Karma or Kifarah? What Goes Around Will Come Back Around

Hi semua, ini kisah aku. Wife, mommy 4 kids, bekerja. Doctor. Married for almost 10 years. Tahun ke 5 perkahwinan aku kena uji dengan ujian yang berat sangat untuk aku hadap.

Sampai sekarang pun aku masih tak fully move on. Masih rasa sakit, benci, meluat. Tapi aku cuba jalani hidup macam biasa. Anak-anaklah kekuatan aku.

Yes suami aku curang. Dengan isteri orang ya. Kami di ibukota, scandal dia di hujung semenanjung sana.

Husband pernah pergi jumpa perempuan tu 2 kali dengan alasan berkursus (dia tipu aku, tipu mak ayah dia) tapi faham2 je lah kan kalau dah berdua.

Suami perempuan tu outstation/offshore kot tak sedar isteri dia melanjurkan diri.

Balik ‘kursus’ tu kantoi sebab aku ternampak notification naik kat phone husband,

“where are you sayang”

“miss you”

“miss our moments.”

Kantoi.

Gelap jap dunia aku masa tu. Aku ingat lagi detik tu. Aku duduk atas katil tunggu dia masuk bilik sambil pandang tajam muka dia. Laki aku pun dah cuak je muka dia.

Dia terus capai phone dia dari aku.

Dia tahu masa tu dia dah kantoi.

Aku terus tanya dia “Apa yang abang carii?”

Dengan nada slow. Dia tunduk and terus nak peluk aku.

Dia kata dia dah buat silap.

Memang abang dah buat silap besar.

Setahun lebih sebelum tu dia menganggur jobless, aku yang tanggung dia. Baru dapat kerja 3 bulan, dengan gaji suku je dari aku, aku bersyukur seadanya, takde pun nak tinggalkan dia saat dia jatuh dulu, tapi dia?

Masa dia kat bawah aku setia, masa dia baru nak restart karier dia curang.

Sudah la susah nak terima husband semakin miskin, inikan nak sabar husband curang lagi.

Husband cerita dia kenal perempuan tu zaman university tapi lain-lain university, cuma masa tu dia tak pandang perempuan tu sebab tak cantik, sosial n tak sekufu. Husband masa tu study course professional tapi perempuan tu course lelong (husband yang kata).

Tapi lepas kahwin boleh melayan sebab tangkap muat agaknya.. asalkan ada yang haram untuk enjoy..

Aku tanya husband sejauh mana hubungan diorang. Husband mengaku dah berzina. Husband cerita, diorang macam orang bercinta.

Aku ingat lagi ayat husband kata,

“Peluk perempuan tu sampai tertidur lepas main”

“Main lagi banyak daripada tidur”

Luluh hati aku. Aku focus kat kerjaya, family, dia boleh focus kat perempuan murahan. Jijik dan keji.

Aku suruh dia keluar rumah. Aku taknak tengok muka dia. Aku marah kecewa sangat masa tu. Sebab itu rumah aku, dan dia tak bayar sesen pun.

Kereta dia pun aku yang tolong guarantor dulu, kalau tak, tak lulus loan dia sebab dia pekerja kontrak swasta. Kereta dia aku plan nak jual. Sebab kalau cerai, kalau dia tak bayar, bank sure cari aku.

Aku suruh dia keluar sehelai sepinggang and bagitau dia, aku nak call mak ayah dia, untuk ambil dia. Aku nak pulangkan balik dia kat mak ayah dia. Serius masa tu nak pandang dia pun jijik.

Lagipun masa suami aku setahun tak bekerja, aku mengadu dengan mak mertua aku untuk nasihatkan anak dia untuk beri nafkah, kalau bukan untuk aku, untuk anak2 pun takpe. Macam duit pampers n susu pun okay. Means husband memang kena kerja.

Mak mertua reply ok je dengan aku, tapi bila aku tengok whatsap mak mertua dengan laki aku, mak mertua kata kepada husband;

“biasalah orang suka kita bila berduit je” .

Sebab dulu sebelum husband jatuh, gaji dia besar.

Rasa macam kena tikam-tikam kat situ. Anak da bersalah pun still nak side sebelah anak and mengutuk aku yang dah banyak bantu anak dia. Duit makan dia pun duit saya tau mak. Duit bil air cuci berak dia pun duit saya tau mak.

Belum cerita duit isi rumah n bill2 lagi. Lepas tu kutuk menantu. Kecewa sangat2. Jahat. Yang sebenarnya, mak dan anak lelaki mak yang suka orang berduit kan sebenarnya, sebab boleh goyang kaki, tumpang senang dan ambil kesempatan..

Aku memang dah tawar hati dengan mak ayah dia, then tambah tawar hati dengan kes curang suami, aku memang nekad nak move on cari lain. Aku tahu aku boleh cari suami lain. Sekejap je boleh dapat lol gurau.

Malam esok tu mak mertua datang, aku memang nak suruh laki aku ikut mak dia. Suruh laki aku tinggalkan aku n 2 anak aku, 4 yo dan 2 yo masatu.

Tapi laki aku merayu2 taknak ikut mak dia.

Mak ayah dia pun rilek je takde minta maaf dengan aku. Mak mertua aku cakap, “Nampak aku ok ja’”.

Aku senyum je, dalam hati sedih bila orang tak faham hati kita. Yelah kita bukan anak dia. Mana lah dia rasa sakit kan?

Ibarat macam husband aku dan mak dia dah tikam belakang aku, pastu cakap, ‘berdarah sikit je ni, belum nak mati lagi’. Ibarat macam tu la aku duk rasa hahaha.

Empati takde. Yelah bukan anak perempuan dia yang kena. Siap sound aku, jaga tanggungjawab aku elok2. Padahal anak dia yang berdosa tu dia nasihat kat whatsap je sebab nak jaga air muka anak kononnya.

Air muka aku letak kat bawah tapak kaki dia je. Dia nak sound, dia sound. Sound aku depan anak lelaki dia. Makin naik lemak la anak jantan mak nanti. Aku ngomel dalam hati.

Suami aku masih duduk rumah aku lepas dia rayu2 taknak ikut mak ayah dia. Lol. 2-3 hari lepas tu aku muntah2, rupanya aku da pregnant dalam 4-5w masa husband aku curang tu.

Tergendala urusan cerai asbab pregnancy tu. Laki aku gunakan masa pregnancy aku tu untuk taubat and amik hati aku balik. Hari2 aku nampak dia solat taubat and layan aku baik2.

Ketahuilah abang, dosa dengan Allah, kita taubat Allah ampunkan. Tapi dosa dengan manusia, selagi manusia tu tak ampunkan, dia tuntut kat akhirat.

Abang dah terlanjur dengan isteri orang, abang dah berdosa dengan suami dia. Sebab abang ambil hak suami dia. Suami dia kena ampunkan abang, kalau tak, suami dia tuntut kat sana.

Sebab tu Allah bagi hukuman rejam sampai mati untuk penzina yang dah berkahwin. Hudud di dunia, suci bersih di akhirat.

Kita yang tak hudud ni, bersepah manusia berzina dengan suami/isteri orang. Seronok di dunia sebab kalau mengandung pun takpe sebab memang ada suami boleh cover (walaupun benih anak pun tak tahu dari mana).

Ketahuilah saat berlakunya penzinaan isteri/ suami orang tu, penzina tu berdosa dengan pasangan kepada scandal sebab ambil ‘hak’ pasangan dia .

Air mani suami hak isteri, perempuan yang ambil tu berdosa dengan isteri dia. Macam kes aku, yes aku tak redha and aku tak maafkan perempuan tu. Perempuan tu pun tak mengaku dan tak minta maaf.

Aku tuntut di akhirat ya. Sampai berat timbangan kanan aku tuntut pahala dari kau.

Dan kau, aku tak kisah kalau kau muflis ke, timbangan belah kiri kau lagi berat ke, kau terima catatan amal dengan tangan kiri ke, aku tak kisah.

Janji aku tuntut pahala2 kau sampai cukup timbangan amal aku. Sebab kau berdosa dengan aku dan kau ada hutang yang belum langsai dengan aku.

Pesanan untuk diri sendiri juga ni. Jangan sesekali berzina dengan suami isteri orang . Pernah dengar kan orang kata zina ni hutang? Yes sebab akan dituntut kat akhirat nanti.

As for now, aku and husband ok je. Mohon Allah jagakan keluarga aku, jauhkan dari ain (Evil eye is real) & moga aku boleh move on daripada kesakitan ni.

Pernah dengar kan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu sebaliknya. Lelaki penzina untuk perempuan penzina.

On my side, sesungguhnya aku menahan diri dari masuk ke lembah hina tu. Ikutkan nafsu nak je aku balas dendam kat laki aku, nak bagi dia rasa jugak macam mana sakitnya kena curang.

Tapi aku takut azab Allah. Takut hutang & dosa sesama manusia. Moga Allah kuatkan iman aku. Tapi aku pun manusia kan. Tak lari jugak dari godaan syaitan.

Cuti raya haritu, kami raya belah suami. Masa kunjung berkunjung sanak saudara tu adalah moment aku dan sepupu husband bertentang mata, berkali-kali, macam ada magnet, dia senyum and aku rasa dada aku berdebar2.

Dalam keramaian crowd tu, pandangan antara kami terhalang. Dia sengetkan badan n kepala cari-cari aku. Kami bertentang mata lagi.

Sampai sekarang aku teringat dia, tersenyum je bila ingat dia. Handsome.. Sweet.. Macam angau dah aku. Rasa happy bahagiaa sangat bila ingat kat dia. Kenapa ‘abang’ pandang saya?

Rinduu nak tengok abang lagi. Macam boleh ubat sakit aku yang dulu, tapi aku tahu si dia macam angin lalu je. Yang memang aku tak boleh gapai. Khayalan memang indah. Realiti belum pasti.

Macam ni rupanya dulu husband aku curang bercinta dengan bini orang. Patut lah suami aku suka senyum sorang2 dulu.

Bahagia eh bila ada spark cinta baru, tambah2 lagi kalau saling2 sondol menyondol layan melayan.

Lagilah best kan. Tapi nak rasa best-best untuk 10-20 tahun pastu merana kat neraka ribu-ribu tahun. Tak berbaloi weh.

Untuk husbandku, sorry abang takkan dapat 100% dah hati sayang. Lepas curang, % da jatuh 70%, lepas sayang da crush kat orang lain dia da jatuh lagi 40-50% well padan muka.

Doakan aku untuk kuat, move on dari kesakitan lalu n kuat tepis godaan syaitan/nafsu. Moga bahagia milik saya dan mereka2 yang tak ganggu rumahtangga orang lain.

Moga siksa neraka untuk mereka yang ganggu n musnahkan rumahtangga orang lain.

Salam sayang.
Minal Aidin Wal Faizin.
Maaf Zahir Batin.

– Isteri kesayangan abang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Boringnya. Hujung2 suami masih dipanggil sayang, perempuan jugak dicop penyondol la timbangan kiri kanan tengah la. Your husband failed. Kalau you mampu maafkan husband you, why not you maafkan perempuan tu jugak? Hehe

  2. You can forgive your husband & live well with him as usual but you cannot forgive that Penyondol macam perempuan tu je yang salah, husband awak tak salah. I dont get it, so confuse with some people mentality

  3. Last² berbaik jugak dengan suami lepastu letakkan kesalahan semua nya pd penyondol. Laki u yang decide nak curang, kenapa tak tuntut n pejam mata dkt laki u?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *