantai, anak aku yang bongsu tu umur 1 tahun sepupu dia umur 10 tahun boleh duduk atas belakang. 

Problem sini tak boleh tegur, anak diorang baik belaka, lama2 anak aku menangis pon jadi isu, bising. Sikit2 menangis. Kakak yang umur 20 tu pon bila budak2 ni main, kasar sikit rebut mainan ke dia marah “Hei kenapa buat kakak H (adik dia umur 10 tu) macam tu”

Bila adik dia lepuk anak aku buat tak nampak je. Aku dulu malas ambil port anggap budak2, tapi lama2 kemain pula over perangai nya jadi annoyed. Mil pon bukan boleh dengar aku tegur anak ipar, marah la semua kesayangan dia.

Budak3 ni tak boleh usik itu ini salah, main sama2 kalau kena cepuk kema wat senyap je.

Makanan ke air beli untuk anak aku anak ipar yang umur 10 ni ambik makan sampai habis tapi bila dia mak ayah belikan air ke makan bukan takat tak nak kongsi siap makan tunjuk depan muka budak3 ni. Siap cakap tak boleh minta sikit.

Aku bukan nak berkira budak2 tapi sakit hati. Dia buat sepah salahkan budak3 ni, pi punah pokok bunga mak dia salahkan budak3 ni. Conteng sofa budak3 ni juga salah. Depan mata aku masalahnye, mak dia percaya dia tak check dah.

Bukan nak lebihkan anak aku kalau buat salah aku marah juga, tapi masalah benda depan mata nampak siapa buat. Dengan tak boleh tegur nye, pi mengadu kat mak dia cakap benda lain. Mak nye tarik muka lepas tu. Jadi tak best nak duduk sini. 

Ramai cakap dengan aku bawak jela mak tu balik KL, masalahnye rumah tingkat 3. Tu takpe boleh ejas, adik beradik suami pula tak kasi bawa balik. Apa2 susah jauh katanya. 

Aku pula tengah pregnant twin udah trimester 2. Malam2 tak cukup tido siang tak dapat rehat.

Minta nak balik kejap rumah bawa balik anak 3, kat rumah takde nak marah diorang makan bersepah, sepah pon aku ngemas bukan biar, takde nak mai ketuk kepala tiba2, tak kacau barang orang semua. Aku boleh rehat sekejap.

Laki aku pula bila tanya nak bincang, tak tau bila nak balik. Tunggu beradik dia lagi sorang janji nak ambil lepas raya haritu bila2 kitaorang nak balik KL. Tiap kali tanya ada alasan. Tak dapat sebab ni sebab tu. Tunggulah dulu. 

Celaru aku nak kena duduk dekat rumah ipar beramai ramai, dengan anak tengah aktif, cuba habis dah control. Takkan nak ikat macam anak kucing duduk dalam sangkar.

Aku minta cari rumah lain sewa sekejap kat kg kalau nak duduk lama lagi, senyap juga. Nak bincang hal ni baru intro sudah di katanya aku ni ikut keras kepala nak balik, tak memahami.

Baru ni je aku berbunyi nak bawa anak 3 balik kejap sebelum ni senyap je sebab cuba memahami. Sudahnya aku yang celaru. 

Aku pon ada mak tengah tak sihat kat KL, adik tolong tengok kan. Ingat lepas raya nak balik tu nak tengok mak pula. Harapan jela, semua tanya pasal mak, mak moon sihat ke, tak gi tengok ke.

Bila aku cakap tak sihat, ingat lepas balik raya ni nak gi tengok. Senyap je. Ntahlah kadang rasa macam tak penting suara aku ni, kena ikut je. Takda kata dua. Tak boleh bawa bincang. 

Yang ipar sini senang ada orang ambil alih dah jaga mil, ikut dia nak soh sampai hujung tahun ni duduk sini bersalin pon sini semua. Yang beradik lain pon senang laki aku ada dah, jenguk pon tak sejak raya. Yang laki aku fikir ye senang anak 3 depan mata tak jauh.

Aku takde orang tanya ok ke? Macam mana? Sihat ke idok. Tau sampai masa tolong take turn khidmat mil, bagi susu, tukar pampers. Rumah ipar pon nak kena tolong mengemas dari depan ke belakang anak 3 aku buat sepah katanya. 

Celaru, nak bawa bincang dengan laki dia buat senyap. Aku terfikir, aku ni yang overreacting ke atau memang respon aku sepatutnya begitu dengan situasi sekarang. 

– Moon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. duduk je KL tu dik, bukan tanggungjawab awak jaga MIL yang tengah strok tu, apa yang awak buat tu atas ihsan dari awak sahaja, tapi kalau dah sampai celaru dan kebajikan mental awak dan anak2 terabai baik awak bertegas dengan suami awak, awak duduk KL atau duduk asing kalau nak stay kat kg jugak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *