Cerai Taklik Mampu Merubah Sikap? II

Ini adalah tulisan ku yang kedua di sini. Ingin menjawab persoalan-persoalan di ruangan komen di entry sebelum ini.. terima kasih atas sokongan dan nasihat.

Yang aku maksud kan adalah cerai taklik tambahan. Selain dari cerai taklik yang dipersetujui semasa kami nikah dahulu. Aku telah bincang dengan peguam, memang ada pasangan yang membuat permohonan untuk tambah cerai taklik. Tp mesti mengikut syarat, kedua dua parti mesti bersetuju dan kemudian ada saksi saksi.

Untuk makluman para wanita, negeri selangor adalah negeri pertama yang implement cerai hakam. Even our favourite nurul izzah juga bercerai secara hakam. Ia adalah privilege untuk kaum isteri jika mahu bercerai selain fasakh atau tebus talak

Samada aku mahu memohon untuk cerai taklik (last chance) atau tuntut cerai secara hakam – belum pasti. Sebab suami takkan ceraikan aku katanya. Katanya “ you almost perfect sayang”. Thats Bullshit.

Aku masih perlukan masa untuk bertenang dan berfikir semasak masaknya.

Menjawab persoalan tentang kawan lelaki ku- – aku bukanlah perempuan murahan yang terus mendapat pengganti. Seperti yang ku katakan, never in my mind to re-married. Mungkin 10 tahun lagi. Mungkin jodoh dgn suamiku kini hingga mati. Ku tak tahu. Tp situasi aku yang ada kawan lelaki yang membuatkan aku terluah masalah aku pada dia.

Untuk pengetahuan, Hiv sudah di buat. Negatif kami berdua. Herpes, hepatitis B, sifilis and HIV. Well, aku akan cek sekali lagi selepas 6 bulan jika ada sesiapa yang concern tentang window period.

Aku boleh untuk hidup sebagai ibu tunggal. Tapi anak anak? Perlukan kasih sayang dari ayah sendiri. Kenapa perlu direntap kasih dan sayang dari ayah kandung sendiri? Ku fikirkan juga kalau kami bercerai, suami kahwin dengan pempuan yang ada kes dadah- apa akan jadi pada anak anak aku? Dapat mak tiri yang ada sejarah mcmtu? Eeeee boleh gila fikir macamni.

Kami selesai pergi ke kaunseling untuk kali pertama. Ada sesi bertenang dan tegang. Well for the first time, aku tak mengharapkan apa-apa. Doakan aku kuat untuk hadap benda benda ni. Aku rasa aku perlu keluar dari rumah untuk fikir setenang tenangnya.

Dilemma II

– SYa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *