Cikgu nak minta tolong ni…

Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM CONFESSION.Harap sihat selalu.
Macam ni, saya seorang guru yang ditugaskan untuk menjadi pengarah program Hari Orientasi sekolah untuk kemasukan 2016.
Sekarang ni, saya dalam usaha untuk menyiapkan kertas kerja untuk program tersebut.
Saya sudah ada idea sendiri tentang apa yang saya boleh lakukan untuk program tersebut disamping mencedok idea daripada google. hehehe :p
Cuma disini saya ingin meminta bantuan kepada semua pembaca untuk berkongsi pengalaman saudara saudari menghadapi Orientasi tingkatan 1 dahulu (LDK dan sebagainya)yang saudara saudari tak boleh lupakan sebab best sangat..heheh. Kalau ada idea aktiviti yang menarik boleh dibuat semasa program, harap kemukakan disini.
Saya harap sangat ada yang dapat membantu saya.
Segala pertolongan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

P/S : minta maaf banyak2, bahasa melayu saya kurang baik.Harap faham.
Cigu sayang semua :) hehehe

– Maya

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *