Cemuhlah aku selalu wahai kawan – https://iiumc.com/forumv2/
moga jadi tauladan untuk semua andai admin siarkan post kali ni..
tengok tajuk tu.. ye betul.. memang aku selalu dicemuh oleh sorang kawan aku ni.. aku kenalkan dia sebagai H.. btw, aku dari sebuah IPT nun di utara.. hehe.. okay.. H ni aku tak tahu apa masalah dia.. selalu cakap lepas tanpa fikir perasaan aku.. dah banyak cemuhan dia yang aku terpaksa telan satu persatu.. aku tak kuasa nak membidas balik..
al kisah.. pada study week last semester.. dia masuk bilik aku.. dia tengok aku pegang buku, kertas nota.. aku ni jenis suka study awal.. tahu apa dia cakap? 'kau study apa ni weii.. kalut je kau ni.. last2 pointer x tinggi mana pon.. tengok aku.. esok nak exam, malam ni study.. result aku gempak weii.. sumpah aku kecil hati.. aku tahu aku x pandai mana.. tapi ni effort aku nak study.. sampai hati kau cemuh aku macam ni wahai kawan..
aku ni sebenarnya ada baki yuran last semester yang belum dijelaskan.. so result exam aku disekat.. huhu.. tak kisah mana sbb aku tahu result aku x gempak mcm si H tu kan.. so baru-baru ni dapat la PTPTN.. aku g jelaskan semua yuran tertunggak tu.. esoknya result aku dah boleh la semak.. ALHAMDULILLAH.. 3.67 .. merasa jugak nak dapat dekan untuk kesekian kali.. style aku, aku suka bg reward dekat diri sendiri bila aku capai sesuatu kejayaan.. aku teringat yang petang tu H keluar dgn pakwe dia.. aku pon fikir la.. emmmm.. baik aku beli makanan untuk raikan diri sendiri.. hahaha..
lepas asar dalam pukul 5 petang aku siap wasap si H.. mintak nak Mc'D set bla bla bla bla.. air bla bla bla bla.. dia balas ok.. aku dah lama teringin nak makan ni.. kan sebelum ni PTPTN belum masuk.. hehe.. aku fikir maghrib tu dia akan balik la.. tunggu punya tunggu.. sampai pukul 9 tak balik.. aku punya lapar sampai bertukar jd kenyang.. aku call & tanya dia.. ehh katanya belum beli makanan aku.. ok fine.. aku dah hilang selera.. aku cancel.. aku terus siapkan assignment yang banyak ni sampai tertido sambil duk terbau-bau Mc'D tu.. sedih.. tak dapat sampai sudah..
esok petang g kelas.. entah macam mana lecturer aku sembang topik bajet.. terkeluar la bab fast food tu.. dia anjurkan students dia buat sendiri fast food untuk jimatkan kos.. tup tup terkeluar dari mulut H "aku kalau Mc'D, KFC semua tu mmg jijik nak makan.. nak muntah rasa.. geli.. dah la tak sedap".. ok sekali lagi aku kena cemuh gara2 semalam aku oder Mc'D tu.. fine kawan.. teruskan la mencemuh aku..
and u know what ?! tadi ke kelas.. si H dengan bangga cerita dekat aku.. semalam katanya kenyang nak mati.. dalam hati aku terlintas.. ehhh elok lah tu kau mati.. hilang satu bala.. hahaha.. dia sambung lagi.. katanya semalam pakwe dia belikan dia mi goreng + Mc'D bla bla bla bla.. ehh kejap.. Mc'D ??!! bukan kau jijik sangat ke weii.. sampai nak muntah bagai.. habis semalam kau melantak Mc'D kenapa? aku diam.. aku tak kata apa.. aku dengarkan aje.. dalam hati aku kata cemuhlah lagi.. see.. sekarang berbalik pada diri..
sebelum2 ni pon ada je si H malukan aku.. tengah2 orang ramai dekat pasar malam dia boleh cakap patutlah aku gemok sbb banyak makan.. padahal makanan tu aku beli lebih sebab rumet dgn kawan rumet kirim.. haaaa.. boleh dia tuduh aku nak melantak sorang2 semua tu.. lagi 1 aku ingat lagi.. dia pernah cakap sekali tu yang aku ni pakai tudung nampak macam bapok @ pondan.. walaupun situasi masa tu cuma ada beberapa orang kawan yang lain antara kami, tapi sumpah aku malu sgt.. jatuh air muka aku masa tu.. selamat lah kau wahai kawan kerana mencemuh aku yang tak pernah nak membalas..
sini aku nak cakap.. hebat mana pon kita, jangan pandang rendah pd kawan2 yang lain.. even dia bodoh, dia buruk, kawan baik2 la.. kerana setiap kekurangan dia, pasti akan terselit kelebihan & kebaikan yang kita tak nampak.. lagi satu bukan aku nak bangga sebab pointer aku tinggi.. tapi hakikatnya study awal2 itu lebih mujarab dan berkat.. syukur sebab this time usaha aku berbaloi.. dan cemuhan si H tu aku campak jauh ke laut.. dan realitinya si H result biasa2 je.. tapi aku tak cerita pon dekat dia dengan apa yang aku capai setakat ni.. pasal Mc'D yang aku tak dapat2 tu, takpe.. cuti midsem nanti aku balik kampung.. makan dengan family.. lagi nikmat.. yummehh.. doakan umur aku panjang untuk raikan kejayaan aku dengan family terchenta.. kuikui :-)
– Qaseh Imani, 20