Cerita malam orientasi
Hai.. saja laa aku duk mengarang kat sini.. bukan pa.. aku dalam ktm ni.. otw ke seremban.. sambil sambil tu, aku baca confession korang.. terdetik laa nak share cerita suatu malam ni.. hew hew..
Okeyh.. ceritanya bermula suatu malam.. masa tu ada orientasi untuk pelajar baru.. aku tak pasti laa aku ni pelajar baru ke pelajar lama.. haha.. aku dari asasi terus sambung degree kat tempat ni.. masa kisah ni berlaku, aku orientasi untuk degree..
Orientasi serius penat giler.. orang kata "rilek laa.. ni laa masa nak rasa tak tido malam, tido sekejap pastu bgn kul 5.. bukan selalu dapat peluang macam ni." Pfft.. untuk pengetahuan, aku suka tido.. and of course aku tak suka program "tido sekejap bangun kul 5".. dan kalau boleh aku tak nak rasa pun. diorg kata waktu orientasi laa waktu "tido sekejap bangun kul 5".. diorang tatau student buat esaimen pun tak tido..setiap sem plak tu.. bukan waktu orientasi je..
Okeyh, skip bab tu.. dan aku ni jenis tak suka sangat orientasi kat universiti aku ni.. rehat pun tak de.. aku boleh je nak join program.. tp at least kena bagi aku sejam untuk diri aku.. ni tak.. pergi pagi balik petang.. adakala sampai malam.. tak laa.. aku memain je.. pergi sebelum subuh, balik kul 11 malam.
Okeyh. abes bab tu..disebabkan aku tak de masa untuk diri sendiri, nak basuh baju pun tak de masa.. berlonggok baju aku tak basuh.. lulz.. knp tah berlonggok.. aku rasa tak banyak pun baju aku pakai.. sbb aku pakai baju sama je dari sebelum subuh sampai laa selepas isyak..
Then, aku nekad laa nak basuh baju malam tu jugak.. kalau tak basuh, tak de baju nak pakai.. hahaha..btw, aku basuh manual punya.. berus berus sental tercabut kotoran degil.. masa tu aku pakai daia.. sekarang aku pakai top.. lulz.. motif cerita? Saje nak bagitau.. nnt tanya pulak.
Bila basuh manual ni, sental sental kasi cabut daki semua, of course lama.. sejam jugak laa aku membasuh.. agaknya.. sebab aku abes membasuh kul 1 pagi.. agaknya. Heee~~
Rumet aku pun satu hal bijaknya.. ni nak cerita sikit.. aku tak pasti salah siapa.. salah aku ke tak bawak kunci.. hahaha.. kecam laa kecam.. aku tak kisah.. sebab zaman aku asasi kitorang memang tak kunci pintu.. hatta tombol pintu pun rosak.. hew hew.. so memang tak perlukan kunci.. dan.. jenis aku, pergi tandas tak bawak kunci, kalau pergi kelas ke, atau keluar dari kawasan asrama, memang aku bawak kunci..
Bilik asrama tu, bukan je macam sekolah, satu bilik 20 orang.. empat orang je kut.. kalau tak de orang kat katil tu, tak payah laa kunci.. aigoo… bukan nya payah nak check berapa orang yang dah ada dalam bilik tu.. empat orang je kut.. letih… ni laa masalah duk dengan orang tak kenal.. asyik kunci je pintu.. kalau duk kat dalam bilik tak yah laa kunci.. hahaha.. tak kesah laa..
Maka terjadilah satu malam aku tak masuk bilik.. terperangkap kat luar bilik.. orang lain semua dah tido.. then, terpaksa laa aku lepak kat tangga..
Tangga kitorang ni jenis terbuka.. boleh nampak blok depan.. blok depan ni pun blok perempuan.. so tak kisah sangat..
Blok yang bertentangan ni laa aku duk perati satu susuk tubuh.. biasa laa, student ni suka otp malam malam.. otp-on the phone.. cakap dengan mak ke.. ayah ke.. tak kisah laa..
So, susuk tubuh ni aku boleh gambarkan, dia perempuan, of course.. dia macam membelakangi aku, kiranya aku mungkin nampak belakang dia.. dia pakai tudung macam tudung arini kaler hitam.. sbb tudung macam tu kan kalau kat leher dia nampak berlekuk sikit.. pastu dia pakai tuala kaler krim lusuh sikit.. biasa perempuan suka balut badan dia dengan tuala kalau keluar bilik..<–dapat gambaran tak.. haha..
Sebenarnya aku rabun, spek aku dah 3 tahun tak tukar… memain je.. setahun.. tapi ye laa.. mata aku tinggi betul power naik.. setahun pun minima 50 naik.. aigoo..
Berdasarkan pandangan mata aku yang rabun ni.. itu laa aku nampak..
Berdasarkan imaginasi aku yang suka mengarut.. boleh jadi perempuan tu mengadap aku sambil tunduk.. tudung hitam tu mungkin rambut dia.. lawa kau rambut dia.. hitam kut.. pakai rejoice kut.. tersekat di skala enam? Lulz..
Disebabkan aku rabun teruk sangat.. aku duk perati laa benda tu.. orang ke bukan.. lama jugak laa aku perati..
Tiba tiba dia angkat tangan dia.. duk melambai lambai.. ah sudah.. melambai pulak dia ni.. lama jugak laa dia melambai.. lambai sapa pulak memalam ni.. 5-6 kali jugak laa dia melambai.. apa? Kau expect aku nak terbang kat kau? Aku mana boleh terbang.. aku bukan spesis kau..
Dah 6 kali dia lambai aku.. aku pun blah laa.. takut pulak kang dia terbang kat aku.. dah dia panggil aku tak datang.. dia datang kat aku. Haha..
Kalau dia terbang, aku tau laa dia bukan orang.. tp setakat ni aku husnu dzon je.. anggap je laa dia tu orang yang tengah otp..
Oh.. btw, lepas aku blah tu, aku datang balik kat tangga tu nak check balik, tgk je benda tu dah hilang.. dah balik alam dia kut.. huhu.
Sekian, tak de apa pun nak cerita, aku tak banyak pengalaman dalam hal macam ni.. tapi aku suka baca, dengar cerita pengalaman orang lain.. :)
– Joyah