Cik Control Ayu

Salam pembaca budiman, saya kenalkan diri saya, nama seperti tajuk confession. Saya ceritakan sedikit latar belakang saya untuk jelaskan cerita bakal saya sampaikan.

Kawan2 baik saya selalu cerita tentang persepsi mereka terhadap saya ketika kali pertama bertemu, sombong dan serius. Ramai takut untuk rapat dengan saya. Mereka kata saya seorang yang tegas dan perfectionist.

Sebenarnya, saya ada satu kelebihan, pandai sorok kelemahan. Itu sebab ramai tak nampak kekurangan saya. Dengan kepandaian saya mencover kesalahan dan control ayu, orang selalu nampak saya perfect.

Selepas kenal rapat mereka kata tak sangka saya seorang lucu. Lucu sebab saya kadang nampak blur dan naif dalam sesetengah perkara.

Mereka tak sangka saya juga penah buat benda bodoh dalam hidup.

Ada banyak peristiwa memalukan yang saya alami saya sorok daripada orang lain untuk menjaga imej control ayu. Biasanya jika berlaku benda memalukan, saya senyum kejap dan terus buat muka serius.

Jadi benda tu stop kat situ. Dorang ni tak tahu saya akan ketawa sepuas hati ketika bersendirian memikirkan kebodohan sendiri.

Plot bermula ketika belajar dulu, saya berangan dalam kelas. Tiba2 lecturer nak bagi satu contoh dengan kaitkan pasal adik beradik ramai.

Dia bukan nak jawapan cuma tanya siapa ada adik beradik ramai?

Kebetulan kawan saya tiba2 cuit saya nak tanya sesuatu, saya pulak jenis mudah terkejut, automatik angkat tangan. Lecturer saya terkejut.

Demi jaga air muka saya dia pun minta saya jawab.

Keluar je dewan kuliah, terus saya tampar bahu kawan saya sebab malukan saya. Dorang pakat2 gelakkan saya tak berhenti.

Masa kelas bahasa Inggeris, saya sangat berhati2 menyebut setiap patah perkataan nak2 pulak saya ni orang Kelantan. Control ayu kan?

Takut salah cakap. Bimbang jadi bahan ketawa orang.

Tapi hari tu ntah macam mana, saya tersasul sebut satu perkataan dengan slang negeri. Terdengar suara budak laki ‘oh budak Kelantan rupanya’. Satu kelas gelak. Ye la selama ni saya control loghat saya tak bagi nampak saya mek Kelate.

Rasa lucu dan malu tapi hari tu saya happy. Dorang pun sporting. Gelak bukan menghina tapi lucu terbabas loghat Kelate dalam kelas BI.

Bila masuk alam pekerjaan, lagi la watak serius saya ketara. Stress kerja kot. Bos saya anjurkan kursus sehari kat sebuah resort. Sebelah petang upacara penyampaian sijil.

Saya ni jenis suka pakai high heel 3 ke 4 inci. Setiap peserta naik pentas ambil sijil. Tiba turn saya, naik dengan confident ambik sijil.

Lepas beberapa langkah, kaki saya stuck. Heel tajam saya tercucuk kat lubang pentas. Suasana diam seketika tengok saya berhenti atas pentas.

Saya diam, control ayu duduk dengan sopan dan tarik heel. Kemudian bangun jalan sambil lambai tangan ukir senyum paling menawan nak cover malu. Satu dewan pecah ketawa.

Bila berpindah ke tempat baru, saya dapat bos yang muda dan masih bujang. Saya agak dia ni kurang selesa dengan perempuan bujang. Jadi kami memang tak rapat.

Selalu timbul konflik, salah komunikasi dan saya kerap kena marah. Tengok muka dia yang serius dan berjambang saya jadi takut, seram, mudah lupa, hilang fokus dan blurrr.

Pada awal2 saya masuk, ada meeting dengan ketua2 cawangan. Saya dah gelisah bimbang kena soal benda yang saya tak tahu, takut buat salah, kena marah depan orang. Jadi saya tak fokus. Cuak.

Tiba2 bos panggil nama saya. Sebab terkejut, saya panik terus tekan button microfon dan memperkenalkan diri.

Esoknya rakan sejawat saya ketawa bagitahu sebenarnya bos bukan suruh perkenal diri tapi suruh buat benda lain. Saya masam saje jadi kawan saya pun stop ketawa.

Balik rumah saya menangis sebab malu.

Ada sekali saya nak minta tandatangan bos saya. Kebetulan ada rakan lain sedang berbincang.

Memandangkan saya cuma nak tandatangan, saya memilih untuk berdiri saje di meja sebelah rakan saya tadi. Jadi perut saya menghadap muka kawan saya yang duduk di kerusi.

Tiba2 saya rasa tak sedap dalam perut. Rakan saya tadi angkat muka sambil senyum kata ‘perut bunyi’. Saya buat2 muka terkejut dan tanya perut sape? Dia kata ‘perut akak la’.

Saya malu tapi control sengih kejap dan cakap ‘dah makan tapi perut akak memang suka bunyi walaupun dah kenyang’.

Lepas tu saya alih muka ke lain dan buat muka serius dan kawan saya pun stop ketawakan saya. Keluar saje daripada bilik bos, saya masuk bilik saya menyorok bawah meja saya dan ketawa sepuas hati. Gila ko! Depan bos mestilah kena control ayu.

Sebenarnya dah beberapa kali berlaku perut saya berbunyi depan dia. Macam biasa, saya control ayu macam tak ada apa berlaku. Berharap telinga dia pekak. Atau mungkin dia dengar tapi juga terpaksa tahan gelak sebab tak rapat.

Ada masa tu, kami di biliknya bincang hal kerja. Tiba2 telefon saya berdering. Saya ni mudah terkejut. Saya panik tak nampak telefon atas buku catatan saya. Saya cuma nampak telefon atas meja.

Terus terkam sebab nak stop deringan. Peliknya screen tak nyala. Semua mata pandang saya. Eh eh…. Saya pandang rakan sebelah kanan tapi ekor mata nampak bos tenung tajam. Rupanya saya ambik telefon dia. Rasanya dia pun terkejut saya berani rampas telefon dia.

Saya letak balik telefon atas meja jauh dari saya dengan muka merah. Kawan saya tegur nak ketawa. Saya letak isyarat jari telunjuk kat bibir saya suruh dia diam.

Sebab saya buat muka tak bersalah, semua orang diam kemudian sambung perbincangan. Lepas tu, masuk bilik saya ketawa terbahak2 seorang diri mengenangkan kebodohan.

Ada satu peristiwa paling memalukan berlaku. Masa ni saya balik kerja, parking keta depan rumah diluar pagar.

Masa nak keluar daripada kereta, kain saya tersangkut kat besi seat. Saya tersembam atas jalanraya. Masa tersembam tu saya nampak ada kereta menghala ke saya.

Betul2 berhenti depan rumah jiran saya.

Keluarlah seorang lelaki yang hensem menghampiri saya dan tanya ‘boleh bangun tak’. Saya cakap ‘boleh’. Dalam hati menyumpah2 nape time ni la kau muncul? Bangunlah juga dengan susah payah. Mujur lutut saya je luka, muka dan tangan tak calar.

Saya masuk dalam rumah terus menggelupur atas lantai sebab malu jatuh depan lelaki. Saya tahu dia tahan diri daripada gelak. Mesti dia ketawa, nampak imej ayu feminin tapi jatuh tersembam.

Saya jenis datang kerja awal. Walaupun tak terlambat, saya tetap jalan laju macam nak kejar masa. Ari tu saya ternampak dari jauh geng2 laki kuar dari pagar menuju ke cafe belakang opis.

Saya pun berlenggang jalan laju nak say hi. Baru senyum nak angkat tangan, kaki saya terpeleot sebab high heel saya terpijak batu. Tak jatuh tapi nyaris.

Dorang dah tutup mulut nak ketawa. Saya yang gelak dengan kuat. Baru dorang berani gelak sama. Lantak la sekali sekala buat lucu. Asyik control ayu bosan juga. Biarlah orang nampak sisi sebenar kita. Tak perlu malu. Tak perlu control ayu sepanjang masa.

Just be yourself. Let people see the real imperfect flawed, quirky, weird and beautiful magical person that you are….

Saya berbesar hati jika para pembaca sudi kongsi pengalaman lucu dan memalukan dalam hidup. Sekadar menceriakan hari2 yang semakin suram ketika ini. Terima kasih sudi baca kisah saya.

– Cik Control Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *