Assalamualaikum semua. Nama akak Kak Nah. Seorang misi wad kanak-kanak yang hampir 25 tahun kerja di hospital gomen.
Oleh kerana tahun ni Kak Nah nak bersara awal (option), jadi Kak Nah nak bercerita sedikit sebanyak pengalaman Kak Nah jadi misi di wad NICU/PICU. Selama ni hanya pernah dengar cerita pengalaman mak bapak je kan? Mari dengar cerita misi pulak.
1. Ada ramai mak bapak yang gunakan anak untuk dapat duit. Anak masuk berpuluh kali di wad, tak pernah nak jaga. Alasannya perlu jaga anak lain di rumah. Okay takpe. Misi kan ada?
Tapi setiap kali datang tangkap gambar anak, upload dan buat kisah sedih, minta bantuan. Lepas upload gambar pegang tangan anak, terus balik. Pampers anak pun guna hospital punya. Kesian anak tercari-cari mak bapaknya.
2. Ada pihak yang buka tabung kutipan derma di media sosial tanpa pengetahuan ibubapa. Untuk pengetahuan semua jika anak perlukan pembedahan jantung, biasanya perlu dirujuk ke hospital Serdang/IJN. Di IJN ada badan kebajikan yang akan bagi diskaun harga pembedahan/rawatan.
Kalau kita dah minta bantuan derma di medial sosial, dia tidak layak untuk pengurangan bayaran (badan kebajikan). Kalaulah nilai kutipan tak seberapa, kan lebih menyusahkan.
Ada kes mak pesakit menangis perlu bayar 40k sedangkan kutipan yang dianjurkan oleh kawannya (tanpa pengetahuan si ibu) hanya dapat 2k. Mujur ada rezeki ketika di IJN pesakit tadi dibayar oleh VVIP.
3. Masih berkaitan derma. Kalau nak tahu kebanyakan kes pembedahan jantung biasanya perlu tunggu turn, ikut umur/berat/tahap kesihatan.
Tapi ada mak bapak tak mahu tunggu dan ambil short cut nak bedah di hospital swasta G di Penang. Jadi terus minta derma. Konon hanya boleh dirawat di hospital swasta yang satu tu je.
Kak Nah tak salahkan mak bapak, sebab kita kalau anak sakit memang terdesak. Tapi lebih baik jika masa minta derma terus terang ini pilihan mak bapak, bukan sebab doktor kerajaan tak boleh bedah.
4. Ramai bapak hanya tahu fikir nafkah batin dia je, tak fikir anak. Isteri baru 3 hari temankan anak di wad dah bising jumpa pakar nak minta balik.
Pernah seorang bapak sembang dengan anak yang sakit “cepatlah sihat dik, mama kamu ni dah banyak nafkah tertunggak, karang papa cari mak baru nanti”. Isterinya tunduk diam, malu agaknya dapat suami cetek akal. Jijik Kak Nah dengan lelaki macam ni.
5. Ramai mak-mak yang lebih pentingkan berpantang dari jaga anak di wad. Terutamanya mak anak sulung. Macam-macam alasan taknak jaga anak di wad. “Mak saya tak bagi, nanti takut bentan”, “Saya nak berurut,badan sakit2”.
Ayat paling famous sekarang “mental saya koyak duduk lama2 di wad”. Ada yang temankan anak 2 malam sudah menangis rindukan suami. Aduhai. Susu badan taknak bagi, alasannya susu takde. Awak tu bonding dengan anak pun tak mahu, macam mana nak ada susu?
Yang suami pun ikutkan sahaja,bukan nak pujuk isteri. Anak tak minta dirinya sakit, dia perlukan perhatian dan kasih sayang ibu.. sentuhan misi tak sama ya dengan sentuhan ibu. Korbankan sekejap keselesaan kita, doa banyak2 supaya anak lekas sembuh.
6. Ramai bapak yang susah nak tinggal rokok walaupun anak ada masalah paru-paru. Ini memang masalah paling kerap kami jumpa.
Sudahlah merokok tu haram, masih tak mahu berhenti. Dah refer klinik berhenti merokok pun tak mahu pergi juga. Mana lebih penting, rokok atau anak? Sayang rokok atau sayang anak?
7. Bukan semua kes dera itu datangnya dari pengasuh. Ada juga mak bapak sendiri yang hempuk anak, tetapi nak jadi sebab pengasuh pula yang dituduh.
Ada juga bayi yang otaknya berdarah sebab ditimang atok nenek. Shaken baby syndrome. Jadi viral kes-kes begini, sebagai netizen, jangan kecam macam takde hari esok. Bawa bertenang dan doalah yang terbaik.
8. Ramai mak bapak yang tidak sedar bahaya segala tindak tanduk anak adalah cerminan didikan kita. Anak umur 10 tahun dah bawak motor. Merempit, dilanggar orang.
Mak bapak salahkan yang melanggar, tapi bila ditanya siapa beri kebenaran anak bawa motor? Di mana mereka ketika anak bawa motor? Bagaimana anak boleh ambil kunci? Terus salahkan anak. Anak degil, tak mahu dengar kata. Tiada satu pun salahkan diri sendiri.
9. Hospital swasta tak terima kes kritikal. Mereka ada hak untuk menolak pesakit. Ini perlu ditanam dalam kepala ibu bapa.
Jika anak sawan yang teruk, sesak nafas sampai biru mulut, bawa segera ke kecemasan. Ya Kak Nah tahu hospital gomen ni tak selesa, tapi jika kes kritikal, pejam mata sajalah ya? Yang penting anak sembuh.
10. Untuk mak-mak pesakit kronik, jika dah lama di wad mintalah balik sehari dua. Kalau burnout, minta tolong nurse tengokkan sekejap, mak keluar sejam dua untuk ambil angin. Jangan pendam rasa dan lepaskan geram pada anak.
Eh banyak sangat pulak Kak Nah membebel. Maklumlah misi gomen memang banyak cakap.
Semoga yang membaca ni dapat sesuatu dari cerita Kak Nah ni. Assalamualaikum.
– Kak Nah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Terima kasih atas perkongsian. Menjaga anak yang sakit bukan mudah. Kepada Ibu ayah yang cekal menjaga anak2 yang sakit di hospital, semoga Allah memberi ganjaran pahala setimpal dengan pengorbanan yang dilakukan.