Reply to adik yang nak bunuh diri.
Chillex dik.
Semua orang ada masalah masing². Cuma kebanyakan mereka pendam sengsorang. Bunuh diri bukanlah penamat segala masalah tapi mengundang sejuta masalah lain.
Abang pon ada masalah cinta seperti adik.
Dulu abang pernah confess kat sini pasal tunangku terlanjur. Pernah baca tak?
Meh abang nak citer smula secara ringkas.
Tunang abang ni terlanjur dengan ex dia. Bukan sekali tapi 4/5 kali dik.. hancuss gila hati tapi abang maafkan dia sebab dia mengaku salah dan katanya ingin berubah. Kerana sayang aku maafkan. Ceewah. Hahaha.
Macam² abang buat untuk dia. Beri nasihat, ingatkan dia lazimi solat taubat. Tak cukup tu, abang belikan dia buku² nasihat agama. Maklumlah nak berlatih jadi Imam kepada makmum nanti. Kihkihkih.. Alhamdulillah lama kelamaan dia sepertinya dah berubah. Selalu puasa, baca quran dan solat tahajud.
Waktu dia sakit, abang la bertanyakan khabar untuknya. Waktu dia sedih, abang sentiasa ada untuknya walau dia mesej pukul 3-4 pagi. janji abang, akan selalu ada untuknya. Bahagianya abang rasa untuk 4-5 bulan.
Then segalanya mula berubah.
Adik tahu kenapa? Rupanya dalam diam dia pasang lain. Haha. Betul dik. Rupanya dia duk ber'baby' sayang dengan jantan lain. Camne abang tahu? Sebab dia sndiri yang tunjuk screenshot mesej dia dgn jantan tu. Alasan dia, sudah jumpa lelaki yang lebih baik. Hahaha. Waktu dia tidak baik, abang terima dia dan ubah dia. Skang waktu abang terpesong, dia buang abang jauh-jauh.
Sakit kan dik? Bila dipermainkan hati camtu..
Kuar gak air mata jantan ni. Haha. Lama gak abang merayu pada dia, menangis tagih cinta dia. Tapi dia langsung tak peduli. Bahkan sering hantar screenshot mesej sweet dia nga jantan tuh kat abang. Terasa hina gila abang ni duk terhegeh cinta dia. Hahahaha. Tapi itu dulu..
Dah 3 bulan berlalu tanpanya, alhamdulillah. Hati dah sado skang. Nasihat abang kepada adik, lalui dan hadapi lah masalah itu walau sakitnya seperti ditikam pedang. Teruskan berjalan dan jangan pernah berhenti walau dengan merangkak sekalipon.
InsyaAllah! Kita pasti akan jumpa kebahagiaan tu suatu hari nanti.
Ketahuilah, ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap pada Nya.
– En Siput
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Ini kisah yg viral dahulu ke? Pasal lelaki yg terima tunangnya yg sudah tiada dara?
Bunuh diri sbb cinta? Common. X pernah lg bunuh diri sbb ibu ayah.
Ade rasanya,yang girl bunuh diri sbb ayah dia bagi tekanan dalam pelajaran.
Ada. My teacher’s niece. Bunuh diri sebab takut kat ayahnya yang terlalu garang and takut ayah dia tahu result dia tak cemerlang macam ayah dia nak.
pm tepi boleh?
teruskan berjalan jangan pernah berhenti walau merangkak. betul! bagus abang ni. lelaki dah baik, perempuan pula buat hal, moga dijauhkan.. *nak nngis*. adik yg rsa loss tu, kuatlah dik mcm en confessor ni. May Allah shine your way dik.
Reply To ‘Aku Nak Bunuh Diri’ (Xjumpa Post Dia, Malas Pulak Nak Cari Jauh2.. Haha)
Tolong jangan bunuh diri… yup.. kau ada masalah.. org lain tak akan paham apa yang kau rasa… kitorg cuma keyboard warrior.. cuma boleh cakap, cakap dan cakap.. tapi masalah kau tak akan selesai dengan bunuh diri..
Aku tak pandai nak cakap macam Ustaz, tak pandai nak cakap macam kaunselor.. Tapi aku nak cakap sebagai seorang saudara kau.. Aku nie sedara kau, kau tau x?
Sekali lagi, BUNUH DIRI TAK AKAN SELESAIKAN MASALAH KAU.. Kau bunuh diri sebab tak tahan terseksanya batin kau kat dunia.. Tapi Janji Allah, kalau kau bunuh diri, kau akan ulang apa yang kau buat masa kau bunuh diri tu.. Kalau kau terjun bangunan, sampai ke sudah la kau terjun mati hidup balik terjun mati hidup balik.. Kau nak macam tu?
2ndly, kau ingat kalau kau bunuh diri sebab tak dapat kasih sayang yang sepatutnya kat dunia, kau ingat malaikat dalam kubur nak bagi kasih sayang kat kau? Maaf aku cakap secara kasar.. Aku Mintak Maaf skali lagi..
Jangan bunuh diri, banyak lagi perjuangan kau belum selesai dalam dunia nie..
Aku pon tak baik mana pon.. Tapi aku tak boleh biarkan saudara aku nie nak bunuh diri… Kalau kau rajin, kau PM aku.. kalau kau taknak dikenali, nak guna fake account pon tak apa.. kita borak apa yang boleh borak..
Sado gila hati. InsyaAllah ada yang baik tgh tunggu
Ini terbaik.moga encik siput dan adik yg nk bunuh diri tuh temui bahagia yg dicari.amin.
wow, bagus cerita ini… memberi pendedahan kepada kaum Adam bahawa jangan percaya sangat pada janji janji manis kaum perempuan…. hahahaha
cadangan lokasi bunuh diri yg sesuai : hutan aokigahara
Saya Farez kadang2 terasa mcm made up story..tapi, itu semua ujian masing2, have faith