Cerita Satu Petang

Assalamualaikum korang. Nama aku Simuk (bukan nama sebenar la of course, mana ada orang nama Simuk). 30 years old, belum berkahwin.

Well, bila dah nak masuk 3series ni, bertambah ramai orang yang bertanya soalan-soalan lazim seperti; Apa cerita? Kau bila lagi? Cita-cita memang nak jadi anak dara tua ke? Dan lain-lain.

Tapi aku tak kisah, aku tau diorang ni kadang-kadang nak buat modal nak sembang je. Hahaha.

Bila habis diploma dulu, kawan-kawan aku semua sambung study untuk dapatkan ijazah.

Memandangkan keluarga aku bukan orang senang, aku putuskan untuk stop study sampai diploma je. Aku dah taknak susahkan parents kena bagi duit sementara tunggu duit PTPTN masuk.

And aku tak nak  buat pinjaman PTPTN sebab seram dengan interest time ambil diploma.

Perancangannya nak kumpul duit dulu, lepas tu baru ambil degree semula. Perancangannya laahh. Sampai sekarang degree ntah ke mana. Haha

So 9 tahun lepas, pada tahun 2011, aku merantau ke KL nak cari kerja. Alhamdulillah, belum lagi convo, aku dah dapat kerja.

First month kerja situ, agaknya boss tengok aku kerja elok (perasan.. Haha), dia transferkan aku ke satu company lain kat Rohas Perkasa untuk handle company tu saja.

First job is tough, culture shock gitu. Kerja bertimbun-timbun keluar rumah pukul 7 pagi, balik last train pukul 11 malam. Siap pernah tidur surau situ sebab terlepas train.

Sebab tak tahan, aku kerja situ 3-4 bulan je. Pastu cabut lepas dapat offer tempat lain.

In November, minggu akhir aku kat company tu (tak ingat hari khamis ke jumaat), balik macam biasa pukul 11pm++, tukar train kat Masjik Jamek 11pm++, nak balik rumah sewa kat Bandar Tun Razak.

It was at that time, masa tunggu train dekat Masjid Jamek, that I saw this one man.

Jam dah pukul 11 lebih, weekdays, so orang tak ramai. Dekat stesen time tu ada la 4-5 orang. So senang nak nampak semua orang.

Aku kebetulan pakai baju kurung hari tu, warna hitam (untuk efek kurus) dengan bunga merah (untuk efek ayu), siap bawak buku Harry Potter (untuk efek bookworm).

Maka aku terus rasa kurus, ayu dan educated. Hahahaha. Aku nampak dia, dia nampak aku, mata bertentang mata.

Pastu, terus keluar rama2 dalam perut aku, duk menggeliuk-geliuk. Jantung macam tak cukup tanah punya kencang. Jatuh cinta at the first sight baq ang!

Dia macam nak tegur aku, tapi macam aje la. Sebab dia tak tegur pun. Hahaha.

Aku pun nak tegur dia, tapi sebab aku ni perempuan yang ayu dan shy-shy cat kononnya, aku tak tegur pun. Lepastu train sampai, kitorang naik compartment yang sama. Dia duduk sebelah aku.

Tapi aku eksyen, aku sambung baca Harry Potter. Heh. Dari ekor mata ni, aku perasan yang dia duk jeling-jeling juga. Dia nak tegur agaknya, tapi mungkin sebab aku tengah membaca, dia tak tegur.

Aku yang tadi shy-shy cat, dah jadi shy-shy dog. Aku plan, nak tutup buku, pastu nak start a conversation dengan dia. So aku tutup buku, simpan dalam beg sambil merangka ayat dalam kepala.

Tapiiiii…….. Time aku duk simpan buku tu, kitorang sampai stesen Chan Sow Lin and pintu train terbuka.

Mamat ni pergi keluar. Aku stunned. Zip beg pun tak habis tutup lagi. Sobss. Aku tengok luar, dia tengah tunggu kat luar and pandang aku. Aku time tu takleh nak berfikir, nak keluar ke, ape ke, ape ke?

Ada sorang uncle dalam train tu tengok aku pelik. Dia macam “dah pahal ko tak turun?”. Sebab amik masa lama sangat, pintu pun tutup dah.

Aku time tu jangan kata la, dah naik tahap shy-shy thon. Huhu. Sepanjang train ride nak ke Bandar Tun Razak aku duk berfikir. Sampai benak. Heh.

Sampai je Bandar Tun Razak, aku diri lama. Contemplating, patut ke aku patah balik Chan Sow Lin? Kot-kot dia ada situ lagi? Tapi aku cancel atas banyak faktor :

1. It was Chan Sow Lin, stesen pertukaran yang ada banyak cabang. Macam mana kalau dia dah naik train yang kita tak tau ke mana?

2. Train hujung kot! Tak dapat train last untuk balik macam mana?

3. Mungkin dia dah takde kat situ. So nanti wasted.

So, aku balik je rumah macam biasa. Sambil duk toleh-toleh belakang dengan harapan he was there behind me. Tapi mesti la takde. Korang ingat ni cerita korea?

Tapi, to be honest, sampai ke harini everytime aku naik train kat Masjid Jamek, aku akan tengok sekeliling.

Aku dah lupa muka dia actually. Tapi konon-konon yakin yang if I ever see him again, jantung ni mungkin akan skip a beat again?

Itu je la nak cerita. Haha.

P/s : Kalau awak baca ni, harap awak sihat2 sahaja. Chewah!

P/s 2 : Kalau korang ada kawan-kawan single around my umur, tanya la dia kot-kot dia ada kisah yang cenggini. Tapi kalau laki orang, lupakan je la. Takde jodoh la tu. Heh.

– Simuk (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *