Cerita orang kampung

Salam.. aku nak cerita beberapa pengalaman aku ketika beberapa hari pada bulan puasa dan dua hari beraya di kampung ayah aku..
Keluarga belah ayah aku ni mostly orang susah, belajar tak tinggi mana, ilmu agamanya sangat la kurang, kadang2 aku kesian tengok dan dalam hati aku minta pada Allah jauhkan lah benda2 ni terjadi pada aku.. Aku ambil ibrah benda yang jadi depan mata aku…

First sekali kisah anak sepupu aku, aku kesian tengok hidup dia.. dia lelaki, dan ada beberapa orang adik beradik perempuan..mak ayah dia dah bercerai dalam umur dia masih tidak matang.. anak sepupu aku ni muda setahun je dari aku.. mak ayah dia bercerai sebab x tahan ngan perangai ayah dia kaki isap d#d#h.. jadi dia tinggal la dengan nenek aku.. nenek aku pun dah tua masa tu.. jadi dia duduk dalam rumah tu nak tumpang berteduh.. makan.. tempat tido.. ulang alik sekolah.. ayah dia memang tak lah nak bg duit nafkah sebab hidup sendiri tak terbela mcm mana nak bela hidup ank2.. adik perempuan dia sorg ada juga duduk ngn nenek aku.. korg boleh byg x perasaan masih lagi mentah.. kene harung benda tu.. dalam keadaan memerlukan perhatian dan kasih syg org tua.. tapi dia tengok sendiri orang tua dia duk depan mata hidup dalam dosa.. aku rasa diri dia sendiri akur dan dah terbiasa dengan benda yg jadi depan mata.. aku mampu doa je harap dia x terlibat dalam benda bukan2.. dengan bapak sedara yg kepala tingtong lebih kurg sepisis ayah dia gak.. sekarang umur capai 20an.. dia pun dah kerja area kl.. kerja biasa janji rezeki halal ok la tu kann…

Secondly, kisah kawan anak sepupu aku ni.. dua beradik lelaki.. umur baya aku gak 20an.. mak ayah dia anak ramai.. lepastu ayah dia kawin lagi sorang.. sumpah aku tak faham.. bapak jenis apa macam ni.. memang dayus. Tanggung lah kat akhirat nanti.. tak tahu berapa kali kene sebat dengan tuhan.. Dah la keluarga kau susah.. kau boleh nak kawin lain tambah anak.. keluarga yg bini pertama pun kau tak mampu bela.. dua beradik lelaki ni abg dia sambung belajar, tp ipts.. dgr cerita dr ayah aku, si abg ni kumpul duit sendiri nak sambung belajar mungkin dia rasa penting ada sijil nak upgrade hidup.. si adik dia lak keje ngan ank sepupu aku, tiap2 bulan hanta duit kat mak nak bagi bela adik2.. serius la aku respek sikit diorg ni.. tapi tulah.. hidup dalam lingkungan penagih ni.. sikit sebanyak aku rasa diorang terlibat gak tapi bukan penagih sejati.. duduk lepak sebab nak berkawan sesama sendiri, duduk sekampungkan, ikatan darah tu ada lebih kurang sedara mara gak..

Thirdly, kisah dua beradik anak yatim.. yg ni adik beradik perempuan.. kakak bru 11 tahun.. adik dajah berapa tak tahu.. mak dia ni bodoh ada penyakit macam lembam dan kawin dengan lelaki tua.. tapi lelaki tu dah mati dah.. sedara mara bg kawin sebab nak suruh si mak lembam tu ada zuriat.. nnt bila dah tua ada yang tolong jagakan.. faham2 la kan.. adik beradik ni kadang2 bukan boleh caya.. hidup dalam serba kekurangan.. tapi syukurla, sebab ayah aku kata Allah tu bijak merancang.. Allah bg rezeki kat silembam tu ada anak.. nnt esok2 senang.. bila dia tua ada org jaga dia.. masa ni aku belajar sesuatu indah.. betullah Allah tu maha perancang.. Dialah sebaik2 perancang.. Dia tak zalim.. manusia sendiri yang zalim.. kuat meghina.. manusia lupa ujian Allah berikan kat kita atas dunia ni.. dan dunia ni hanyalah persinggahan.. korang agak apa psikologi yg dua beradik tu terima? Pk la sendiri..

Kisah last.. kisah 3 beradik.. diorang ni budak2 lagi.. masih anak2 kecil dan yatim piatu.. mak ayah meninggal sebab penyakit paling kita gerun.. penyakit aids… ayah dia puncanya.. ayah dia penagih… 3 beradik tu sedara mara yang bela.. yg sulung hrtu ada dtg beraya rumah nenek aku.. umur bru 12 thun.. tengok muka.. sedih sangat.. aku tatau la dia warisi tak penyakit mak dan ayah dia.. tp syukur. Walaupun duduk dalam kelompok masyarakat yg boleh dikata jahil.. iman tak kuat.. masih ada yg sanggup bela 3 beradik tu.. apa yg 3 beradik tu lalui aku nak korang agak sendiri.. agak2 hidup dalam bermasyarakat sedikit sebanyak mesti akan ada yang berkata2 kan???

Cerita yang aku cerita ni memang kisah benar.. benda jadi depan mata aku sendiri.. yang confess2 kat sini pun sedih2 gak tapi cuba korang ambil ibrah gak dari kisah kat atas ni.. yang kurang bersyukur boleh lebih bersyukur… dan kalau kau tengok kehidupan orang lain.. jangan lah cepat kau menghukumi.. sebaliknya cuba kau faham kisah hidup diorang..

Nak tambah sikit lagi.. kisah2 kat atas tu yang buat aku sedih lagi sebab ada yang dah kurang dah hidup kat dunia ni, akhirat pun kurang gak.. boleh kira miskin dunia dan miskin akhirat lah.. dengan tak puasa.. tak solat… silap haribulan huruf al quran pun tak reti..
Anak2 muda ni kadang2 mungkin dia xda tempat bergantung.. macam layang2 yg terputus tali.. melayang2 kat udara.. bila rasa suasana kg tu kadang2 aku rasa org2 kat kg tu lagi jahil drpd org bandar..

Aku rasa kerajaan kena amik inisiatif.. tubuhkan persatuan dakwah.. untuk pergi pelusuk tempat celah2 kawasan agar islam tu tersebar meluas.. ataupun mana2 ngo.. atau mungkin orang2 tabligh boleh pergi sebar dakwah.. kisah tabligh pun boleh lahirkan kisah kelima.. haha

Kisah kelima ni.. kisah dalam kg sama.. bukan nak burukkan org tabligh.. tp dia pergi tabligh konon2nya nak berdakwah dan biar isteri kerja sorang2.. nasib isteri gaji besar sikit.. aku rasa kalau duduk dalam bandar susah juga tu nasib duduk kaw kg.. anak dia ramai semua kecik2… nak kata.. tak yah g bertabligh jauh2 la.. tabligh dalam kg sendiri.. kadang2 dakwah tu x sampai pada sesebuah masyarakat mungkin kerana si pendakwah tu sendiri yang tak betul kan. ?
(Aku hanya mampu nilai dr mata kasar.. tapi dasarnya aku tak tahu.. )

Penat type.. maaf kalau ayat last dah tunggang langgang.. huhu

Salam.. selamat hari raya maaf zahir batin

Ps/ Doakan aku jadi orang kaya..InshaAllah banyak benda aku nak wat.. haha gurau je.. :p tapi doakan tau..

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Jangan nak sibuk judge hidup orang kalau hidup kau sendiri tak terurus, baru 20 tahun sudah judgemental mcmni, life is not perfect…you got a loooooong journey to walk through, just focus on yourself, stop judging others…

  2. haha. banyak nau cerita berliku2, smua org kau nk citer dek. aduhai xpla mgkin ni kau nk luahkan prasaan tp biarlah hbs 1 kesah2. baru la pmbaca x pning n bg guide yg sepadan

  3. malas nak baca. pening. stop la bukak aib keluarga sendiri.cube cermin diri.tgk yg mana kurang diperbaiki.nk org doa elok kt ko tp ko dok doa yg buruk2 kt sedara ko.adehh.. ntah hape2 jela ko ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *